Rasanya begitu lama tidak menulis di web ini... Saya baru sahaja tiba di Kuala Lumpur jam 11.00 malam pada 13 Jun 2010 tadi. masih lagi kepenatan setelah memandu sejauh 440km dari sebuah kampung terpencil di Hulu Terangganu, iaitu Kampung Pasir Nering. Kampung yang kedua terakhir mengikut urutan jalan itu. Kampung terkahir di situ adalah Kampung Dusun. Iaitu 12 km sahaja dari Pekan Kuala Berang melalui Jalan Kampung Buluh. Tersohornya Kampung Dusun ini kerana di kalangan semua sekolah rendah di Terangganu, sekolah kampung inilah yang mendapat "PERATUSAN" 5A dalam UPSR yang tetinggi sekali. Saya tinggalkan anda untuk mencari apakah 'ramuan' yang mereka gunakan sehingga sekolah di Ulu boleh mencapai peratusan 5A yang tertinggi...
Saya bertolak ke sana jam hampir pukul 2.00 pagi hari Jumaat 10 Jun 2010. Non-Stop. Tiba di Bukit Bading sembahyang subuh jam 6.15 pagi. Menjelang tengah hari baru ke kampung Pasir Nering. Balik kerana menziarah 'mother-in-law' tidak sihat. Setelah membawanya ke Kelinik Sentosa, di Kuala Berang lalu doktor mengesahkan bahawa beliau ada mempunyai penyakit darah tinggi. Alhamdulillah, dengan izin Allah, setelah memakan ubatan yang diberi, keadaan beliau nampak sedikit ceria. Semoga kesihatannya kembali pulih seperti biasa. Amin!
Oleh kerana keadaannya menampakkan keceriaan, maka kami pun mengambil keputusan untuk kembali semula ke Kuala Lumpur. Insya Allah akan ke sana lagi dalam tempoh sebulan ini.
Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!
Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978
Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.
|
Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012
INFO GEMPA BUMI
|
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year. About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between: 0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing. 4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock. 4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall. 6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river. 7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground. |
TOP FIVE Popular Posts...
-
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik atau laut Galilee?. Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapa...
-
Iraq sebuah negara yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah walaupun keadaan geografi negara itu berg...
-
Dalam Al-Quran dan Hadis ada menceritakan tentang asal usul penciptaan makhluk Manusia, Jin, Iblis dan Malaikat. Antaranya: Surah Al-Hijr...
-
Era Imam Mahadi dan era Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi mempunyai kenyakinan yang tinggi bahawa pemimpin agong mereka Al-Moshaikh (...
-
Gambar-gambar di atas adalah perabot yang belum siap. Gambar2 ini diambil ketika lawatan ke Kilang Perabot Jati Di Jepara, Indonesia bulan l...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment