Malaysia Today

... Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, (menjadi cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; ...
Allah adalah Pelindung bagi Orang Yang Beriman;
Syaitan pula adalah pelindung bagi Orang Kafir.

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Al-Ahzaab 33:56
Ingin melihat Katalog Perabot Jati, anda dibawa secara Eksklusif di laman web kami

Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!

Darjah 6,
SK Gondang, Ketereh,
1968
Tingkatan 2A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas
1970
Tingkatan 3A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas,
1971
Tingkatan 4 Sains,
SM Hamzah Machang,
1972
Tingkatan 5 Sains,
SM Hamzah, Machang,
1973
Pre-U Class,
SMSAH, Jitra,
Dis 1973 - Mac 1974
Tingkatan 6 Rendah Sains,
SMIP Kota Bharu,
1974
Geng Tingkatan 6 Atas Sains,
Asrama Putra SMIP Kota Bharu,
1975
Ini Rupa Aku!... Tahun 1968
Dulu 1971... Top Student!
Dan Ini Rupa Aku... Tahun 2012

Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978

Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.

Dari L-R:
Depan: Redzuan Razali, Abdul Rahman Hasan, Anak Ngadiman (maaf ingat nama bapa sahaja)
Tengah: Siti Khalidah (Kalu tidak silap), Ismail Yusof, Aku, Ismail Abdullah dan Mohd Ridwan (Kalu tak silap)
Belakang: Ghazali Sulong dan Shafie Mat Yatim.

Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012

Kenangan Bersama YB Senator Datuk Akbar Ali via iPad, Mantan TKP di suatu ketika dahulu...

INFO GEMPA BUMI


Earthquakes Worldwide in the Last 30 Days (Of M>=4)
Richter scale
The Richter scale was named after the American seismologist Charles Francis Richter. This scale measures the motion of the land surface 60 mi from the epicenter, or focus, of the earthquake.
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year.
About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and
only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between:
0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing.
4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock.
4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall.
6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river.
7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground.

TOP FIVE Popular Posts...

Thursday, July 29, 2010

Talam Dua Muka..

Dipetik dari http://1426.blogspot.com/


Masing-masing nilailah sendiri pendirian pembesar-pembesar yang kita sanjung selama ini. Mereka bermuka-muka di depan rakyat, sedangkan mereka juga sudah bersiap sedia dengan 'keris tajam' di tangan untuk menikam sesiapa sahaja secara diam-diam di ...

Tuesday, July 27, 2010

Pakaian Di Syurga...

Petikan dari Mukjizat Al-Quran Saqafah Islamiah
Kitab The Miracle 15 in 1

Pakaian ahli syurga adalah 'sundus' dan 'istabraq'. Iaitu sutera bulu halus dan tebal keluar dari kelopak bunga pohon Tuba dan warnanya bermacam-macam putih, merah, hijau, kuning dan hitam. Mereka memakai gelang emas dan perak, mahkota intan berlian yang mutiaranya adalah 'yakut'.

Jika manusia di dunia ini melihat pakaian-pakaian tersebut, tentu mereka pengsan kerana tidak tahan melihatnya.

Kasut mereka tebal dan empuk. Tempat mereka tinggal berhamparkan permaidani yang sangat indah. Ada khemah yang tingginya 60 batu dan setiap sudutnya terdapat isteri-isterinya. Ada ranjsng berderetan yang berhias, yang boleh dilaraskan tinggi rendahnya. Namun ranjang ini bukanlah untuk tidur kerana di syurga itu tidak ada tidur sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi saw "Tidur itu saudara kematian. Ahli syurga tidaklah tidur."

RUANGAN IKLAN... SYAAMIL AL QURAN : THE MIRACLE 15 IN 1...


Harga Senaskah RM200.00 sahaja
(Stok Terhad)





Bagi mereka disediakan sofa 'al-arikah', iaitu sofa pengantin yang dipadukan dengan ranjang yang berhias. Di dalamnya mereka dilayani oleh pelayan-pelayan yang sentiasa muda..

Isteri-isteri penghuni syurga itu 'muthahharah', iaitu bersih dari haid, ingus, ludah, najis dan tinja. Mereka disebut 'al-hur' kerana sentiasa muda, cantik, kulitnya mulus, bagian hitam matanya sangat hitam dan bagian putihnya sangat putih. Mereka tidak pernah digauli oleh sesiapa pun sebelumnya, dipingit, dan selau perawan. Mereka disebut 'uruban' kerana selain cantik juga amat pandai berkomunikasi dan pandai memberikan yang terbaik kepada suaminya.

Tuesday, July 20, 2010

Kopi Termahal Di Dunia...

Pada 5 April 2010 lepas saya ada keluarkan bagaimana kopi termahal di dunia diproses. Rujuk semula artikel saya untuk melihat tatacara kopi tersebut dikeluarkan.

Hari ini BH bertarikh 20 Julai 2010 mengesahkan bahawa kopi yang termahal yang mencecah hampir RM2,000.00 se kilo yang dipasarkan secara online telah menjadi kontroversi. Rupa2nya negara jiran kita yang mempelopori di Indonesia 'minuman' eksotiks ini. Siapa yang pergi ke sana harap berhati-hati jika ingin meminum kopi. Mana lah tau kok2 ketagih kopi, mau dicubanya..

Petikan berita keluaran BH ini disertakan untuk tontonan pembaca semua.

(Sila Klik pada Gambar untuk paparan lebih besar)

Artikel saya yang lepas ada di Arkib Bulan April. Info lanjut boleh dicari di sana... (Sorry nak link ke sana tak reti lagi...belum belajar)

Monday, July 19, 2010

Perkhidmatan TM Streamyx Kelas Ketiga .... Makluman...

Aku menghadapi masalah internet sejak 16 Julai lagi. Iaitu sebaik selang beberapa hari prasarana internet aku di'upgrade' kerana menerima tawaran 'royalty program' di bawah TM. Mana tidak menariknya, TM menawarkan dengan hanya membayar maksima RM110.00 anda boleh membuat panggilan telefon ke seluruh Malaysia tanpa had, panggilan ke telefon tangan 10sen per minit dan internet upgrade dari 512Mb to 1Gb (yang betulnya) dari 512kb to 1Mb, wireless modem diberi percuma (1tahun warranty termasuk kena kilat), telefon rumah (hand free) diberi percuma. Jadi terima ajelah...Lagipun selama ni pun dok pakai telefon around RM100 - RM120 sebulan.

Mula2 pasang ok aje.. Lepas tu buat hal... sekajap ada sekejap tak ada.. Yang tak bestnya apabila kita komplen mereka kata kena tunggu hari Isnin baru dapat betulkan. Memang 'polisi' karut telekom. Dua tiga hari kalu cuti, mereka tidak boleh betulkan.... Pemalas punya kerja.... Mereka sebenarnya boleh aje cek secara online kenapa kejadian itu berlaku...Mereka sengaja tidak mau melakukannya...

Aku komplen tiga kali...sebab mengikut pengalaman lepas... mereka tidak perlu datang rumahpun untuk cek. Dekat 'exchange' sana pun mereka boleh tahu apa masalah yang berlaku... tapi kerana TM ni dasarnya tidak mesra pengguna, maka hari cuti dijadikan alasan.

Tup tup.... tengah aku dik buat kerja power point.... aku lihat modem aku berjalan dengn sempurna yang menunjukkan modem dan internet telah hidup kembali....Alhamdulillah...Tapi hairan juga aku kenapa mereka boleh sahaja betulkan secara online tanpa mereka menelefon aku.... Ini yang sampai sekarang aku begitu sakit hati dengan perkhidmatan TM....

Tuesday, July 13, 2010

Bagaimana Jin dan Iblis Membiak...

Dalam Al-Quran dan Hadis ada menceritakan tentang asal usul penciptaan makhluk Manusia, Jin, Iblis dan Malaikat.  Antaranya:

Surah Al-Hijr Ayat 26 - 27 :
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum diciptakan manusia daripada api yang sangat panas".

Surah Ar-Rahman ayat 15 :
"Dia (Allah) menciptakan Jann (Jin) dari nyalaan api (Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij)"

Surah Al-‘Araf ayat 12 :
"Engkau ciptakan aku (kata Iblis) dari api sedangkan ciptakan dia (Adam) dari tanah"

Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a: 
"Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu (tanah)".

Asal usul makhluk2 ini nanti kita bincangkan kemudian. Bagaimanapun artikel pendek ini lebih berminat untuk menyajikan bagaimana tiga makhluk ini, iaitu manusia, jin dan iblis membiak.

Pada manusia, ia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat. Ini adalah hasil percampuran antara benih lelaki dan benih perempuan. Anak manusia memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh bagi menyambung semula genarasi berikutnya. Manusia mempunyai jangka hayat yang berbeza dan semuanya akan mati mengikut ketetapan ajal masing-masing. Zuriat manusia difitrahkan sebegini kejadiannya. Ada Dua organ yang terlibat. Jika tiada salah satunya tidak akan berlaku pemanjangan zuriat. Apa pun semua berlaku adalah dengan keizinan daripada Allah swt.

Surah Al-Insan : 2
       "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat"

Surah Al-Mukminun : 14 
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
"Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
 
Organ Pembiakan Lelaki
Organ Pembiakan Perempuan
Maka apabila kedua-duanya bercampur, Inilah hasilnya. Subhanallah!
Kita pada Usia 12 Minggu
Waktu ini kita mendapat Makanan Daripada Uri Ibu.
Maka sayangilah Ibu anda ketika beliau masih bernyawa.
Doakan kepada mereka jika mereka telah meninggalkan kita.
Gambar Hiasan - Proses Kejadian Manusia)

Untuk dua makhluk di bawah tiada gambar untuk ditempelkan. Cukup dengan penjelasan kata-kata. Jin juga terdiri daripada lelaki dan perempuan . Cara pembiakan di kalangan makhluk jin mudah sekali. Apabila sahaja alat kelamin jin lelaki dan alat kelamin  jin perempuan bersentuh, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak. Anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat.

Iblis tidak pula diceritakan samada terdapat yang jantan ke atau betina. Cara pembiakan golongan Iblis pula lagi mudah. Asalkan paha kanan dan paha kiri tersentuh, maka akan terkeluarlah sebanyak 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu pula ada 33 pasang benih. Setiap pasang benih itu pula apabila menyentuh paha kanan dan paha kiri maka akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Iblis sehinggalah ke hari kiamat. Kematian Iblis ditangguhkan sehingga ke hari kiamat.

Apakah akan jadi sekiranya ada di kalangan manusia berkahwin dengan jin? Anak yang terhasil daripada 'campuran' benih Jin lelaki atau jin perempuan dengan benih manusia perempuan atau lelaki dikenali sebagai Bunian atau lebih terkenal dengan panggilan 'Orang Ghaib'. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.

Wallahu'alam.

Monday, July 12, 2010

Cerita Jin Nasibain...

Dalam kitab Ad-Durur Al-Mansur, disebut bahawa jumlah mereka adalah 7 jin dan penghuni Nasibain, sedangkan surah yang dibacakan baginda Rasul adalah surah Ar-Rahman. Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw membaca surah Ar-Rahman atau dibacakan di sisinya. Beliau bersabda, "Tidak ada bagiku selain golongan Jin yang lebih baik dalam meresponkan surah Ar-Rahman daripada kalian."

Para sahabat bertanya, "Bagaimana bisa, wahai baginda Rasul?" Baginda menjawab, "Ketika mana aku membaca ayat, "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan," Jin berkata, "Wahai Tuhan kami, tidak ada sedikit pun dari nikmat-Mu yang kami dustakan."

Dan banyak lagi keterangannya. Dapatkan senaskhah kitab ini. Sangat baik untuk dijadikan rujukan dan bacaan keluarga kita. Mesti Simpan 1 Naskhah di rumah. Nanti ada soalan daripada anak2 kita, kitab ini boleh berikan panduan. Insya Allah...

RUANGAN IKLAN... SYAAMIL AL QURAN : THE MIRACLE 15 IN 1...


Harga Senaskah RM200.00 sahaja
(Stok Terhad)





Di mana letaknya Nasibain ini. Peta di bawah memberikan petunjuk kepada anda tempat Jin Nasibain ini.


Dipetik dari Syaamil Al-Quran The Miracle 15 in 1. Di sana diterangkan dengan jelas Analisis Peta dan Kisah Dalam Al-Quran berkaitan dnegan Cerita Jin Nasibain.

Sunday, July 11, 2010

The Amazing of Seven '7'

Mari mengenali angka 7 dalam pelbagai bahasa di dunia ini. Kepada sesiapa yang belum pernah melihat bagaimana nombor 7 ditulis dalam bahasa2 lain yang terdapat di dunia hari ini maka di bawah ini diberikan simbol penulisan angka tersebut. Cara notasinya kena cari sendiri. Mungkin boleh dapat di http://en.wikipedia.org/. Ini pun dipetik dari web tersebut. Antaranya:
Amharic
Arabic ٧,7
Persian ٧ - هفت
Bengali
Chinese numeral 七,柒
Devanāgarī (saat)
Tamil
Hebrew ז (Zayin)
Khmer
Thai
 
Apakah keistimewaannya angka 7 itu?. Dalam indeks alfabetik Syaamil Al-Quran : The Miracle 15 in 1, menyenaraikan 'tujuh' sebagai indeks utama yang telah disebut berulang-ulang kali dalam 23 Kalimullah. Itulah yang sebebarnya istimewa angka '7'. Lihat catatan ringkas di bawah: (Kepada sesiapa yang sudah memiliki Kitab 15 in 1 boleh membuat rujukan penuh mengikut ayat2 pada surah yang dinyatakan).

1. Surah 2:
Ayat 29: Lalu dijadikan-Nya 7 langit..
Ayat 196: Maka wajib berpuasa 3 hari dalam masa haji dan 7 hari ..
Ayat 261: Menafkahkan harta di jalan Allah swt serupa dengan benih yang menumbuhkan 7 bulir...

2. Surah 7:
Ayat 155: Dan Musa memilih 7 puluh orang dari kumnya..

3. Surah 9:
Ayat 80: Kendati pun kamu memohonkan ampun bagi mereka 7 puluh kali..

4. Surah 12:
Ayat 43: Sesungguhnya aku bermimpi melihat 7 ekor sapi betina..
Ayat 46: Terangkan kepada kami tentang 7 ekor sapi betina...
Ayat 47: Agar kamu bercucuk tanam 7 tahun...
Ayat 48:  Kemudian setelah itu akan datang 7 tahun yang amat sulit..

5. Surah 15:
Ayat 44: Jahanam itu mempunyai 7 pintu..
Ayat 87: Kami telah berikan kepadamu 7 ayat yang dibaca berulang-ulang..

6. Surah 17:
Ayat 44: Langit yang 7, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah swt..

7. Surah 18:
Ayat 22: (Jumlah mereka) 7 orang, yang kedelapan adalah anjingnya..

8. Surah 23:
Ayat 17: Kami telah menciptakan di atas kamu 7 buah jalan..
Ayat 86: Siapakah yang empunya langit yang 7..

9. Surah 31:
Ayat 27: Ditambahkan kepadanya 7 buah laut..

10. Surah 41:
Ayat 12: Maka Dia menjadikannya 7 langit dalam dua masa..

11. Surah 65:
Ayat 12: Allah-lah yang menciptakan 7 langit dan seperti itu pula bumi..

12. Surah 67:
 Ayat 3: Yang telah menciptakan 7 langit berlapis-lapis..

13. Surah 69:
Ayat 7: Yang Allah swt menimpakan angin itu kepada mereka selama 7 malam..
Ayat 32: Dengan rantai yang panjangnya 7 puluh hasta..

14. Surah 71:
Ayat 15: Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah swt menciptakan 7 langit bertingkat2..

15. Surah 78:
Ayat 12: Dan Kami bangun di atas kamu 7 buah (langit) yang kukuh..

Mengapa '7' menjadi pilihan. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Waallahu'alam.
Kepada yang masih lagi belum mempunyai kitab ini boleh terus mendapatkan daripada saya seperti dalam iklan di bawah.

RUANGAN IKLAN... SYAAMIL AL QURAN : THE MIRACLE 15 IN 1...


Harga Senaskah RM200.00 sahaja
(Stok Terhad)



Monday, July 5, 2010

Mari Kita Mengenal Yakjuj Makjuj

Ditengah2 ingin mencari maklumat berkaitan dengan Dajjal, terjumpa info berkaitan dengan 'Mengenal Yakjuj Makjuj. Ilmu yang bermanfaat rasanya tidak salah untuk dikongsi. Semoga kita semua boleh membezakan antara yang buruk dan yang baik. Marilah kita sama2 menghayati artikel panjang ini yang dipetik dari sumber asal tanpa diedit sebarang apapun.

Kemunculan sebuah bangsa yang akan mencipta kekacauan serta kerosakan di muka bumi telah ditakdirkan Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai salah satu penanda kiamat besar. Siapakah dan bagaimanakah mereka?

Di dalam beberapa hadis tentang tanda-tanda hari kiamat kubra (besar), disebutkan ada sepuluh tanda hari kiamat. Di antaranya adalah keluarnya Ya`juj dan Ma`juj.

Berita tentang keluarnya Ya`juj dan Ma`juj bukan hanya mutawatir, bahkan disebutkan dalam Al-Qur’an surat Al-Anbiya’ ayat 96-97:

حَتَّى إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ. وَاقْتَرَبَ الْوَعْدُ الْحَقُّ فَإِذَا هِيَ شَاخِصَةٌ أَبْصَارُ الَّذِينَ كَفَرُوا يَاوَيْلَنَا قَدْ كُنَّا فِي غَفْلَةٍ مِنْ هَذَا بَلْ كُنَّا ظَالِمِينَ.

Maksudnya: "Hingga apabila dibukakan (dinding) Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah datangnya janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. (Mereka berkata): “Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim.”

Ibnu Katsir rahimahullahu menerangkan: mereka adalah dari keturunan Adam ‘alaihissalam dari keturunan Nabi Nuh ‘alaihissalam, dari anak keturunan Yafits yakni nenek moyang bangsa Turki yang terkurung oleh benteng tinggi yang dibangun oleh Dzulqarnain.

Sedangkan makna “min kulli hadabin yansilun” diterangkan oleh Ibnu Katsir rahimahullahu: yakni turun dari tempat-tempat yang tinggi dengan cepat dengan membuat kerosakan.

Demikian pula disebutkan dalam surat Al-Kahfi ayat 94:

قَالُوا يَاذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي اْلأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَى أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا

Maksudnya: “Wahai Dzulqarnain, sesungguhnya Ya`juj wa Ma`juj merosakkan di permukaan bumi, kami akan siapkan imbalan yang besar agar kiranya engkau membuatkan benteng antara kami dengan mereka.”

