Malaysia Today

... Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, (menjadi cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; ...
Allah adalah Pelindung bagi Orang Yang Beriman;
Syaitan pula adalah pelindung bagi Orang Kafir.

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Al-Ahzaab 33:56
Ingin melihat Katalog Perabot Jati, anda dibawa secara Eksklusif di laman web kami

Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!

Darjah 6,
SK Gondang, Ketereh,
1968
Tingkatan 2A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas
1970
Tingkatan 3A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas,
1971
Tingkatan 4 Sains,
SM Hamzah Machang,
1972
Tingkatan 5 Sains,
SM Hamzah, Machang,
1973
Pre-U Class,
SMSAH, Jitra,
Dis 1973 - Mac 1974
Tingkatan 6 Rendah Sains,
SMIP Kota Bharu,
1974
Geng Tingkatan 6 Atas Sains,
Asrama Putra SMIP Kota Bharu,
1975
Ini Rupa Aku!... Tahun 1968
Dulu 1971... Top Student!
Dan Ini Rupa Aku... Tahun 2012

Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978

Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.

Dari L-R:
Depan: Redzuan Razali, Abdul Rahman Hasan, Anak Ngadiman (maaf ingat nama bapa sahaja)
Tengah: Siti Khalidah (Kalu tidak silap), Ismail Yusof, Aku, Ismail Abdullah dan Mohd Ridwan (Kalu tak silap)
Belakang: Ghazali Sulong dan Shafie Mat Yatim.

Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012

Kenangan Bersama YB Senator Datuk Akbar Ali via iPad, Mantan TKP di suatu ketika dahulu...

INFO GEMPA BUMI


Earthquakes Worldwide in the Last 30 Days (Of M>=4)
Richter scale
The Richter scale was named after the American seismologist Charles Francis Richter. This scale measures the motion of the land surface 60 mi from the epicenter, or focus, of the earthquake.
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year.
About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and
only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between:
0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing.
4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock.
4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall.
6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river.
7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground.

TOP FIVE Popular Posts...

Friday, November 19, 2010

23 Nov. 2010 Ke Jepara. Ada Misi Membawa Pulang Mimbar Masjid Jati...

Ketika Gunung Merapi memuntahkan debu panas, akibatnya beratus ribu penduduk menyelamatkan diri dan telah mengorbankan ratusan mangsa, tiba-tiba partner dari Kota Bharu menelefon supaya menempah tiket 'AirAsia' sama ada ke Jogja atau Solo. Pilih mana yang lebih murah. Katanya lagi kali ini ada 'saudagar' yang baru pencen tidak sabar-sabar ingin ke sana untuk membuat urus niaga di Jepara, Kota Perabot Jati yang tersohor. Advances untuk kos tiket telah pun diberi.

Setelah meneliti, tarikh dan harga tiket, aku membuat keputusan sendiri. Tarikh yang sesuai adalah lepas raya, pada 23 Nov. 2010. Tempat mendarat bukan di Jogja tapi di Solo. Tarikh kembali pada 26 Nov. 2010. Kos tiket penerbangan pergi dan balik berjumlah RM1,257.00 untuk tiga orang.

Tatkala menunggu tarikh yang dinanti-nantikan, ketika itulah gunung Merapi mengganas. Diberitakan Kota Jogja yang hampir dengan gunung tersebut, juga telah 'ditenggelami' dengan debu-debu guna berapi. Tambahan pula pelajar Malaysia di sana telah dihantar pulang. Ini menimbulkan lagi sesalan di hati. Hanya doa sahaja diiringkan agar selepas raya nanti bencana ini berkurangan.

Dalam kekalutan itu, tiba-tiba telefon aku berdering. Tengok nombor pada pemuka telefon ternyata bukan nombor yang biasa buat panggilan. Suara di sana jelas menanyakan tentang Sebutharga untuk Sebuah Mimbar Jati. Nanti akan diemailkan ukuran dan 'design'nya. Mereka mahukan mimbar yang seperti lakaran di bawah:

Gambarnya seakan-akan begini:

Tanpa banyak bicara, aku terus sahaja melayan apa yang dikehendakinya. Setelah berhubung dengan pihak kilang di Jepara, jika mimbar seperti di atas ingin dibuat mereka bisa saja tetapi masa dan kosnya tinggi sedikit berbanding dengan membuat mimbar yang sudah ada 'pattern'.
Dalam masa yang sama aku email balik kepada pelanggan berkenaan dan memberi beberapa contoh mimbar yang sudah ada pattern. Tanpa banyak soal mereka memilih model MPB1940 berikut:

Satu harga telah ditetapkan dan mereka bersetuju dengan harga itu. Aku pun memberitahu pihak di Jepara supaya dapat menyiapkan satu mimbar mengikut model MPB1940. Aku memohon 'pelanggan' itu supaya menjelaskan sedikit deposit sebagai mnenyatakan komitmen mereka dan memberikan alamat tempat mana barang itu akan dihantar nanti.

