Rajah di atas menunjukkan kekerapan kejadian gempa bumi berlaku di seluruh dunia dari tahun 1950 - 2009. Data telah dikumpulkan oleh penulis berpandukan rekod USGS.GOV.
Nah! lihatlah dari tahun 2002 hingga tahun 2009, kejadian gempa bumi ini telah meningkat begitu mendadak sekali. Angka yang paling tinggi dicatatkan pada tahun 2003 (69 kejadian) dan tahun 2009 (66 kejadian). Sebelum itu, kejadian gempa bumi hanya berada di sekitar kurang dari 10 kejadian, kecuali tahun 1957 (13 kali), tahun 1965 (16 kali), tahun 1980 ( 10 kali), tahun 1998 (11 kali) dan tahun 1999 (13 kali).
Bagaimana tahun 2010?. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya. Semoga perbincangan yang tidak seberapa ini dapat memberikan iktibar kepada diri agar sentiasa mengingati tentang firman Allah s.w.t dari Ayat 189 - 191 Surah A-li 'Imraan yang bermaksud:
[189] Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
[191] (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Amin.
No comments:
Post a Comment