“Dulu Islam di Bosnia hebat. Tetapi pemimpin Islam negara itu gagal. Gagal meletakkan Islam pada tempat yang tertinggi. Pemimpin yang diamanah, telah membiarkan arak, zina, judi berlaku di serata tempat. Maksiat dosa-dosa besar ini berlaku secara berleluasa. Ia melibatkan semua peringkat umur tanpa rasa segan dan silu”. Sambungnya lagi “Apabila maksiat tiga serangkai ini diperlakukan tanpa rasa jijik, malah telah menjadi satu kebanggaan kepada pelakunya maka murka Allah itu tidak lama. Allah telah menghancurkan seteruk-teruknya negara itu, yang suatu ketika dulu sangat tersohor hebatnya. Keamanan, kesejahteraan dan hasil bumi negara itu telah dilenyapkan dengan sekelip mata dan pemimpinnya telah dimusnahkan sebagai balasan di atas apa yang mereka banggakan”. Inilah luahan seorang rakyat Bosnia yang merupakan kawan kepada seorang Uztaz, yang telah memanjang cerita ini dalam program kuliah maghribnya di salah sebuah masjid di Kelana Jaya baru-baru ini.
Cuba bandingkan cerita rakyat Bosnia ini dengan apa yang berlaku di Malaysia sekarang ini. Pemimpin Negara kita masih meletakkan nilai politik lebih tinggi di atas segala2nya. Kerana politik, mereka rela menabur wang dan fitnah. Arak, zina dan judi dibiarkan. Itulah sebabnya mereka lebih suka mengamalkan politik suku agama suku sebagai dasar perjuangan ke arah menentukan kelangsungan kuasa di Negara ini.
Nah, pergi saja di mana-mana tempat, baik di taman2 permainan, di tempat2 jogging malah di trafik light pun anda pasti terjumpa dengan botol-botol arak bertaburan di sana sini. Mereka ini membalingnya sesuka hati tanpa ada rasa segan dan silu lagi. Ini belum lagi menjenguk di premis2 yang diberi lesen. Malah mengejutkan banyak pihak, di Rumah Rehat Kerajaan pun ada menyediakan ‘air kencing syaitan’. Rumah Rehat ini dikendalikan oleh Pejabat Daerah. Inilah yang menyedihkan kita kononnya berada di sebuah Negara Islam.
Perlakuan zina sudah melampau2. Cuba search sahaja di internet dengan perkataan ‘melayu’ anda pasti terkejut melihat perlakuan dan adegan2 panas anak melayu dewasa ini. Mereka bangga dengan perlakuan sedemikian. Dan inilah hasil dari sokongan setengah2 pihak yang berpendapat tidak salah mereka menunjukkan kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah untuk dikongsi oleh semua orang. Kenyataan ‘lojik’ sedemikianlah sehingga menyebabkan bekas mufti diketepikan oleh orang politik yang berjuang dan menegur pimpinan yang tidak mengikut lunas-lunas agama satu ketika dahulu. Di atas kedegilan dan sikap pemimpin politik yang sedemikianlah menjadikan orang melayu leka dengan hiburan, laghra dengan nikmat dunia. Buang bayi sana sini dan tidak habis-habis dengan merempit. Gejala dadah tidak putus-putus. Setiap tahun meningkat. Masuk pusat serenti semuanya diberi percuma sehingga ke kondom pun dibekalkan. Betapa prihatinnya Kerajaan. Tetapi jika hendak menuntup ilmu, semua perlu ditanggung sendiri. Sudah nasib rakyat Negara ini.
Judi bagaimana pula? Pengalaman saya sendiri di pekan kecil Kuala Pilah (Sorry orang Kuala Pilah!), petang2 hari Ahad, berbondong2 orang melayu mengunjungi kedai nombor ekor. Yang menyedihkan kepala sudah putih pun masih tak sedar diri, cergas lagi ke tempat semacam ini. Mereka ini tanpa segan silu keluar masuk ke kedai ini mengalahkan bangsa lain. Tapi sekarang kedai nombor ekor ini telah di'branding' kepada nama baru 'Kedai Nombor Ramalan'. Mungkin salah satu syarat nak dapat lesen operasi. Tukar istilah bahasa tidak membawa apa kesan, perkara haram tetap haram. Dan adalah tidak mustahil di Malaysia ini boleh terdapat “Bak Kuh Tek” halal satu masa nanti!.
Ingatlah pesanan kawan kita di Bosnia tadi. Tidak mustahil perkara sedemikian akan terjadi di negara ini?. Bumi diterbalikkan, laut di gelombangkan, kejadian puting bilion, ribut taufan, angin dingin semua ini adalah milik dan kepunyaan Allah. Semua ini boleh dirasai dan dilihat oleh manusia. Kita ini hamba yang amat lemah. Yang asalnya dari sejenis cecair 'nuftah' dikeluarkan dari tempat yang penuh nikmat tapi hina. Tetapi apabila telah dipinjamkan 'roh' dalam diri kita oleh Allah, kita seolah2 berlagak... tidak kenal siapa 'Tuan' kita. Seolah-olah dunia ini kita punya. kata P.Ramlee!
Ingatlah Allah sedang memerhatikan. Dosa tiga serangkai sudah parah ditambah pula dengan rasuah dan fitnah yang tidak habis-habis. Bermakna maksiat di sini lebih ‘hebat’ daripada Bosnia. Bosnia sudah hancur… dan Negara ini bila? Hanya Allah penyelamat kita, marilah sama2 kita berdoa , semoga Negara kita diselamatkan. Amin.
Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!
Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978
Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.
|
Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012
INFO GEMPA BUMI
|
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year. About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between: 0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing. 4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock. 4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall. 6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river. 7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground. |
TOP FIVE Popular Posts...
-
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik atau laut Galilee?. Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapa...
-
Iraq sebuah negara yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah walaupun keadaan geografi negara itu berg...
-
Dalam Al-Quran dan Hadis ada menceritakan tentang asal usul penciptaan makhluk Manusia, Jin, Iblis dan Malaikat. Antaranya: Surah Al-Hijr...
-
Era Imam Mahadi dan era Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi mempunyai kenyakinan yang tinggi bahawa pemimpin agong mereka Al-Moshaikh (...
-
Gambar-gambar di atas adalah perabot yang belum siap. Gambar2 ini diambil ketika lawatan ke Kilang Perabot Jati Di Jepara, Indonesia bulan l...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment