Sekarang baru ada peluang nak bercerita sedikit. Mana lah kot-kot ada orang di luar sana ingin membuat benda yang sama dengan apa yang aku buat ini sebagai panduan dan sengaja ingin mencurahkan pengalaman untuk mereka memerlukan.
Kali ini aku membuat pemeriksaan di PUSPAKOM Batu Caves. Mana-mana pon boleh pergi mengikut kesesuaian masa dan kebolehan tempat menerima tempahan kita. Pemeriksaan yang pertama dan kedua gagal itu dibuat di PUSPAKOM Glamerie.
Seperti biasa pergi sana bawa kereta. Ambil borang dan diarahkan masuk qiu lorong 1. Pandu masuk lorong 1 terus sampai ke dalam dan diminta serahkan segala dokumen yang berkenaan dan bayaran sebanyak RM35.00 di kaunter. Lepas bayar biasalah pergi tunggu kat bilik menunggu.
Selepas gagal pemeriksaan kali kedua, aku dah fedup dah... aku tak usik apa-apa pada kereta itu. Cuma aku tukar benda seperti dalam gambar ni jer. Sebab aku tanya pada tempat yang buat kereta aku dulu... kenapa tak pasang yang asal benda ni kat situ...? Dio kata yang ada pada satria asal ni pon dah cukup. Aku pon pegang dengan kata-kata dio lah.
Dan dekat sebulan lebih jugak aku runningkan kereta aku ini sehingga disc brake belakang aku tu terus berseri-seri sinarannya. Betapa kuatnya makan apabila membrek.
Tunggu hampir 45minit, no kereta dipanggil. Dio orang tanya aku nak buat pemeriksaan tukar nama kah? Aku kata ya .. boleh jugak. Lepas tu gi kat kaunter tadi bayar lagi sebanyak RM30 (kalu tak silap). Lepas tunggu lagi... ingat around 30 minit. Lepas dio kata bayar kat kauter tu aku rasa lega sikit....
Lepas dah dah siap no kereta aku di panggil sekali lagi untuk dianugerahkan dua sijil. Satu Sijil Pemeriksaan dan Kedua Sijil Tukar Mili. Semua tu laku sah dalam tempoh satu bule....
Lega... Satu Babak dengan PUSPAKOM. Ini hasil keputusan bacaan brake yang aku perolehi setelah aku menggunakan 'benda atas dalam gambar tu' yang asal dari halfcut....
Pada mulanya aku teramat fedup dah... Lalu aku google lah nak cari runner... Telefon runner dio aorang ambek berapa.. Kata mereka siap dapat geran baru kena bayar upah dio orang RM400.00. Banyak tu...
Daripada korban duit 'bentuk' rasuah halus tu baik aku bodoh2 masuk jer. Masa-masa tengah menunggu kat PUSPAKOM tu ramai juga nampak kereta yang datang tu menggunakan runner dan gelagat rundingan mereka kat pintu masuk tu pon ada... macam susah sangat nak lepas atau lulus... Cuma bagi mereka yang tidak mau datang dua tiga kali tu, maka mereka ambek keputusan menggunakan khidmat runner la senang...
Ini gelagat kereta mereka yang cerminnya bertintet...
tang-tang tu juga koyak rabakkan tintet mereka.
masa pasang bukan main lagi... hehehe
Siri 6: Ada Cerita pulak Ketika Berurusan dengan JPJ.. Sila tunggu!
No comments:
Post a Comment