Keutamaan kami kali ini adalah membawa bersama sebuah mimbar masjid untuk pembeli 'yang bertuah' dari Pahang. Oleh kerana ia merupakan tempahan ulung melalui KREATIFNIAGA JATI e-SHOPPING CENTER. secara online, maka kami menawarkan kepada pembeli ini satu potongan harga yang cukup menarik. Pastinya produk yang dibekalkan ini sukar dicari di Malaysia pada nilaian harga itu. Gambar Mimbar itu adalah seperti berikut:
Saiz mimbar yang indah ini berukuran 4'x7'x9'. Ia datang lengkap dengan tongkat mimbar, rostrum dan kerusi yang dibina khas dengan bersandarkan ukiran kerawang penuh. Pastinya ia dapat menyerikan lagi keindahan ruangan masjid, bagaimanapun keindahan masjid akan bertambah serinya jika kariah di sekitarnya lebih memakmurkannya.
Mimbar ini 'berkeupayaan' datang jauh dari Indonesia untuk memakmurkan Masjid di Pahang, kenapa ahli kariah yang dekat di sekitarnya tidak boleh datang memakmurkannya?. Cabaran kepada ahli kariah di sekitar masjid yang menerima mimbar ini sebagai 'tetamu' yang terus tinggal di sana buat selama yang diperlukan.
Kontena yang panjangnya 40kaki ini sudahpun berlepas dari Jepara menuju ke Pelabuhan di Semarang di Indonesia. Beginilah 'agaknya' rupanya kontena yang diangkut ke pelabuhan. Gambar ini dirakam di Semarang, semasa perjalanan pulang tempoh hari.
Kali ini kami membawa balik pelbagai model perabot yang menjadi pilihan ramai. Kesemuanya ada 83 item. Set Kursi Tamu (7 set pilihan), Kursi Teras (14), Katil (9), Almari (9), Set Meja Makan Mewah: 10 kerusi (2), 8 kerusi (1), 6 kerusi (1); Bangko/Sofa (6), Ayunan 2D (1), Jendela Dunia (5) dan Jam Hias (1).
Kepada Peminat2 jati di Kota Bharu atau yang berada di sekitarnya bolehlah mengambil maklum bahawa, kontena ini dijangka akan tiba di sana pada 24 atau 25 Dis 2010 ini. Ia dijangka akan berlabuh di suatu lokasi atau tempat yang masih masih belum ditetapkan. Insya Allah.
Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!
Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978
Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.
|
Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012
INFO GEMPA BUMI
|
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year. About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between: 0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing. 4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock. 4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall. 6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river. 7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground. |
TOP FIVE Popular Posts...
-
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik atau laut Galilee?. Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapa...
-
Iraq sebuah negara yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah walaupun keadaan geografi negara itu berg...
-
Dalam Al-Quran dan Hadis ada menceritakan tentang asal usul penciptaan makhluk Manusia, Jin, Iblis dan Malaikat. Antaranya: Surah Al-Hijr...
-
Era Imam Mahadi dan era Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi mempunyai kenyakinan yang tinggi bahawa pemimpin agong mereka Al-Moshaikh (...
-
Gambar-gambar di atas adalah perabot yang belum siap. Gambar2 ini diambil ketika lawatan ke Kilang Perabot Jati Di Jepara, Indonesia bulan l...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment