Malaysia Today

... Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, (menjadi cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; ...
Allah adalah Pelindung bagi Orang Yang Beriman;
Syaitan pula adalah pelindung bagi Orang Kafir.

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Al-Ahzaab 33:56
Ingin melihat Katalog Perabot Jati, anda dibawa secara Eksklusif di laman web kami

Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!

Darjah 6,
SK Gondang, Ketereh,
1968
Tingkatan 2A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas
1970
Tingkatan 3A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas,
1971
Tingkatan 4 Sains,
SM Hamzah Machang,
1972
Tingkatan 5 Sains,
SM Hamzah, Machang,
1973
Pre-U Class,
SMSAH, Jitra,
Dis 1973 - Mac 1974
Tingkatan 6 Rendah Sains,
SMIP Kota Bharu,
1974
Geng Tingkatan 6 Atas Sains,
Asrama Putra SMIP Kota Bharu,
1975
Ini Rupa Aku!... Tahun 1968
Dulu 1971... Top Student!
Dan Ini Rupa Aku... Tahun 2012

Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978

Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.

Dari L-R:
Depan: Redzuan Razali, Abdul Rahman Hasan, Anak Ngadiman (maaf ingat nama bapa sahaja)
Tengah: Siti Khalidah (Kalu tidak silap), Ismail Yusof, Aku, Ismail Abdullah dan Mohd Ridwan (Kalu tak silap)
Belakang: Ghazali Sulong dan Shafie Mat Yatim.

Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012

Kenangan Bersama YB Senator Datuk Akbar Ali via iPad, Mantan TKP di suatu ketika dahulu...

INFO GEMPA BUMI


Earthquakes Worldwide in the Last 30 Days (Of M>=4)
Richter scale
The Richter scale was named after the American seismologist Charles Francis Richter. This scale measures the motion of the land surface 60 mi from the epicenter, or focus, of the earthquake.
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year.
About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and
only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between:
0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing.
4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock.
4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall.
6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river.
7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground.

TOP FIVE Popular Posts...

Monday, November 3, 2014

Siri 6: Urusan Dengan JPJ

Ini adalah siri terakhir disajikan pengalaman untuk mereka yang baru pertama kali menukarkan engin kereta. Mereka yang bercadang mengupgradekan kereta mereka, bolehlah mengambil pengalaman yang aku sajikan disini sebagai panduan. Tak payah untuk menggunakan 'runner' jika mereka mempunyai masa seperti aku ni... tapi bagi mereka yang tidak mempunyai masa... mungkin pilihan terbaik mereka menggunakan perkhidmatan runner.... dan perlu mengeluarkan wang yang lebih untuk tujuan itu....

Pada 16 Okt 2014 aku pon pergilah ke JPJ Cawangan Petaling Jaya.. lebih kurang pukul 10.30 pagi. Terus jumpa kaunter dan beritahu niat dan tujuan kita.

"Kalu nak update info dalam gran kena isi borang ini... dan ini no giliran menunggu" kata kerani dikaunter JPJ kepada aku..

dan; Tapi aku kata nak tukar nama sekali...

"Kalu mcm tu ambek borang ini dan isi ... ini nombor gilirannya..."

Tunggu lah aku ... satu jam berlalu... dua jam berlalu... 3 jam berlalu.... nombor aku masih jauh. agak-agak aku pukul 4 petang pon belum tentu...Untuk urusan ini hanya 2 kaunter sahaja. Kadang-kadang 'stack' terlalu lama.... Penat aku dibuatnya. Anak aku pon dah fedup... Kalu macam ni tak payah tukar nama lah ayah....

Aku pon ambek keputusan.. tak payah tukar nama la dan pergi ambek no baru... cuma update maklumat jer... Gi ambek nombor baru tu terus jer dipanggil. Aku pon bagilah borang-borang yang perlu dan lepas tu aku pon cerita lah kat kaunter tu tentang tujuan sebenarnya... selain nak update aku cadnag nak tukar nama sekali bagi kat anak....

"Ok lah kalu mcm tu marilah sini saya buat sekali ... " Alhamdulillah la kalu boleh... Mak dia pon buatlah .... maka selsailah sudah urusan dengan JPJ yang begitu perit sekali....

Dalam masa menunggu tu aku lihat lah kelemaham kauter JPJ ni.. Orang nak berurusan tukar nama ramai tapi kaunter hanya 2 sahaja. Sepatutnya dia dah tahu ramai maka tambahlah kaunter...

Yang kedua, terdapatnya ulat-ulat yang mengambil peluang unutk mendapat duit kopi... ulat-ulat memang dah pergi ambik nombor giliran siang-siang... dan mencari sesiapa nak buat urusan ini belaiu boleh bawa dan sekali bawa 4 urusan sekali... sekali urusan ulat ini minta RM10. Jadi apabila giliran ulat dipanggil maka menunggulah orang-orang lain...

Pihak atasan JPJ tengok lah urusan kat kauter ni betapa periknya orang menunggu... Jangan dok pelanggan aje tengok gambar orang atas ni tergantung kat dinding...

Maka tamatlah siri aku berurusan dengan JPJ...

Tuesday, October 28, 2014

Siri 5: Pemeriksaan PUSPAKOM Kali ke-3

Aku mohon maaf sebab siri ini terlalu lama untuk disambungkan. Bukan apa dua dua tiga perkara nak siapkan dalam tempoh ini.

Sekarang baru ada peluang nak bercerita sedikit. Mana lah kot-kot ada orang di luar sana ingin membuat benda yang sama dengan apa yang aku buat ini sebagai panduan dan sengaja ingin mencurahkan pengalaman untuk mereka memerlukan.

Kali ini aku membuat pemeriksaan di PUSPAKOM Batu Caves. Mana-mana pon boleh pergi mengikut kesesuaian masa dan kebolehan tempat menerima tempahan kita. Pemeriksaan yang pertama dan kedua gagal itu dibuat di PUSPAKOM Glamerie.

Seperti biasa pergi sana bawa kereta. Ambil borang dan diarahkan masuk qiu lorong 1. Pandu masuk lorong 1 terus sampai ke dalam dan diminta serahkan segala dokumen yang berkenaan dan bayaran sebanyak RM35.00 di kaunter. Lepas bayar biasalah pergi tunggu kat bilik menunggu.

Selepas gagal pemeriksaan kali kedua, aku dah fedup dah... aku tak usik apa-apa pada kereta itu. Cuma aku tukar benda seperti dalam gambar ni jer. Sebab aku tanya pada tempat yang buat kereta aku dulu... kenapa tak pasang yang asal benda ni kat situ...? Dio kata yang ada pada satria asal ni pon dah cukup. Aku pon pegang dengan kata-kata dio lah.


Dan dekat sebulan lebih jugak aku runningkan kereta aku ini sehingga disc brake belakang aku tu terus berseri-seri sinarannya. Betapa kuatnya makan apabila membrek.

Tunggu hampir 45minit, no kereta dipanggil. Dio orang tanya aku nak buat pemeriksaan tukar nama kah? Aku kata ya .. boleh jugak. Lepas tu gi kat kaunter tadi bayar lagi sebanyak RM30 (kalu tak silap). Lepas tunggu lagi... ingat around 30 minit. Lepas dio kata bayar kat kauter tu aku rasa lega sikit....

Lepas dah dah siap no kereta aku di panggil sekali lagi untuk dianugerahkan dua sijil. Satu Sijil Pemeriksaan dan Kedua Sijil Tukar Mili. Semua tu laku sah dalam tempoh satu bule....

Lega... Satu Babak dengan PUSPAKOM. Ini hasil keputusan bacaan brake yang aku perolehi setelah aku menggunakan 'benda atas dalam gambar tu' yang asal dari halfcut....


Pada mulanya aku teramat fedup dah... Lalu aku google lah nak cari runner... Telefon runner dio aorang ambek berapa.. Kata mereka siap dapat geran baru kena bayar upah dio orang RM400.00. Banyak tu...

Daripada korban duit 'bentuk' rasuah halus tu baik aku bodoh2 masuk jer. Masa-masa tengah menunggu kat PUSPAKOM tu ramai juga nampak kereta yang datang tu menggunakan runner dan gelagat rundingan mereka kat pintu masuk tu pon ada... macam susah sangat nak lepas atau lulus... Cuma bagi mereka yang tidak mau datang dua tiga kali tu, maka mereka ambek keputusan menggunakan khidmat runner la senang...


Ini gelagat kereta mereka yang cerminnya bertintet... 
tang-tang tu juga koyak rabakkan tintet mereka.
masa pasang bukan main lagi... hehehe

Siri 6: Ada Cerita pulak Ketika Berurusan dengan JPJ.. Sila tunggu!

Friday, October 3, 2014

Siri 4: Lawatan Ke PUSPAKOM Kali Kedua....

Semangat kekecewaan setelah kereta aku gagal melepasi purata markah 41% brek belakang menyebabkan aku terus ke kedai servis untuk membuat selenggara.

Aku tukar brake pad baru, aku 'kikis' permukaan brake disc. Aku tukar kit brake pistol pump. Aku bukan buat sebelah.... dua-dua belaj pon aku buat..... Lepas tu aku test kat lebuh raya  dengan memecut dan membrake... memecut dan membrake...satu hari aku buat....

Dengan semangat berkobar-kobar aku telefon PUSPAKOM. Aku nak masuk balik buat pemeriksaan. Ok 30.8.2014 hari sabtu aku nak datang buat pemeriksaan sekali lagi...

Aku tak dapat datang kerana ada hal, lalu aku suruh anak aku bawa jer kereta tu ketempat ujian. Lalu datang.... Bayar RM35 dan masuk lah qiu ujian....

Tup tup tup Keluar result.... Apa?... Resultnya Lebih teruk dari sebelum ini. HAMPEH. GAGAL Lagi......Huhhhhh Bingung dan berdengung aku dibuatnya.


GAGAL Lagi......

Ini zoom bagi result ujian pertama (sebelum brek diservice...)


dan ini pula result ujian kedua (selepas brek diservice...)


Makin rendah....................Puuuuyooooooooo?

Siri 4: Lawatan Ke PUSPAKOM Kali Ketiga.....(Buat temujanji petang ni pukul 3.00ptg...)

Siri 3 : Kerja Tukar Enjin Bermula.... dan Urusan dengan PUSPAKOM Kali Pertama...!

Lama aku ambek masa nak sambung balik siri ini. Sibuk sikit. Kebetulan urusan pendaftaran kemasukan anak ke IPTA. Mula-mula dapat masuk UITM. Lepas dapat pulak tawaran masuk UKM. Dapat dua tawaran plak ... Try UITM pas tu try pulak kat UKM. At last pilih UKM .. dekat sikit dengan rumah. Kalu UITM nunnnnn kat Seremban 3. Kampus baru. Nak makan pon susah....

Kedai potong kereta tu pon antar la halfcut ke Belakong. Di kedai tempat aku nak tukar enjin tu... aku search jugak kat internet mana-mana kedai yang boleh buat kerja ni.... banyak tempat... tapi aku tertarik untuk buat kat Belakong ni... Walaupon jauh dari rumah aku, aku ada sebab aku tersendiri kenapa aku pilih 'Sahabat Garage' ni. Dia orang kata boleh siap 3 - 10 hari dan upah around RM1,200. Termasuk minyak hitam, oil filter, air filter, timing belt dan ada lagi extra-extra barang-barang lain.

Aku pon antar kereta. Ini rupa bahagian enjin kereta satria aku....

Ini Rupa Enjin 4G13 

Hampir 10 hari siap. Dan Ini pula bahagian enjin yang dah siap dipasang dengan engin 4G91 Mitsubishi tahun 2005.

Ini Rupa Enjin 4G91

Setelah bererapa hari menjalani 'proses pembiasaan', maka aku pon nak bawa lah kereta ini berjumpa dengan pakar PUSPAKOM. Aku pon buatlah temu janji dengan Puspakom Glamarie. Mereka suruh aku sediakan dokumen2 tertentu dan yuran pemeriksaan RM35 dikenakan. Jika lulus katanya bayar lagi RM25 untuk sijil kelulusan.

Ini dokumen2 yang perlu dibawa:

1. Geran asal kereta.
2. Resit Beli Engin.
3. Dokumen Kastam Surat kelulusan import Kepala Kereta
4. Surat Pengesahan Borang K1 Kastam
5. Resit dari Kedai Pemasangan.

Dokumen semua lengkap... maka pada 28 Ogos 2014 aku pon bawalah kereta aku ke PUSPAKOM Glamarie.... Pertama kali bawa kereta untuk pemeriksaan... maka terpinga-pinga la aku dibuatnya... Datang penuh harapan.

Sampai di sana aku liat dah ramai yang menunggu, walaupun aku punya temu janji pukul 9.00. Orang dah ramai qiu... Aku terus ke kaunter pertayaan dan mereka terus memberikan aku borang untuk di isi.. maka isi lah aku dan pembayaran pon dibuat... Tunggu lah... dalam masa tunggu2 tu adalah seorang hamba Allah bertanyakan aku nak periksa kereta untuk apa... ringkas jawapan aku... aku baru sahaja tukar engin... Lalu dia spontan cakap kat aku. Brek belakang tukar ke? Tukar jawapan ku... Dia kata point utama puspakom dok kat brek belakang.... Orang cakap kat aku jika model 4G91 tidak payah tukar brek. Kerana model ini yang asal pon hanya pakai brek drum jer.... Jadi pada anggapan aku aku tukar kepada disc tu beri advantage lah kat aku....

Lebih kurang 30 minit, Keluar-keluar result.... memang betul.... HAMPEH.... Brake belakang tak lepas. GAGAL. Ini result dia...


Balik dengan penuh kekecewaan.....!!!!!!!

Siri 4: Lawatan Ke PUSPAKOM Kali Kedua....

Wednesday, September 3, 2014

Siri 2 : Proses Tukar Engin Kereta : Pencarian Engin Yang Sesuai. Pilihan Hati 4G91 TwinCam Auto. Bukan Tebo Bro!

Google kat web dan hasil dari pertanyaan kat forum dan orang yang pakar, Satria ni kalu nak tukar, yang paling sesuai adalah engine mitsubishi 4G91 berkapasiti 1.5 cc. Aku nak cari yang auto. Senang. Tak mau yang manual. Aku survei juga tempat nak buat tu... jumpa la kat Belakong sana. Orang Melayu kita dan orang Kelantan plak tu. Nama dia Eddy... Kalu tengok kat FB tukang pasang ni, memang boleh dikatakan pakar jugak la dia orang ni... banyak mereka dah buat dah... 

Lalu aku set dalam kepala dan minta lah sebut harganya... Dia kata cari halfcut la senang... lalu dia kod kan aku harganya... Halfcut around RM5,000 dan upah RM1,200 (termasuk minyak hitam dan minyak gear). Timing belt kena tukar baru RM450. Kalu nak pasang brake disk belakang tambah RM500. Aku pon agreed...

Tak berapa lama dia pon wassap kat aku gambar halfcut ini.... 4G92. Ini rupanya....


First impresion aku tgk engin ni... serupa dengan engin satria yang aku pakai sekarang jer... cuma dia ada cop 'mitsubishi' jer kat cover head tu... Yang ni dia kata 1.6 dan single cam.... engin cantik. Tapi aku tak suka tgk engin tu... Aku search kat internet tgk gambar, Lalu aku minta dia cari twincam 4G91. Dia plak kata susah dah nak dapat lo ni... ambek masa sikit....

Tengah search2 tu terjumpalah satu kedai halfcut kat sungai buloh.... dia iklan halftcut ni.... tertarik gak nak melihatnya. Lalu aku suruh dia wassp jer kat aku... bahagian2 utama: 4G91 Auto TwinCam....






Tengok mileage dan kondisi dalam engin dan halfcut... nampak macam ok jer... Aku pon bagai tau Eddy bahawa aku dah jumpa halfcut 4G91 twincam auto mcm yang aku cari... sebelum itu aku nak pergi tengok dengan kepala aku sendiri kepala kereta ni..

Maka aku pon buat temujanji dengan kedai halfcut tu untuk melihat secara dekat kepala kereta tu.. Pada hari yang dijanjikan, aku pon datang. Kedai tu kata ada dua kepala jenis ini. Maka dua-dua aku test tengok. Setelah berpuas hati mengikut cara bodoh aku aku pon bayar dan kira jadi. Setelah tawar menawar dia bagi aku RM4,300 siap hantar ke tempat nak buat tu di Belakong. Aku pon agreed dan bayar deposit RM1,500. Bakinya aku janji dengan dia akan di deposit via ATM mesin...

Sekian kisah pencarian engin 4G91 telah berakhir.... Siri berikutnya kisah pesangan engin plak... sila tunggu.. Siri 3... Insya Allah