Sumber Gambar Dari Arab News
Berita Arab melaporkan, majoriti pemandu teksi di Saudi di dominasi oleh pekerja asing. Untuk mengatasi masalah ini Kementerian Buruh negara itu telah melakukan langkah drastik dengan menawarkan dan memberi galakan kepada belia-belia negara itu mengambil peluang yang ditawarkan oleh kerajaan. Buat permulaan ini seramai 28,000 orang akan di tawarkan kepada pencari-pencari kerja untuk menjadi pemandu teksi. Mereka ditawarkan dengan gaji sebanyak SR5,000 sebulan (RM4,000) sebulan.
Lumayan. Mengalah gaji pokok doktor pelatih kat Malaysia.
Kini terdapat lebih daripada 43,000 limousines dipunyai oleh 1,375 syarikat di Kingdom. Antara pemandunya adalah 15,000 rakyat Saudi, dan bakinya 28,000 adalah rakyat asing.. Hampir 40% limousines beroperasi di Riyadh, 33% di Jeddah dan 17% di Wilayah Eastern Province.
Untungnya rakyat Saudi mempunyai kerajaan yang prihatin.
Berita lanjut and boleh baca di Arab News
No comments:
Post a Comment