Aku mengambil kesempatan di sini untuk bersyukur kepada Allah SWT yang masih meminjamkan nikmat yang paling besar kepada aku... iaitu ROH. Sehingga kini, ia sudah menjangkau 55 tahun 9 bulan berada dalam jasadku. Selama 9 bulan itu, aku berada di alam 'perut' ibu ku. Betapa siksanya ibu ku mengandungkan ku pada ketika itu. Itu yang kita tidak ketahui. Mereka ketika itu hanyalah cukup sekadar makan ubi dan pucuk kayu untuk hidup. Bukan seperti sekarang, semuanya tersedia. Walaupun ia sudah tiada, pengorbanan mereka tidak dapat dibayar dengan harta benda dan wang ringgit. Ketika ini mereka amat memerlukan doa dari kita yang bergelar anak. Itulah yang mereka mahukan. AlFatihah aku iringkan buat kedua-duanya.
ROH ini sebelum ditiup dalam jasadku, telah berikrar didepan PENCIPTA Yang Maha Agong sebagai ISLAM. Ibu bapa yang bertanggung jawab mencorakkannya. ALHAMDULILLAH, aku yang dilahirkan sehingga kini masih diberi nikmat yang tidak terkira besar nilainya, iaitu nikmat ISLAM...
Sempena hari kelahiran ku, aku ingin mengucapkan kepada diriku Selamat Hari Lahir Yang Ke-55 yang jatuhnya pada hari ini 16.6.2011. Umur begini sudahpun masuk ke waktu senja. Terfikir juga apakah janji yang dipersetujui oleh ROH yang aku kandung ini sudah mencapai tahap KPI yang ditetapkan oleh Penciptannya....?
Semoga aku diberi kekuatan dan dimudahkan dalam segala urusan-urusan hidup ini untuk lebih bersyukur kepada MU yang menciptakan dan menghidupkan aku di alam ini. Amin.
Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!
Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978
Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.
|
Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012
INFO GEMPA BUMI
|
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year. About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between: 0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing. 4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock. 4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall. 6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river. 7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground. |
TOP FIVE Popular Posts...
-
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik atau laut Galilee?. Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapa...
-
Iraq sebuah negara yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah walaupun keadaan geografi negara itu berg...
-
Dalam Al-Quran dan Hadis ada menceritakan tentang asal usul penciptaan makhluk Manusia, Jin, Iblis dan Malaikat. Antaranya: Surah Al-Hijr...
-
Era Imam Mahadi dan era Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi mempunyai kenyakinan yang tinggi bahawa pemimpin agong mereka Al-Moshaikh (...
-
Gambar-gambar di atas adalah perabot yang belum siap. Gambar2 ini diambil ketika lawatan ke Kilang Perabot Jati Di Jepara, Indonesia bulan l...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment