Iraq sebuah negara yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah walaupun keadaan geografi negara itu bergunung ganang dan kering kontang. Dari dulu sehingga kini dan selama-lamanya, hasil buminya tak pernah berdikit. Tetapi rakyatnya tidak pernah aman dari persengketaan kaum juga dari dulu sehingga kini dan selama-lamanya perpecahan dan perbalahan tidak pernah bersatu.
Pun begitu, negara ini ditakdirkan telah mempunyai pemimpin yang cukup keras penentangannya terhadap kuasa-kuasa kafiaq Amerika dan Israel. Negara Kafiaq itu tidak menyenangi dasar luar Iraq ini lalu mereka mengambil kesempatan menyerang dan menaklukki negara Iraq atas alasan negara ini disifatkan sebagai negera 'pengganas'. Lalu Saddam dihukum bunuh oleh kafiaq dan konco2nya, sehingga kini negara itu tidak pernah aman dari persengketaan.
Mereka, kafiaq ini memang ada niat yang 'besar' disebalik penaklukan negara Iraq. Mereka melakukan peperangan ini sebenarnya ingin merebut kekayaan yang ada di negara Iraq.
Mari sama-sama kita hayati terjemahan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw bersabda, "Tidak terjadi hari Kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah Gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutnya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing2 yang terlibat berkata, "Mudah2an akulah yang orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan, "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ JANGANLAH ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".
(H.R. Bukhari Muslim)
Di mana sebenarnya terletak Sungai Furat yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw? Apakah sekarang ia sudah surut airnya? Apakah terjemahan hadis ini juga telah diketahui oleh Kafiaq Amerika menakluki Iraq sebagai persediaan untuk menunggu Sungai Furat itu menjadi kering bagi mendapatkan perbendaharan Emas itu?
Sesiapa yang belum biasa mendengar Sungai Furat (Sungai Euphrates), saya bantu anda melayari Google Map' di bawah untuk menuju ke sana. Jom ikut saya..
View Larger Map
Sebenarnya kita Umat Islam telah dilarang oleh Rasulullah saw untuk mengambil apa-apa daripada harta itu. Jadi kita tidak perlulah bersusah payah untuk ke sana masuk golongan manusia seperti mereka itu. Yang lebih baik kepada kita muhasabbah diri, kerana tidak terjadi hari Kiamat sehingga keringnya Sungai Furat.
Inilah istimewanya Sungai Furat atau Sungai Euphrates. Sebagai peringatan kepada diri ini. Wallahu'alam.
Maklumat Tambahan Berkaitan Sungai Furat
Tidak pula disangkakan artikel saya berkaitan dengan Sungai Furat mendapati 'hit' tertinggi sejak saya berada di dunia maya ini. Sebagai info tambahan saya petik daripada beberapa sumbar yang saya rasa berguna untuk pembaca semua.
Sungai ini merentangi 3 negara Iraq, Syria dan Turki. Panjang keseluruhan sungai ini adalah kira-kira 2,289km (1,422 batu). Peta di bawah melakari kepanjangan sungai ini.
Pemandangan di sekitar sungai ini sebahagiannya boleh disaksikan beberapa foto di bawah.
Anda lihatlah dan selusurilah sungai ini, bermula dari negara Turki hingga ke muaranya di negera Iraq. Jaraknya sejauh lebih kurang 5 kali perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Persoalannya di mana letaknya 'perbendaharaan emas' yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw. Bagaimanapun, kita tidak perlu mencari harta itu kerana ia telah di LARANG oleh Pemimpin Besar kita.
Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!
Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978
Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.
|
Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012
INFO GEMPA BUMI
|
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year. About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between: 0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing. 4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock. 4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall. 6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river. 7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground. |
TOP FIVE Popular Posts...
-
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik atau laut Galilee?. Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapa...
-
Iraq sebuah negara yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah walaupun keadaan geografi negara itu berg...
-
Dalam Al-Quran dan Hadis ada menceritakan tentang asal usul penciptaan makhluk Manusia, Jin, Iblis dan Malaikat. Antaranya: Surah Al-Hijr...
-
Era Imam Mahadi dan era Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi mempunyai kenyakinan yang tinggi bahawa pemimpin agong mereka Al-Moshaikh (...
-
Gambar-gambar di atas adalah perabot yang belum siap. Gambar2 ini diambil ketika lawatan ke Kilang Perabot Jati Di Jepara, Indonesia bulan l...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment