Malaysia Today

... Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, (menjadi cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; ...
Allah adalah Pelindung bagi Orang Yang Beriman;
Syaitan pula adalah pelindung bagi Orang Kafir.

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Al-Ahzaab 33:56
Ingin melihat Katalog Perabot Jati, anda dibawa secara Eksklusif di laman web kami

Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!

Darjah 6,
SK Gondang, Ketereh,
1968
Tingkatan 2A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas
1970
Tingkatan 3A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas,
1971
Tingkatan 4 Sains,
SM Hamzah Machang,
1972
Tingkatan 5 Sains,
SM Hamzah, Machang,
1973
Pre-U Class,
SMSAH, Jitra,
Dis 1973 - Mac 1974
Tingkatan 6 Rendah Sains,
SMIP Kota Bharu,
1974
Geng Tingkatan 6 Atas Sains,
Asrama Putra SMIP Kota Bharu,
1975
Ini Rupa Aku!... Tahun 1968
Dulu 1971... Top Student!
Dan Ini Rupa Aku... Tahun 2012

Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978

Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.

Dari L-R:
Depan: Redzuan Razali, Abdul Rahman Hasan, Anak Ngadiman (maaf ingat nama bapa sahaja)
Tengah: Siti Khalidah (Kalu tidak silap), Ismail Yusof, Aku, Ismail Abdullah dan Mohd Ridwan (Kalu tak silap)
Belakang: Ghazali Sulong dan Shafie Mat Yatim.

Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012

Kenangan Bersama YB Senator Datuk Akbar Ali via iPad, Mantan TKP di suatu ketika dahulu...

INFO GEMPA BUMI


Earthquakes Worldwide in the Last 30 Days (Of M>=4)
Richter scale
The Richter scale was named after the American seismologist Charles Francis Richter. This scale measures the motion of the land surface 60 mi from the epicenter, or focus, of the earthquake.
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year.
About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and
only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between:
0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing.
4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock.
4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall.
6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river.
7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground.

TOP FIVE Popular Posts...

Friday, March 12, 2010

Travelog Cuti Sekolah: KUL-KBR-TGG-KUL (Kemaskini pada 19 Mac 2010)

Alhamdulillah, segala peracangan telah disempurnakan dengan mudah. Kami selamat kembali semula ke KUL pada 17 Mac 2010. Tiba di rumah di Kelana Jaya sekitar jam 5.45 petang. Bertolak dari destinasi terakhir Felda Jerangau Barat, Dungun jam 12.15 tengah hari. Maka genaplah satu pusingan perjalanan dari KUL-KBR-TGG-KUL bermula Sabtu 13 Mac 2010 jam 12.30 tengahari hingga Rabu 17 Mac 2010 jam 5.45 petang merangkumi sejauh 1,450km. Lebih 250km dari yang dijangkakan.

1. Gambar Pemandangan Bandar Kota Bharu Dari Jambatan Sultan Yahya
2.Gambar Pemandangan di Pintu Keluar Zon Bebas Cukai Rantau Panjang
3. Rumah Kampong yang banyak meninggalkan Nostalgia


Perjalanan ke KBR cukup membosankan. Volume Trafik ke sana agak heavy sikit di samping 'raja jalanan' (lori berat) banyak bergerak di waktu itu. Keadaan jalan yang banyak bengkang bengkok juga menyukarkan untuk memintas. Mau tidak mau mengekori sahaja dari belakang raja jalanan. Ketika inilah boleh diperhatikan gelagat pemandu orang2 Malaysia. Banyak yang tidak tahan sabar.

Perjalanan ke KUL cukup merehatkan. Laluan LPT pula boleh menguji kelajuan kereta kita. Berapa km/j mau pecut, terpulang kepada tekanan kaki kita sendiri. Berapa banyak tekanan pedal minyak hendak dibuat. Sentiasa diingat jalan raya bukan tempat untuk berlumba atau ingin menguji kemampuan kereta kita. Apapun keselamatan mesti diutamakan.

**********

Sempena cuti sekolah, bermula Sabtu 13 Mac 2010, ana bercadang nak balik Ke Kota Bharu. Insya Allah bertolak tengahari 13 Mac, sebab sebelah pagi anak masih ada latihan tae-kwa-do. Ana ingat nak pergi sana melalui Bentong-Kuala Lipis-Gua Musang. Kali terakhir lalu jalan itu bulan Disember 2009 kerana ada saudara meninggal.

Masa cuti sekolah begini kebiasaannya Kota Bharu sesak sikit. Hotel pun susah mau cari. Sentiasa penuh, tambahan musim cuti sekolah. Sungguhpun ana orang KB, tapi setiap kali balik ke KB rasanya lebih selesa tinggal kat hotel aje. Sekali sekala tolong pengusaha hotel! Makan2 pun murah dan senang dibeli. Oleh kerana anak kedua ana sudah 4 tahun belajar di USM Kubang Kerian, rasanya memang sesuai sangatlah dok kat hotel berdekatan dengan kampus sahaja. Nanti boleh pergi ambil dia sekali datang dan bertanya masalah. Beliau sekarang nih sibuk. Siang ada kelas, malam 'ward round' dan keadaan silih berganti. Jadi kalau dok jauh tu, masa pula jadi kekangan. Cuti tidak lama. Hari Rabu nanti kena balik KUL dah, sebab isteri dah mula kerja hari Khamis. Katanya ada meeting dengan KSU. Tidak boleh 'miss'.

Selepas menjenguk ibu dan saudara mara, nak servis kereta anak ana sekejap. Anak ana kat USM tu asyik komplain, tiba2 alarm berbunyi, tidak boleh nak start macam2 lagi. Masalah2 macam ni selalu ana minta pertolongan abang Din. Terima kasih ana ucapkan kepada abang Din yang banyak membantu meringankan masalah anak ana kat KB tu. Semoga Allah membalas jasa baik beliau sekeluarga. Hubungan ana dengan abang Din ni dah lama iaitu sejak anak masih belajar lagi kira2 lebih dari 30 tahun yang lalu. Dah menjadi macam keluarga sendiri. Hubungan kami tak ubah macam adik beradik kadang2 lebih lagi keeratannya.

Kalau diizinkan, ana ingat nak pergi ke Rantau Panjang sekejap. Dah lama tidak pergi ke pekan bebas cukai di sempadan Golok itu. Nak pergi tengok Kraf kayu Cengal.

Selepas itu, hari Selasa mungkin nak pergi TGanu. Isteri ana orang Kg. Temir, Kuala Berang. Tapi dah lama tak balik kampung itu, sebab rumah dah tak ada lagi. Kalau balik bercuti macam ini kita orang selalu bermalam di rumah kakaknya di Felda Bukit Bading. Felda ni adalah felda contoh dan tersohor di kalangan felda2 di Malaysia.

Insya Allah, hari Rabu nanti akan berangkat pulang ke KUL melalui Jabor-Jerangau- LPT. Maka genaplah satu pusingan perjalanan dari KUL-KBR-TGG-KUL sejauh lebih kurang 500km-200km-500km. Semoga kami dipermudahkan diperjalanan oleh Allah s.w.t., Amin.

No comments:

Post a Comment