Hari ini kita pilih untuk pergi ke satu tempat, sebuah bandar kecil terletak di negara Uzbekistan iaitu Darvaz. Bagaimanapun setengah pihak mengatakan tempat ini adalah milik negara Turkmenistan. Itu tak penting bagi kita, tapi yang penting bandar kecil Darvaz. Apakah istimewanya bandar ini? Sama-sama kita lihat nanti!
Bagi sahaja arahan anda kepada Google Map dengan menaip 'Darvaz, Uzbekistan atau Turkmenistan'. Atau copy paste kan 40°15′8″N 58°26′23″E. Tidak pun sampai 1 minit, anda diperlihatkan tandanya. Ukuran perjalanan anda dari Kuala Lumpur ke Bandar Kecil Darvaz ini adalah sejauh 5,981 km. Sungguh pantas sekali. Zoomkan sehingga 200m ke tempat yang berhampiran dengan bandar Darvaz. Anda boleh nampak satu bulatan seperti di bawah berikut:
View Larger Map
View Larger Map
Tempat ini digelar oleh penduduk setempat sebagai Pintu ke Neraka. Kisah ini bermula kira-kira 35 tahun yg lampau. Seorang ahli geologis telah menggali tempat ini untuk mencari gas asli. Secara tiba-tiba semasa penggalian tersebut, mereka telah terjumpa satu jurang besar di bawah tanah. Karena terlalu besar sehingga semua peralatan penggalian tersebut telah masuk ke dalam jurang tersebut. Tiada siapapun yg berani turun ke dalam jurang tersebut disebabkan jurang tersebut dipenuhi gas asli bumi. Untuk menghindari gas bumi yang akan mencemarkan bumi, mereka telah menyalakan api di dalam jurang tersebut dan semenjak dari itu sehingga kini, telah 35 tahun lubang ini terbakar tanpa henti walau sesaat.
Mari kita sama-sama saksikan video di bawah ehsan dari YouTube:
Antara gambar2 yang menarik untuk dikongsikan adalah:
Inilah yang dikatakan istimewanya tempat ini. Subhanallah!
No comments:
Post a Comment