Adapun kalimah yang menunjukkan bahawa runtuhnya benteng Dzulqarnain dan keluarnya Ya`juj wa Ma`juj sebagai tanda dekatnya hari kiamat adalah ucapan Allah Subhanahu wa Ta’ala pada ayat ke-98:

هَذَا رَحْمَةٌ مِنْ رَبِّي فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاءَ

Maksudnya: “Ini adalah rahmat dari Rabbku, maka apabila sudah datang janji Rabb-ku Dia akan menjadikannya hancur luluh…..”

Ibnu Katsir rahimahullahu menyatakan: “Ini adalah dalil yang menunjukkan bahawa mereka tidak akan dapat melubanginya sedikitpun…”

Sedangkan makna “Jika datang janji Rabbku” adalah: Jika telah dekat hari kiamat, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan runtuhkan benteng tersebut. Demikian dikatakan oleh Ibnu Katsir rahimahullahu.

Ya`juj wa Ma`juj dari keturunan Adam ‘alaihissalam

Ya’juj dan Ma’juj adalah dari jenis manusia keturunan Adam ‘alaihissalam. Tidak seperti yang digambarkan oleh sebahagian orang bahawa mereka bukanlah dari keturunan manusia. Hanya sahaja mereka adalah orang-orang yang merosak serta memiliki sifat dan perangai yang Allah Subhanahu wa Ta’ala takdirkan kepada mereka tidak seperti manusia pada umumnya.

Dalil yang menunjukkan bahawa mereka dari jenis manusia keturunan Adam ‘alaihissalam adalah apa yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dalam Kitabul Anbiya’ bab Qishah Ya’juj dan Ma’juj, dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِي اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يَقُولُ اللهُ تَعَالَى: يَا آدَمُ. فَيَقُولُ: لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ فِي يَدَيْكَ. فَيَقُولُ: أَخْرِجْ بَعْثَ النَّارِ. قَالَ: وَمَا بَعْثُ النَّارِ؟ قَالَ: مِنْ كُلِّ أَلْفٍ تِسْعَ مِائَةٍ وَتِسْعَةً وَتِسْعِينَ فَعِنْدَهُ يَشِيبُ الصَّغِيرُ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَى وَمَا هُمْ بِسُكَارَى وَلَكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ ﭼ. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيُّنَا ذَلِكَ الْوَاحِدُ؟ قَالَ: أَبْشِرُوا فَإِنَّ مِنْكُمْ رَجُلًا وَمِنْ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ أَلْفًا …

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman kepada Adam: “Wahai Adam.” Maka Adam menjawab: “Labbaika wa sa’daika wal khairu fi yadaika (Aku sambut panggilan-Mu dengan senang hati dan kebaikan semuanya di tangan-Mu).” Kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Keluarkan utusan (penghuni) neraka.” Maka Adam bertanya: “Apa itu utusan (penghuni) neraka?” Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Mereka dari setiap seribu orang, sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang!” Maka ketika itu anak kecil menjadi beruban, setiap yang hamil melahirkan apa yang dikandungnya, dan kamu lihat orang-orang seakan-akan mabuk padahal mereka tidak mabuk, tetapi kerana azab Allah Subhanahu wa Ta’ala yang sangat keras. Kemudian para sahabat bertanya: “Siapa satu yang selamat dari kita itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bergembiralah, sesungguhnya penghuni neraka itu dari kamu satu dan dari Ya’juj dan Ma’juj seribu….” (HR. Al-Bukhari dengan Fathul Bari, juz 6 hal. 382)

RUANGAN IKLAN... TAFSIR QUR'AN PERKATA : TERBITAN MAGHFIRAH...




Sempena Bulan Ramadhan Menjelang tiba, Tawaran Eksklusif Untuk Anda pada harga RM100.00 sahaja senaskhah selagi stok masih ada.


Dari hadis di atas kita dapatkan beberapa faedah:

Pertama: Ya’juj dan Ma’juj adalah calon penghuni neraka.
Kedua: jumlah Ya’juj dan Ma’juj sangat besar.
Ketiga: bahawa Ya’juj dan Ma’juj dari jenis manusia keturunan Adam.

Sifat-sifat Ya`juj dan Ma`juj

Walaupun mereka dari jenis manusia keturunan Adam, namun mereka memiliki sifat khas yang berbeza dari manusia biasa. Ciri utama mereka adalah perosak dan jumlah mereka yang sangat besar sehingga ketika mereka turun dari gunung seakan-akan air bah yang mengalir, tidak pandai berbicara dan tidak fasih, bermata kecil (sepet), berhidung kecil, lebar mukanya, merah warna kulitnya seakan-akan wajahnya seperti perisai dan lain-lain sifat.

Disebutkan dalam riwayat Al-Imam Ahmad rahimahullahu, dari Ibnu Harmalah, dari makciknya, dia berkata:

خَطَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عَاصِبٌ إِصْبَعَهُ مِنْ لَدْغَةِ عَقْرَبٍ فَقَالَ: إِنَّكُمْ تَقُولُونَ لاَ عَدُوَّ وَإِنَّكُمْ لاَ تَزَالُونَ تُقَاتِلُونَ عَدُوًّا حَتَّى يَأْتِيَ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ عِرَاضُ الْوُجُوهِ صِغَارُ الْعُيُونِ شُهْبُ الشِّعَافِ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ كَأَنَّ وُجُوهَهُمُ الْمَجَانُّ الْمُطْرَقَةُ

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkhutbah dalam keadaan jarinya dibalut kerana disengat kalajengking. Baginda bersabda: “Kamu mengatakan tidak ada musuh. Padahal sesungguhnya kamu akan terus memerangi musuh sampai datangnya Ya’juj dan Ma’juj, lebar mukanya, kecil (sepet) matanya, dan ada warna putih di rambut atas. Mereka mengalir dari tempat-tempat yang tinggi, seakan-akan wajah-wajah mereka seperti perisai.” (HR. Ahmad)

Ya`juj dan Ma`juj Sudah Ada Sekarang

Ya`juj dan Ma`juj sudah ada dan terus dalam keadaan turun-temurun (beranak pinak), tidak meninggal satu orang dari mereka, kecuali lahir seribu orang lebih. Sebagaimana disebutkan dalam riwayat Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhuma yang diriwayatkan Al-Hakim rahimahullahu dalam Mustadrak-nya.

Namun alhamdulillah Allah Subhanahu wa Ta’ala telah bentengi mereka dari kita, iaitu dengan sebab menakdirkan munculnya Dzulqarnain yang dengan kemampuannya membuat benteng yang terbuat dari besi dan tembaga.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا. حَتَّى إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِنْ دُونِهِمَا قَوْمًا لاَ يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلاً. قَالُوا يَاذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي اْلأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَى أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا. قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا. آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ حَتَّى إِذَا سَاوَى بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انْفُخُوا حَتَّى إِذَا جَعَلَهُ نَارًا قَالَ ءَاتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًا. فَمَا اسْطَاعُوا أَنْ يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْبًا. قَالَ هَذَا رَحْمَةٌ مِنْ رَبِّي فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاءَ وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقًّا

Maksudnya: “Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan keduanya, suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Dzulqarnain, sesungguhnya Ya`juj dan Ma`juj itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?’ Dzulqarnain berkata: ‘Apa yang telah dikuasakan oleh Rabbku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi.’ Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulqarnain: ‘Tiuplah (api itu).’ Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, diapun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar kutuangkan ke atas besi panas itu.’ Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat (pula) melubanginya. Dzulqarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Rabbku, maka apabila sudah datang janji Rabb-ku Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Rabbku itu adalah benar’.” (Al-Kahfi: 92-98)

Kesombongan Ya`juj dan Ma`juj

Ya`juj dan Ma`juj ketika keluar tidaklah melalui sesuatu kecuali dirosaknya. Tidaklah melalui danau kecuali meminumnya hingga habis. Tidaklah mendapati manusia kecuali dibunuhnya sampai ketika mereka merasa menang membantai seluruh penduduk bumi, mereka menentang penduduk langit. Inilah kesombongan yang luar biasa dari Ya`juj wa Ma`juj.

ثُمَّ يَسِيرُونَ حَتَّى يَنْتَهُوا إِلَى جَبَلِ الْـخُمَرِ وَهُوَ جَبَلُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ فَيَقُولُونَ: لَقَدْ قَتَلْنَا مَنْ فِي اْلأَرْضِ هَلُمَّ فَلْنَقْتُلْ مَنْ فِي السَّمَاءِ. فَيَرْمُونَ بِنُشَّابِهِمْ إِلَى السَّمَاءِ فَيَرُدُّ اللهُ عَلَيْهِمْ نُشَّابَهُمْ مَخْضُوبَةً دَمًا

“Kemudian mereka berjalan dan berakhir di gunung Khumar, iaitu salah satu gunung di Baitul Maqdis. Kemudian mereka berkata: “Kita telah membantai penduduk bumi, mari kita membantai penduduk langit.” Maka mereka melemparkan panah-panah dan tombak-tombak mereka ke langit. Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala kembalikan panah dan tombak-tombak mereka dalam keadaan berlumuran darah.” (HR. Muslim dalam kitab Al-Fitan wa Asyrathus Sa’ah)

Yakni mereka mengira bahawa darah tersebut bukti kemenangan mereka melawan penduduk langit. Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala binasakan seluruhnya pada ketika kemuncak kesombongan mereka dalam waktu yang hampir bersamaan.

Binasanya Ya'juj dan Ma'juj dengan doa Nabi Isa ‘alaihissalam

Diriwayatkan dari An-Nawwas Ibni Sam’an radhiyallahu ‘anhu dalam hadis yang panjang. Di antaranya sebagai berikut:

إِذْ أَوْحَى اللهُ إِلَى عِيسَى إِنِّي قَدْ أَخْرَجْتُ عِبَادًا لِي لاَ يَدَانِ لِأَحَدٍ بِقِتَالِهِمْ فَحَرِّزْ عِبَادِي إِلَى الطُّورِ وَيَبْعَثُ اللهُ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ فَيَمُرُّ أَوَائِلُهُمْ عَلَى بُحَيْرَةِ طَبَرِيَّةَ فَيَشْرَبُونَ مَا فِيهَا وَيَمُرُّ آخِرُهُمْ فَيَقُولُونَ لَقَدْ كَانَ بِهَذِهِ مَرَّةً مَاءٌ وَيُحْصَرُ نَبِيُّ اللهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ حَتَّى يَكُونَ رَأْسُ الثَّوْرِ لِأَحَدِهِمْ خَيْرًا مِنْ مِائَةِ دِينَارٍ لِأَحَدِكُمُ الْيَوْمَ فَيَرْغَبُ نَبِيُّ اللهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ فَيُرْسِلُ اللهُ عَلَيْهِمُ النَّغَفَ فِي رِقَابِهِمْ فَيُصْبِحُونَ فَرْسَى كَمَوْتِ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ يَهْبِطُ نَبِيُّ اللهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى اْلأَرْضِ فَلاَ يَجِدُونَ فِي اْلأَرْضِ مَوْضِعَ شِبْرٍ إِلاَّ مَلَأَهُ زَهَمُهُمْ وَنَتْنُهُمْ فَيَرْغَبُ نَبِيُّ اللهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى اللهِ فَيُرْسِلُ اللهُ طَيْرًا كَأَعْنَاقِ الْبُخْتِ فَتَحْمِلُهُمْ فَتَطْرَحُهُمْ حَيْثُ شَاءَ اللهُ ثُمَّ يُرْسِلُ اللهُ مَطَرًا لاَ يَكُنُّ مِنْهُ بَيْتُ مَدَرٍ وَلاَ وَبَرٍ فَيَغْسِلُ اْلأَرْضَ حَتَّى يَتْرُكَهَا كَالزَّلَفَةِ ثُمَّ يُقَالُ لِلْأَرْضِ أَنْبِتِي ثَمَرَتَكِ وَرُدِّي بَرَكَتَكِ…

Ketika Allah Subhanahu wa Ta’ala mewahyukan kepada Isa ‘alaihissalam: Sesungguhnya aku mengeluarkan hamba-hamba-Ku yang tidak ada kemampuan bagi seorang pun untuk memeranginya. Maka biarkanlah mereka hamba-hamba-Ku menuju Thuur. Lalu Allah Subhanahu wa Ta’ala keluarkan Ya’juj dan Ma’juj dan mereka mengalir dari tiap-tiap tempat yang tinggi. Kemudian mereka melewati danau Thabariyah, dan meminum seluruh air yang ada padanya. Hingga ketika barisan paling belakang mereka sampai di danau tersebut mereka berkata: “Sungguh dahulu di sini masih ada airnya.” Ketika itu dikepunglah Nabiyullah Isa ‘alaihissalam dan para sahabatnya. Hingga kepala sapi ketika itu lebih berharga untuk mereka daripada seratus dinar kamu sekarang ini. Maka Isa dan para sahabatnya berharap (berdoa) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala pun mengirim sejenis ulat yang menyerang leher mereka. Maka pagi harinya mereka seluruhnya binasa menjadi bangkai-bangkai dalam waktu yang hampir bersamaan. Kemudian turunlah (dari gunung Thuur) Nabiyullah Isa dan para sahabatnya, maka tidak didapati satu jengkal pun tempat kecuali dipenuhi oleh bangkai dan bau busuk mereka. Maka Nabi Isa ‘alaihissalam pun berharap (berdoa) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala mengirimkan burung-burung yang lehernya seperti unta, membawa bangkai-bangkai mereka dan kemudian dilemparkan di tempat yang Allah Subhanahu wa Ta’ala kehendaki. Kemudian Allah kirimkan hujan yang tidak meninggalkan satu pun rumah mahupun kemah, lalu membasahi bumi hingga menjadi licin. Kemudian dikatakan kepada bumi itu: ‘Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalilah berkatmu...” (HR. Muslim)

RUANGAN IKLAN... SYAAMIL AL QURAN : THE MIRACLE 15 IN 1...





Harga Senaskah RM200.00 sahaja
(Stok Terhad)



Wajib Beriman dengan berita Ya`juj wa Ma`juj

Berita tentang Ya`juj wa Ma`juj adalah berita dari Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya, sehingga seorang muslim yang beriman wajib menerimanya. Bukankah ciri-ciri orang yang bertakwa adalah beriman kepada hal ghaib yang dikhabarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya? Dan termasuk hal yang ghaib adalah apa yang akan terjadi pada akhir zaman, termasuk berita akan keluarnya Ya`juj wa Ma`juj?

Namun sebahagian kaum muslimin, khususnya kaum Mu’tazilah dan para rasionalis atau orang-orang yang terpengaruh oleh mereka, menolak berita-berita hadis yang -menurut anggapan mereka- tidak masuk akal. Mereka menganggap hadis-hadis tersebut hanya akan membuat orang lari dari Islam.

Ketika mereka mendengarkan hadis-hadis tentang diangkatnya Nabi Isa ‘alaihissalam dalam keadaan hidup, akan turunnya baginda pada akhir zaman, berita tentang Dajjal -yang sudah ada wujudnya dalam keadaan terbelenggu- atau tentang Ya`juj wa Ma`juj yang masih beranak-pinak dan terus menerus berupaya untuk keluar dari benteng yang dibuat oleh Dzulqarnain, dan lain-lainnya. Mereka benar-benar gelisah, panas dadanya seraya berkata: “Untuk apa hadis-hadis seperti ini disampaikan. Hadis-hadis ini akan menjadikan manusia semakin jauh dari Islam.” Mereka melontarkan olok-olok, celaan, dan berbagai macam ucapan penolakan terhadap hadis-hadis tersebut. Keadaan mereka ini serupa seperti yang dikatakan oleh para ulama tentang ahlul bid’ah:

Ahmad bin Sinan Al-Qaththan rahimahullahu berkata: ”Tidak ada di dunia ini seorang mubtadi’ (ahli bid’ah) pun kecuali akan membenci ahlil hadis. Jika seseorang mengada-adakan kebid’ahan nescaya akan dicabut kelazatan hadis dari hatinya.” (Aqidatussalaf wa Ashhabul Hadits hal. 300)

Abu Nashr bin Sallam Al-Faqih rahimahullahu berkata: “Tidak ada sesuatu yang lebih berat dan lebih dibenci bagi orang-orang mulhid (sesat) daripada mendengarkan hadis dengan riwayat dan sanadnya.” (Aqidatus Salaf Ashhabil Hadits hal. 302)

Penutup

Sebagai nasihat dan peringatan untuk kita dan seluruh kaum muslimin, kami nukilkan beberapa ucapan para ulama dalam masalah ini:

Al-Imam Ahmad bin Hambal rahimahullahu menyatakan: “Barangsiapa yang menolak hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi sa wallam, maka dia berada di pinggir jurang kehancuran.” (Thabaqat Al-Hanabilah, 2/11 dan Al-Ibanah, 1/269; lihat Ta’zhimus Sunnah hal. 29)

Al-Imam Al-Barbahari rahimahullahu menegaskan: “Jika engkau mendengar seseorang mencela riwayat-riwayat (yakni riwayat hadis yang sahih), menolaknya atau menginginkan selainnya, maka curigailah keislamannya dan jangan ragu kalau dia adalah pengekor hawa nafsu, ahlul bid’ah.” (Syarhus Sunnah hal. 51)

Abul Qashim Al-Ashbahani rahimahullahu menerangkan: Ahlus Sunnah dari kalangan salaf berkata: “Barangsiapa mencerca riwayat-riwayat hadis, maka selayaknya untuk dituduh keislamannya.” (Al-Hujjah fi Bayanil Mahajjah 2/248. Lihat Ta’zhimus Sunnah, hal. 29)

Al-Imam Az-Zuhri rahimahullahu –imamnya para imam pada zamannya- berkata: “Dari Allah Subhanahu wa Ta’ala keterangannya, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menyampaikannya, maka kewajiban kita adalah menerimanya.” (Aqidatus Salaf Ashhabil Hadits, hal. 249)

Beliau rahimahullahu berkata juga: “Diriwayatkan dari salaf bahawa kaki Islam tidak akan kokoh, kecuali di atas dasar at-taslim (yakni menerima dan tunduk pada seluruh ucapan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya, pent.).” (Aqidatus Salaf Ashhabul Hadits hal. 200). Wallahu a’lam.

Penulis: Al-Ustadz Muhammad Umar As-Sewed
Disunting oleh: Abu Soleh