Malaysia Today

... Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, (menjadi cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; ...
Allah adalah Pelindung bagi Orang Yang Beriman;
Syaitan pula adalah pelindung bagi Orang Kafir.

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Al-Ahzaab 33:56
Ingin melihat Katalog Perabot Jati, anda dibawa secara Eksklusif di laman web kami

Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!

Darjah 6,
SK Gondang, Ketereh,
1968
Tingkatan 2A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas
1970
Tingkatan 3A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas,
1971
Tingkatan 4 Sains,
SM Hamzah Machang,
1972
Tingkatan 5 Sains,
SM Hamzah, Machang,
1973
Pre-U Class,
SMSAH, Jitra,
Dis 1973 - Mac 1974
Tingkatan 6 Rendah Sains,
SMIP Kota Bharu,
1974
Geng Tingkatan 6 Atas Sains,
Asrama Putra SMIP Kota Bharu,
1975
Ini Rupa Aku!... Tahun 1968
Dulu 1971... Top Student!
Dan Ini Rupa Aku... Tahun 2012

Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978

Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.

Dari L-R:
Depan: Redzuan Razali, Abdul Rahman Hasan, Anak Ngadiman (maaf ingat nama bapa sahaja)
Tengah: Siti Khalidah (Kalu tidak silap), Ismail Yusof, Aku, Ismail Abdullah dan Mohd Ridwan (Kalu tak silap)
Belakang: Ghazali Sulong dan Shafie Mat Yatim.

Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012

Kenangan Bersama YB Senator Datuk Akbar Ali via iPad, Mantan TKP di suatu ketika dahulu...

INFO GEMPA BUMI


Earthquakes Worldwide in the Last 30 Days (Of M>=4)
Richter scale
The Richter scale was named after the American seismologist Charles Francis Richter. This scale measures the motion of the land surface 60 mi from the epicenter, or focus, of the earthquake.
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year.
About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and
only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between:
0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing.
4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock.
4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall.
6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river.
7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground.

TOP FIVE Popular Posts...

Monday, September 1, 2014

4G13 Dah Sampai Penamat - Siri 1

Aku dah lama terfikir apa nak buat dengan kereta Satria 1.3GL aku ni. Kereta ini dilahirkan pada tahun 2000 di kilang Proton menggunakan engin 4G13. Kereta ni aku beli untuk anak aku belajar kat UTP dulu tunai... Mahal gak. Kat RM30,000.00. Masa tu kereta tu umur 5 tahun dah pakai. Kondisinya cantik gak. Manual. Anak lelaki sukakan manual ... beli yang manual.

Lepas dia graduat... dia pakai lagi... lepas tu dia plak beli kereta sendiri. Jadi kereta ini nak pass plak kat adik perempuan dia. Jadi sebelum pass kat adik dia.. aku pon buat la cantik-cantik, cat baru tukar gear otomatik. Kos tukar gear pon cecah RM1000.00 gak dan trade in gear lama dan cat baru pon rega RM1000.00. Pas tu tukar body kit ke Satria GTI pon kosnya RM1,000.00. Total semua sekali KOS upgrade cecah RM4,000 gak. Tak masuk lagi kos-kos servis dan kos-kos accesori lain.

Memang lepas tu nampak ... Kacak gak kereta tu... Lalu aku antar la kereta ni ke tempat anak aku belajar di Kubang Kerian Kota Bharu. Setelah 4 tahun berada di KB, anak aku yang ni pon habislah belajar dan Kena posting kat Sg Buloh dan dia masih guna lagi kereta ni sehingga hampir dua tahun lagi. Lepas tu dia beli plak kereta baru CX5. Jadi tinggallah kereta ini tiada yang menggunakannya.

Lalu aku suruhlah isteriku belajar membawa kereta yang bersaiz besar sikit. Selama ni dia hanya pandai bawa kancil jer. Dia kata mudah kerana kecik.... hehehe... Lepas tu dia pon coba la.... Kebetulan pula ofisnya pindah ke Putrajaya ... sekarang ni dah tak mau lepas dah Satria ni... Dah rasa selesa plak... sekarang kancil rasa tak 'sedap' dah....sehingga sekarang dah masuk hampir 3 tahun dah bawa.... kabar kabar dah makan minyak hitam... asap memutih dah keluar dari eksos.

Ini Rupa Kereta Satria WHX28..
...tengok asap ekzos kat belakang tu
memutih keluar memalukan aku jer....

Ini rupa bahagain engin nya 4G13 1299cc

Panel dalamnya masih ok lagi. 
Bagaimanapun odometernya jem dan 
baru tukar baru dgn rega RM280 (kalu tidak silap)
dan telah jalan lebih kurang 57,000km

Friday, May 2, 2014

Mari Kita Teka : 4 Ton Buah Manggis Yang Dibawa Oleh MH370 Itu Berapa Biji Semuanya.....?




Mengikut Buku Panduan Tanaman Manggis yang diterbitkan oleh Taman Pertanian Universiti, UPM pada 3 Jan 2011 dengan Rujukan Dokumen OPR/TPU/BP/SLP/07 menganggarkan setiap 1kg buah manggis mengandungi sebanyak 8.1 biji.

Mari kita belajar matematik mudah:

Step 1: Pertukaran Unit Berat:

1 ton = 1,000 kg, maka kalau 4 ton bermakna bersamaan dengan 4,000 kg.


Step 2: Pertukaran Berat Kepada Biji:

1kg mempunyai purata sebanyak 8.1 biji

maka jika 4,000kg akan mempunyai sebanyak 4,000 x 8.1 biji = 32,400 biji

Oleh itu MH370 itu membawa sebanyak 32,400 biji buah manggis.



Saturday, April 12, 2014

25 Jan 2014 : Majlis Perkahwinan 'Aainaa dan Adam

Bersama ahli Keluarga yang datang bersama meriahkan majlis pada hari itu. Alhmadulillah dengan izin NYA, majlis berjalan seperti yang dirancangkan. Majlis telah diadakan di Dewan Kompleks Sukan PKNS SS7, Kelana Jaya pada 25 Jan 2014. Paginya Majlis Akad Nikah dihadiri oleh keluarga serta jiran-jiran terdekat dan sebelah tengah harinya pula adalah untuk Majlis para jemputan.

Keluarga Pengantin Perempuan

Keluarga Pengantin Lelaki

Majlis di sebelah lelaki telah juga selesai diadakan pada 15 Feb 2014 di Mergong Jaya, Alor Star Kedah.

Alhamdulillah, bunga dan putik cinta dua insan ini yang terjalin semasa belajar di USM Kubang Kerian beberapa tahun dulu membawa sehingga ke jinjang pelamin. Ayah, Mama dan semua keluarga sentiasa mendoakan kebahgiaan kalian dan harungilah hidup ini dengan tabah dan sabar di dalam taqwa dan iman. Amin, Amin, Amin.

Friday, April 11, 2014

Pencarian MH370.... antara realiti dan fantasi. Bengong Kita dibuatnya?

Lagu gi Rupanya Missing Plane... MH370!

Sehingga ke saat ini, sudah melebihi sebulan MH370 hilang dari pandangan mata. Mata tidak mampu melihat MH370 kerana menurut Najib pesawat yang membawa penumpang 239 orang bersama 12 orang anak kapal itu mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi. Kesimpulan itu dibuat dengan tergesa-gesa setelah mendapat pengesahan data dari satelit bahawa terdapat 'titik' MH370 berakhir di situ. Yang Peliknya.... secebis serpihan bangkai MH370 tidak dapat dikesan sehingga hari ini.

Ayat-ayat yang biasa didengari lahir dari gerombolan pencari MH370, "hari ini kita dapat mengesan beberapa serpihan dengan ukuran sekian-sekian panjang. Ini peluang cerah untuk kita menemui MH370" tapi esoknya kata-kata ini pula diberikan... "kita gagal menemui serpihan semalam" atau ayat begini diberikan... "ia bukan dari badan MH370".....

Di satu pihak lagi. Rusia. Akbar-akbar di sana memberikan berita disebaliknya. MH370 sebenarnya telah dirampas dan telah mendarat di Afghanistan... Ini petikan diambil dari http://www.business-standard.com/article/news-ani/russia-s-fsb-source-says-mh370-passengers-were-hijacked-and-taken-to-afghanistan-114041000443_1.html

"Russian intelligence sources have claimed the passengers on missing Malaysian Airlines jet MH370 are alive after the flight landed in .
A source in Russian's FSB secret service said the plane was hijacked and flown close to the  border.
According to the Daily Star, the source said al the passengers were, they have been divided into seven groups and are living in mud huts with almost no food.
The report added that 20 passengers who were Asian 'specialists' have been smuggled into a bunker in Pakistan, the report added."
Kita semakin bengong! Jadi kalau berita ini betul.... Apakah kerja mencari yang sehingga hari ini mencecah Ratusan Jutaan RInggit diteruskan? Bangkai MH370 yang besar  itu pun belum dijumpai, sekarang sibuk pula ingin mencari 'kotak hitam' yang tidak sebesar mana itu? Ganjil Manusia ini.

Jika MH370 telah pun mendarat di suatu lokasi di Afghanistan.... Yang pergi cari Kotak Hitam dalam laut tu buat apa.... Aku teringat kata-kata lawak jenaka arwah Wak Sir dalam siri lawaknya...... duitnya jatuh di tempat gelap tapi dia pergi mencari di tempat lain yang ada cahaya lampu....! Habis sampai bila nak jumpa...! Lucu dan lawak ....


Hanya Allah Maha Mengetahui. Wallahu A'lam.

Thursday, April 10, 2014

Keyword 'SUNGAI FURAT' Menjadikan Laman Aku Kembali DiKunjungi...!

Sudah lama aku tidak menulis di laman yang ku bina sejak tahun 2009. Kekadang ada juga menjenguk ke laman ini. Sengaja ingin melihat sama ada masih wujud lagi pengunjung ke laman ini yang tidak dikemaskini sejak sekian lama. Dulu ada juga waktu duduk mengadap skrin notebook, memikirkan apa isu ingin ditulis dan dipaparkan di laman ini. Tapi sekarang, masih lagi mengadap skrin notebook tapi tidak berkesempatan untuk menulis dan memikirkan isu-isu yang ingin disajikan.

Sejak 'DRAMA RAJA' mengenengahkan MISTERI MH370 dan adanya menyebut kaitan SUNGAI FURAT jadi tidak semena-mena pelayar yang ingin mencari sesuatu tentang SUNGAI FURAT maka tetiba pengunjung ke laman aku mnejadi aktif semula. Kerana pada suatu ketika dulu aku pernah melontarkan tentang Hadis Nabi SAW berhubung perkara ini....

Terima Kasih Kepada Pengunjung yang tidak jemu-jemu mencari sesuatu yang tiba di laman ini....