Ini adalah siri terakhir disajikan pengalaman untuk mereka yang baru pertama kali menukarkan engin kereta. Mereka yang bercadang mengupgradekan kereta mereka, bolehlah mengambil pengalaman yang aku sajikan disini sebagai panduan. Tak payah untuk menggunakan 'runner' jika mereka mempunyai masa seperti aku ni... tapi bagi mereka yang tidak mempunyai masa... mungkin pilihan terbaik mereka menggunakan perkhidmatan runner.... dan perlu mengeluarkan wang yang lebih untuk tujuan itu....
Pada 16 Okt 2014 aku pon pergilah ke JPJ Cawangan Petaling Jaya.. lebih kurang pukul 10.30 pagi. Terus jumpa kaunter dan beritahu niat dan tujuan kita.
"Kalu nak update info dalam gran kena isi borang ini... dan ini no giliran menunggu" kata kerani dikaunter JPJ kepada aku..
dan; Tapi aku kata nak tukar nama sekali...
"Kalu mcm tu ambek borang ini dan isi ... ini nombor gilirannya..."
Tunggu lah aku ... satu jam berlalu... dua jam berlalu... 3 jam berlalu.... nombor aku masih jauh. agak-agak aku pukul 4 petang pon belum tentu...Untuk urusan ini hanya 2 kaunter sahaja. Kadang-kadang 'stack' terlalu lama.... Penat aku dibuatnya. Anak aku pon dah fedup... Kalu macam ni tak payah tukar nama lah ayah....
Aku pon ambek keputusan.. tak payah tukar nama la dan pergi ambek no baru... cuma update maklumat jer... Gi ambek nombor baru tu terus jer dipanggil. Aku pon bagilah borang-borang yang perlu dan lepas tu aku pon cerita lah kat kaunter tu tentang tujuan sebenarnya... selain nak update aku cadnag nak tukar nama sekali bagi kat anak....
"Ok lah kalu mcm tu marilah sini saya buat sekali ... " Alhamdulillah la kalu boleh... Mak dia pon buatlah .... maka selsailah sudah urusan dengan JPJ yang begitu perit sekali....
Dalam masa menunggu tu aku lihat lah kelemaham kauter JPJ ni.. Orang nak berurusan tukar nama ramai tapi kaunter hanya 2 sahaja. Sepatutnya dia dah tahu ramai maka tambahlah kaunter...
Yang kedua, terdapatnya ulat-ulat yang mengambil peluang unutk mendapat duit kopi... ulat-ulat memang dah pergi ambik nombor giliran siang-siang... dan mencari sesiapa nak buat urusan ini belaiu boleh bawa dan sekali bawa 4 urusan sekali... sekali urusan ulat ini minta RM10. Jadi apabila giliran ulat dipanggil maka menunggulah orang-orang lain...
Pihak atasan JPJ tengok lah urusan kat kauter ni betapa periknya orang menunggu... Jangan dok pelanggan aje tengok gambar orang atas ni tergantung kat dinding...
Maka tamatlah siri aku berurusan dengan JPJ...
Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!
Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978
Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.
|
Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012
INFO GEMPA BUMI
|
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year. About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between: 0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing. 4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock. 4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall. 6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river. 7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground. |
TOP FIVE Popular Posts...
-
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik atau laut Galilee?. Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapa...
-
Iraq sebuah negara yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah walaupun keadaan geografi negara itu berg...
-
Dalam Al-Quran dan Hadis ada menceritakan tentang asal usul penciptaan makhluk Manusia, Jin, Iblis dan Malaikat. Antaranya: Surah Al-Hijr...
-
Era Imam Mahadi dan era Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi mempunyai kenyakinan yang tinggi bahawa pemimpin agong mereka Al-Moshaikh (...
-
Gambar-gambar di atas adalah perabot yang belum siap. Gambar2 ini diambil ketika lawatan ke Kilang Perabot Jati Di Jepara, Indonesia bulan l...
Monday, November 3, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)