Oleh itu, perjalanan aku ke Jepara via Solo pada 23 Nov 2010 ini ada missi yang perlu dibereskan. Membawa balik satu Mimbar Masjid untuk salah satu masjid di Kuantan, Pahang yang berukuran 4 kaki x 7 kaki x 8 kaki (tinggi) di samping barang-barang perabot yang lain. Insya Allah.

Wednesday, November 17, 2010

Aidil Adha 1431H di Arab Saudi Kali Ini Mendahului Malaysia

Hari ini 17 Nov 2010 bersamaan dengan 10 ZulHijjah 1431H. Ini di Malaysia. Penetapan 1hb bagi bulan Zulhijjah sama seperti penetapan 1hb bulan Ramadhan. Pergi pakat-pakat teropong dulu anak bulan.... takut la kalau-kalau anak bulan boleh nampak. Tapi sejak mereka pergi teropong anak bulan di serata tempat, sejarah membuktikan 'sekalipun' tidak pernah nampak. Yang acapkali kedengaran alasan "anak bulan hanya timbul sedetik sahaja dan terlalu nipis untuk diperhatikan...!"

Masa aku kecil2 dulu, jarang timbul percanggahan tentang penetapan hari raya haji. Biasanya mengikut aje apa yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi. Sebab tempat wukufnya ada di sana. Mereka mempunyai hak yang mutlak untuk menetapkan bila berlaku hari wukuf. Tapi sekarang negara kita nak mengambil hak mutlak itu supaya mengikut acuan kita sendiri. Kerajaan Arab Saudi belum isytihar, tup-tup Malaysia pula mendahuluinya. Bahawa 1hb Zulhijjah jatuh pada hari Isnin. Sedang Kerajaan Arab Saudi pula jatuh pada hari Ahad. Ini bermakna 1hb Zulhijjah di Arab Saudi lebih awal dari Malaysia. Hakikatnya Malaysia menerima matahari lebih awal. Sepatutnya berlaku disebaliknya. Dari panggilan telefon di rancangan radio dan tv, ternyata ramai rakyat jelata 'termanggu-mangu' di atas kecelaruan tarikh ini.

Bagimanapun kita tidak boleh persoalkan. Ikut saja apa yang ditetapkan oleh pemerintah. Mereka mempunyai penasihat2 yang terdiri dari pakar2 hukum cukup berkaliber.

Tinggalkan isu itu. Ia telah berlalu dan telah menjadi lipatan sejarah. Ini sambutan aidil adha tempat aku. Rakaman gambar ini menyatakan kemeriahan harinya dan menenggelamkan isu berkenaan.

Mungkinkah perbezaan ini ada hikmah disebaliknya. Wallahu'alam!

Monday, November 8, 2010

Mungkinkah Kota Ilmu Ditenggelami oleh Debu-debu Merapi?

Kota Jogjakarta yang terkenal dengan jolokan Kota Ilmu atau Kota Aman sudah tidak 'Aman' lagi. Semburan debu-debu putih terhasil dari letusan Gunung Merapi yang tidak jauh dari kota itu menjelaskan bahawa ketentuan yang telah ditetapkan oleh Azali itu berlaku untuk memberi pengajaran kepada hambaNya supaya sentiasa menginsafi diri dan agar sentiasa kembali kepadaNya...Lihat ke mana aliran debu itu berlaku, kalau tidak 'menimbusi' Kota Jogjakarta. Apakah sejarah 'Kota Seribu Tiang' akan berulang lagi di zaman ini di rantau ini. Wallahu'alam.




Mount Merapi (Jawa Tengah, Indonesia) | Google Maps and Google Earth Sightseeing | Satellite Sights


View Peta Tentatif Persebaran Awan Panas dan Zona Bahaya Merapi in a larger map


Lihat Radius 5-10-15-20 dari Merapi di peta yang lebih besar


Juga dipostkan map ini di : http://masjidnurulyaqin.yolasite.com/berita/apakah-kota-jogjakarta-juga-akan-tenggelam-
Sumber : Google Map

Wednesday, November 3, 2010

23 - 26 Nov 2010 : KUL-SOLO-KUL, Insya Allah...

Tempahan tiket telah dibuat untuk ke Jepara buat kali ke tiga sebagai penutup tirai tahun 2010. Untuk kali ini cadangannya akan melalui Solo kerana ia lebih dekat dengan tempat yang dituju. Sebab lain yang utama memilih Solo sebagai tempat mendarat dan berlepas kerana AirAsia masih menawarkan tiket promosi ke sana pada harga RM154.00 sehala berbanding ke Jojga dah lebih RM300.00.

Perancangan ke sana di buat sebulan yang lalu dan pada waktu itu Gunung Merapi masih mendiamkan diri. Pada hari ini, Gunung Merapi dah bangkit dari lenanya sehingga membunuh berpuluh2 orang termasuk 'penjaga kunci' gunung tersebut. Sehingga semalam telah ke sekian kalinya ia memuntahkan debu panas mungkin kerana ini kedua-dua Airport di Solo dan Jogja ditutup buat sementara waktu.

Walauapapun terserah kepada takdir yang menentukanya. Dan berdoa agar keadaan pulih seperti biasa. Insya Allah.