Malaysia Today

... Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, (menjadi cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; ...
Allah adalah Pelindung bagi Orang Yang Beriman;
Syaitan pula adalah pelindung bagi Orang Kafir.

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Al-Ahzaab 33:56
Ingin melihat Katalog Perabot Jati, anda dibawa secara Eksklusif di laman web kami

Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!

Darjah 6,
SK Gondang, Ketereh,
1968
Tingkatan 2A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas
1970
Tingkatan 3A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas,
1971
Tingkatan 4 Sains,
SM Hamzah Machang,
1972
Tingkatan 5 Sains,
SM Hamzah, Machang,
1973
Pre-U Class,
SMSAH, Jitra,
Dis 1973 - Mac 1974
Tingkatan 6 Rendah Sains,
SMIP Kota Bharu,
1974
Geng Tingkatan 6 Atas Sains,
Asrama Putra SMIP Kota Bharu,
1975
Ini Rupa Aku!... Tahun 1968
Dulu 1971... Top Student!
Dan Ini Rupa Aku... Tahun 2012

Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978

Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.

Dari L-R:
Depan: Redzuan Razali, Abdul Rahman Hasan, Anak Ngadiman (maaf ingat nama bapa sahaja)
Tengah: Siti Khalidah (Kalu tidak silap), Ismail Yusof, Aku, Ismail Abdullah dan Mohd Ridwan (Kalu tak silap)
Belakang: Ghazali Sulong dan Shafie Mat Yatim.

Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012

Kenangan Bersama YB Senator Datuk Akbar Ali via iPad, Mantan TKP di suatu ketika dahulu...

INFO GEMPA BUMI


Earthquakes Worldwide in the Last 30 Days (Of M>=4)
Richter scale
The Richter scale was named after the American seismologist Charles Francis Richter. This scale measures the motion of the land surface 60 mi from the epicenter, or focus, of the earthquake.
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year.
About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and
only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between:
0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing.
4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock.
4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall.
6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river.
7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground.

TOP FIVE Popular Posts...

Monday, October 26, 2009

Allah Memanggil Manusia Dalam 3 Suasana

Allah memanggil manusia/hambanya dalam 3 suasana yang berbeza.

Panggilan Pertama:

Allah memanggil manusia untuk datang ke rumahNya sebanyak 5 kali dalam satu hari pada waktu-waktu yang telah ditetapkan. Tapi berapa ramaikah manusia datang menyahut panggilanNya?. Sahutan panggilan Allah ini boleh dilihat dalam empat kumpulan gelagat manusia.

Gelagat Pertama:
Kumpulan manusia yang bersegera menyahut panggilanNya. Mereka terus datang.
Gelagat Kedua:
Kumpulan manusia yang datang lambat.
Gelagat Ketiga:
Kumpulan manusia yang kadang-kadang datang dan kadang-kadang tak datang.
Gelagat Keempat:
Kumpulan manusia yang tidak datang langsung. Tidak endah kepada panggilan Penciptanya. Angkuh kepada Pemberi kehidupannya. Bersifat sombong dengan Allah. Kumpulan manusia jenis ini telah mengambil dan menggunakan dengan sewenang-wenangnya 'selendang' Allah.

Cuba bayangkan, jika kita sekarang ini berumur 55 tahun setelah ditolak waktu belum baligh 15 tahun dan bakinya 40 tahun dan selama itu kita tidak pernah menyahut panggilan Allah. Dalam tempoh itu Allah tidak jemu-jemu memanggil kita sebanyak 73,000 kali tapi kita tidak pernah untuk menyahut panggilanNya datang ke rumahNya. (Perkiraannya : 40 tahun x 365 hari x 5 kali = 73,000 kali). Kalau sebanyak itu, jemputan Allah kepada kita tapi kita tidak pernah menyahutNya, manusia apakah kita ini kalau tidak manusia degil dan sombong. Sama-samalah renungkan dalam gelagat jenis manusia manakah kita ingin masuk!

Panggilan Kedua:

Allah memanggil kita mengadapNya melalui perintah yang terdapat dalam AlQuran. Menghadirkan diri ke Baitullah pada waktu yang ditetapkan. Melakukan ibadat Haji dan Umrah bagi yang berkemampuan. Semua manusia mampu melakukan jika berusaha dan bertekad untuk menyahut panggilan Pencipta Yang Maha Agong. Sebagai hamba yang diciptaNya apakah kita tidak mampu untuk bertekad untuk menyahut panggilan ini sekali seumur hayat?.

Panggilan Ketiga:

Panggilan pertama dan panggilan kedua Allah menjemput manusia pada waktu dan masa yang manusia sendiri dapat mengetahuinya. Dan manusia masih terus boleh lagi menolak panggilan Allah atas sebab-sebab manusia sendiri yang memberi alasannya. Tapi panggilan ketiga ini Allah merahsiakan masa dan waktunya. PanggilanNya kali ini manusia tidak boleh lagi memberi alasan untuk menolaknya. Allah memaksa hambaNya kembali menemuiNya melalui utusanNya Malaikat Izrail.

Waallahu'alam
Nota: Yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang buruk dari diri penulis sendiri. Catatan ringkas dari Ceramah Magrib oleh Ustaz Omar di Masjid Nurul Yakin Kelana Jaya pada 26 Oktober 2009 sebagai renungan bersama.

Kenali Pokok Gharqad


Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....cuma keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di negara kita. Wallahu'alam

Dipetik daripada : http://paramedik.bbfr.net/sudut-keagamaan-dakwah-f76/pokok-yahudi-gharqad-boxthorn-t4647.htm