Malaysia Today

... Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, (menjadi cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; ...
Allah adalah Pelindung bagi Orang Yang Beriman;
Syaitan pula adalah pelindung bagi Orang Kafir.

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Al-Ahzaab 33:56
Ingin melihat Katalog Perabot Jati, anda dibawa secara Eksklusif di laman web kami

Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!

Darjah 6,
SK Gondang, Ketereh,
1968
Tingkatan 2A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas
1970
Tingkatan 3A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas,
1971
Tingkatan 4 Sains,
SM Hamzah Machang,
1972
Tingkatan 5 Sains,
SM Hamzah, Machang,
1973
Pre-U Class,
SMSAH, Jitra,
Dis 1973 - Mac 1974
Tingkatan 6 Rendah Sains,
SMIP Kota Bharu,
1974
Geng Tingkatan 6 Atas Sains,
Asrama Putra SMIP Kota Bharu,
1975
Ini Rupa Aku!... Tahun 1968
Dulu 1971... Top Student!
Dan Ini Rupa Aku... Tahun 2012

Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978

Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.

Dari L-R:
Depan: Redzuan Razali, Abdul Rahman Hasan, Anak Ngadiman (maaf ingat nama bapa sahaja)
Tengah: Siti Khalidah (Kalu tidak silap), Ismail Yusof, Aku, Ismail Abdullah dan Mohd Ridwan (Kalu tak silap)
Belakang: Ghazali Sulong dan Shafie Mat Yatim.

Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012

Kenangan Bersama YB Senator Datuk Akbar Ali via iPad, Mantan TKP di suatu ketika dahulu...

INFO GEMPA BUMI


Earthquakes Worldwide in the Last 30 Days (Of M>=4)
Richter scale
The Richter scale was named after the American seismologist Charles Francis Richter. This scale measures the motion of the land surface 60 mi from the epicenter, or focus, of the earthquake.
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year.
About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and
only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between:
0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing.
4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock.
4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall.
6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river.
7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground.

TOP FIVE Popular Posts...

Friday, February 19, 2010

2Harga in 1Malaysia

Hanya tinggal dua bulan lagi sistem dua harga minyak akan dilaksanakan di Negara ini. Mereka yang mencetuskan idea ini, tentunya tergolong daripada cerdik pandai dan mungkin ada yang bertaraf Prof dan Dr. Mereka sudah tentunya berasa hebat kerana sumbangan konkrit menterjemahkan teori ‘bodoh’ kepada praktikal untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Negara ini.

Untuk tidak menampakkan kebodohan polisi itu, tentunya rakyat akan didendangkan dengan lagu-lagu ‘hindustan’ yang mengasyikkan dan menghayalkan. Bermakna dari 10 orang yang menonton filem Hindustan, 8 orang didapati seronok mengikut rentak filem tersebut. Jadi, beginilah reaksi rakyat Negara ini terhadap isu ini nanti. Marah sekejap aje. Lepas tu lupa, dibawa angin petang.

Sekali pandang nampak sangat sistem petrol ‘2’Harga ini adalah polisi ‘bidang terjun’. Itu pendapat kebanyakan orang. Kementerian yang bertanggungjawab terhadap bahan komoditi ini sentiasa ‘gelabah’ dan ‘laklok’ apabila melibatkan pengguna. Pada mereka hanya Nampak adalah bagaimana wang Negara dapat diselamatkan daripada gunaan untuk subsidi. Mereka begitu ‘allergic’ dengan wang subsidi yang terus meningkat akibat daripada kenaikan berterusan harga minyak mentah dunia. Inilah agaknya bentuk ‘model baru ekonomi’ yang diwar-warkan oleh Najib. Mengurang sabsidi kepada rakyat, menokok nambah kepada imej pemimpin.

Kerajaan nampaknya tidak rela dan tidak ikhlas membantu rakyat . Apalagi untuk membantu dalam bentuk sabsidi. Kerajaan lebih rela menghabiskan wang berjuta-juta malah berbilion-bilion ringgit kepada perkara yang tidak memberi faedah kepada rakyat demasa ini, asalkan hati kebanyakan pemimpin senang. Slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ hanya retorik politik dan boleh di ‘tin sardin’kan sahaja, jika pemimpin masih mendahului kelangsungan hayat politik mereka semata-mata. Slogan demi slogan digemburkan bersilih ganti dengan turun naiknya pemimpin. Percayalah, slogan ini akan lenyap buat selama-lama seperti lenyapnya slogan ‘Islam Hadhari’ yang pernah dilaung-laungkan satu zaman dahulu. Lenyapnya Idris Jusuh, maka lenyaplah juga slogan ‘Islam Hadhari, Terengganu Bistari’. Cuba kira berapa banyak wang rakyat dihabiskan semata-mata untuk mempelopori slogan ‘Islam Hadhari’ satu ketika dahulu. Kini timbul pula slogan baru 1Malaysia. Pastinya berjuta-juta ringgit wang rakyat dihabiskan bagi menggerakkan slogan ini seolah-olah ia mendapat mendapat sambutan rakyat kononnya. Juga menunggu masa untuk dilenyapkan oleh zaman.

Apa ada pada slogan, jika kehidupan rakyat ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Sekali seumur hidup pemimpin makan ubi kayu rebus bersama rakyat tidak bermakna ia boleh mengubah keadaan keperitan hidup rakyat yang sejak berzaman. Tetapi jika pemimpin itu sedar, itulah natijah sebenar rakyat yang dihadapi hari-hari. Hanya mampu mengisi perut di waktu pagi dengan ubi kayu rebus untuk mencari rezeki sehingga tengah hari. Rakyat di Baling yang tersohor dengan kemiskinan hidup sejak berzaman rasanya tidak mahu mendengar slogan-slogan yang dialunkan mengikut pelbagai rentak dan irama, nanti yang ternganga adalah pemimpin dan yang terkangkang adalah rakyat. Minta maaf penduduk Baling, ini sebagai contoh sahaja.

Menjelangnya pelaksanaan dasar petrol ‘2’Harga, media-media arus perdana sibuklah pula memomokan, dengan laungan berita-berita lama yang biasa kita dengar. “Harga petrol tanpa subsidi Negara kita masih lagi rendah berbanding dengan Negara-negara lain. Harga petrol di Negara kita juga adalah terendah di DUNIA.” Itulah yang akan diulang-ulang berkali-kali. Lalu mereka pun membuat perbandingan harga dalam mata wang RM. Maka sibuklah pegawai-pegawai Menteri berkenaan mencari ‘converter’ mata wang dunia untuk menukarkannya ke dalam Ringgit Malaysia.

Sejak menteri berambut putih dari Johor, menteri pendek dari Sabah sehingga menteri laklok dari Pahang sekarang, masih mendendangkan lagu yang sama sahaja. Tidak habis-habis, terus membodohkan rakyat jelata. Pegawai-pegawai pak menteri pun turut sama mengikut kebodohan bos mereka . Agaknya mereka semua ini menyifatkan rakyat ini masih bodoh seperti dulu, macam dia.

Maka nanti terpampanglah ‘Billboard’ perbandingan harga petrol bersabsidi, tanpa sabsidi dan harga petrol Negara-negara lain yang telah ditukar dalam Ringgit Malaysia (RM). Lihat harga petrol Negara kita, merupakan yang terendah berbanding dengan Negara lain. Tapi mereka buat-buat lupa dan tak Nampak, bahawasanya si Mamat di Malaysia menerima gaji 1,500.00 dalam Ringgit Malaysia dan si Ali di Singapore menerima gaji 1,500.00 dalam Dollar Singapore (Bukannya dalam RM). Jika Mamat membeli petrol RM1.80 seliter di Malaysia, maka Ali pun membeli petrol pada harga S$1.80 seliter di Singapore. Tapi pak menteri kita tak ‘convert’ pula ‘purchasing power’ rakyat Negara yang dibandingkan itu berapa?

Inilah nasib menjadi habitat dan mendapat pemimpin seperti ini. Apakah anda masih ingin mendapat kepimpinan orang-orang yang semacam ini? Sudah banyak iktibar yang boleh dipelajari. Rakyat semakin susah, pemimpin terus laklok dengan gelagat yang bernafsu tinggi. Kalau dalam PRU13 nanti terpilih juga pemimpin semacam ini, anda sendirilah tidak mau berubah. Filem lama terus berulang, seperti berulangnya filem P.Ramlee!

No comments:

Post a Comment