Malaysia Today

... Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, (menjadi cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; ...
Allah adalah Pelindung bagi Orang Yang Beriman;
Syaitan pula adalah pelindung bagi Orang Kafir.

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Al-Ahzaab 33:56
Ingin melihat Katalog Perabot Jati, anda dibawa secara Eksklusif di laman web kami

Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!

Darjah 6,
SK Gondang, Ketereh,
1968
Tingkatan 2A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas
1970
Tingkatan 3A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas,
1971
Tingkatan 4 Sains,
SM Hamzah Machang,
1972
Tingkatan 5 Sains,
SM Hamzah, Machang,
1973
Pre-U Class,
SMSAH, Jitra,
Dis 1973 - Mac 1974
Tingkatan 6 Rendah Sains,
SMIP Kota Bharu,
1974
Geng Tingkatan 6 Atas Sains,
Asrama Putra SMIP Kota Bharu,
1975
Ini Rupa Aku!... Tahun 1968
Dulu 1971... Top Student!
Dan Ini Rupa Aku... Tahun 2012

Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978

Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.

Dari L-R:
Depan: Redzuan Razali, Abdul Rahman Hasan, Anak Ngadiman (maaf ingat nama bapa sahaja)
Tengah: Siti Khalidah (Kalu tidak silap), Ismail Yusof, Aku, Ismail Abdullah dan Mohd Ridwan (Kalu tak silap)
Belakang: Ghazali Sulong dan Shafie Mat Yatim.

Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012

Kenangan Bersama YB Senator Datuk Akbar Ali via iPad, Mantan TKP di suatu ketika dahulu...

INFO GEMPA BUMI


Earthquakes Worldwide in the Last 30 Days (Of M>=4)
Richter scale
The Richter scale was named after the American seismologist Charles Francis Richter. This scale measures the motion of the land surface 60 mi from the epicenter, or focus, of the earthquake.
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year.
About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and
only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between:
0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing.
4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock.
4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall.
6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river.
7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground.

TOP FIVE Popular Posts...

Monday, August 30, 2010

Perjalanan 2 dalam 1: Dalam Kenangan!

Sudah lama tidak menulis untuk menyampaikan sedikit info kepada pengunjung setia ke laman keep it in mind. Bukan lah disengajakan tetapi sudah ditakdirkan tidak mempunyai cukup ruang dan peluang untuk berada di alam 'maya' atas sebab-sebab yang tidak disengajakan.

Pada 21 Ogos 2010 kontena perabut jati yang ditempah dijangka akan sampai di Kota Bharu. Bagi mengurus ketibaan kontena perabot jati itu aku merancang untuk pulang. Pada mulanya agen pengangkutan memaklumkan bahawa kontena itu boleh sampai di Kota Bharu pada sebelah malam 21 Ogos 2010 mengikut seperti yang dirancangkan. Bagaimanapun, pada jam 7.00 petang Sabtu 21 Ogos 2010, saya mendapat panggilan Kontena tidak dapat melepasi 'pintu' pemeriksaan kastam di Port Klang. Kastam telah mnejalankan operasi besar2an terhadap semua kontena yang ingin dibawa keluar. Puas juga egen memujuk supaya kontena saya itu tidak dibuka 'just' kerana untuk memeriksa satu 'item' yang terdapat dalam senarai dokumen tetapi tidak dapat dikesan dalam kontena melalui  proses scanning. Jika dibuka alamat 1 atau 2 hari lagi baru boleh diangkut ke KB sedangkan saya pada waktu itu sudah berada di KB.

Dalam around pukul 7.20 petang, dapat call lagi, agen memaklumkan masalah tesebut sudah diselesaikan dan kontena dijangka berlepas ke KB malam itu juga. Hai cepat dan efektif sungguh agen tu menyelesaikan masalah. Biasanya kalu kontena berisi perabut, jarang sangat diperiksa 'sekejam' itu. Mungkin mereka 'ingin'kan sesuatu...! (telahan sahaja).

Alhmadullillah kontena selamat sampai di KB pada pagi Ahad 22 Ogos 2010. Pagi itu hujan turun dengan renyai2 dan sekali-sekala lebat. Seolah2 memberikan satu suasana kedinginan dan terhindar dari rasa kepenatan di bulan puasa. Menjelang Zohor, kontena dapat dikosongkan. Sebelah petang dan malam (selepas terawih) digunakan untuk menyusun dan menyemak perabut yang baru diterima. Barang2 di 'landed'kan di Lot 868, Depan Masjid Kg. Jambu, Kota Bharu.

Pada pagi Isnin 23 Ogos 2010, kerja mengasingkan perabut yang ingin di bawa pulang ke KL. Tempahan lori sudah dibuat pada petang semalam dengan syarikat NSE dan tambang RM400. Perabut2 ini khas untuk digunakan sendiri. Hai... satu lori penuh juga... Pagi Selasa 24 Ogos dijangka sampai di rumah di Kelana Jaya. Ini bermakna pada petang 23 Ogos aku terpaksa kena memandu pulang ke Kuala Lumpur. Selepas selasai urusan 'services' kereta anak aku di KB, aku terus berangkat ke Kuala Lumpur.

Aku pulang ke KL melalui Terengganu. Singgah di Kuala Berang untuk menjemput isteri aku yang ku tinggalkan di sana kerana melawat ibunya sakit tenat. Seminggu sebelum ini pun isteri aku sudah pulang dengan Bas Kenyir kerana ingin menjaga emaknya yang sakit tenat. Jadi kebetulan aku nak ke Kota Bharu atas urusan kontena ni, maka aku ajak isteri aku sekali lagi sambil menemani aku. Pada mulanya beliau tidak mahu, tapi aku mengajak juga dia supaya ikut sekali. Ajakan aku disambutnya. Maka kami pun pulanglah berdua sambil memandu 'CRV' dan dijangka akan pualng semula ke KL pada hari Isnin 23 Ogos 2010. Inilah perjalanan 2 dalam 1 kami.

Kami pulang ke KL seperti yang dirancangkan. Bertolak dari Kuala Berang pukul 12.00 tengah malam dan alhmadulillah sampai di Kelana Jaya pukul 4.30 pagi. Sempat bersahur. Isteri terpaksa ambil 'emergency' lagi kerana keletihan dan ingin menunggu lori yang dijangka akan sampai dari Kota Bharu pagi ini. Alhamdulillah semua rancangan berjalan dengan licin dan lancar. Allah mengizinkan racangan ini berjalan selicinnya. Syukur... Cuma aku sahaja rasa keletihan dan kepenatan. Petang aku mengambil masa untuk berehat dan malam itu aku cuma buat 8 rakaat terawih sahaja. Lepas itu akau balik terus sahaja tidur tanpa makan nasi lagi. Sedar2 sudah pukul 12 malam, lalu aku makan nasi sebelum meneruskan tidur lagi....

Tup tup, pukul 2.44 pagi 25 Ogos 2010 aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon daripada Ayah Su dari Terengganu memaklumkan bahawa ibu mertua ku (ibu kepada isteri ku) telah meninggal pada pukul 1.30 tengah malam tadi..... Inna lillah....

Memandangkan masih lagi keletihan, aku memaklumkan kepada isteri aku besok pagi sahaja lah kita berangkat pulang. Pagi2 lagi kami pun berangkat pulang ke Kuala Berang semula... Maha telitinya perancangan Allah itu, Kepulangan aku membuat dua perkara, urusan kontena dan menziarahi ibu mertuaku yang sakit tenat telah ditetapkan. Kali terakhir aku melawat dia sebulan yang lepas.  Subhanallah....!

Friday, August 20, 2010

Kepada Peminat Jati...

Insya Allah satu lagi kontena (40 kaki) akan berlabuh di Kota Bharu besok malam 21 Ogos 2010. Kerja-kerja menurunkan barang-barang dijadualkan dilakukan selepas solat terawih. Semua penempah telah dihubungi untuk membuat temujanji supaya penghantaran dapat disegerakan. Kepada mereka yang sedang meninjau untuk menyerikan rumah anda dengan perabut jati, mungkin inilah peluang yang terbaik di samping tawaran harga yang cukup mnearik menanti anda... Hubungi kami di talian 012 324 1817 atau 012 981 6507.

Berita selanjut akan menyusul kemudian.

Sunday, August 15, 2010

Foto Album : Menara Jam di Mekah akan Menelan Menara Jam Yang Lain

Pada Awal Ramadhan 1431H, muncul lagi satu menara tertinggi di Dunia. Ia lahir di Tanah Arab. Pencakar langit itu di bahagian atasnya, akan dilengkapi dengan sebuah jam 'super raksasa' berukuran 6 kali lebih besar dari Big Ben di London.

General Manager Hotel, Muhammad Al-Arkubi, Selasa lalu menjelaskan, Mecca Royal Clock Tower akan menjulang hingga ketinggian 662 meter, terbuat dari beton dan dengan puncak menara terbuat dari logam berbentuk bulan sabit setinggi 155 meter.

Jika kedua bahagian itu digabungkan, maka hotel yang dibangun di kota Mekah itu hanya 11 meter lebih pendek dari Burj Khalifa, bangunan paling tinggi di dunia yang puncaknya berada di titik 828 meter. Bahkan tinggi bangunan betonnya saja, sudah lebih tinggi dari gedung tertinggi kedua di dunia saat ini, Taipei 101 di Taiwan dengan tinggi 508 meter.

“Bagian pertama hotel, akan dibuka akhir Juni, sementara jam akan mulai beroperasi akhir Juli,” menjelang bulan Ramadhan, yang diperkirakan akan jatuh sekitar tanggal 10 Ogos, kata Arkubi. Jam raksasa buatan Jerman itu akan menjadi yang terbesar di dunia, dengan lebar 45 meter dengan ketinggian di setiap keempat sisi tower 43 meter. Jam besar itu akan terlihat dari jarak 17 kilometer saat malam hari dan 11-12 kilometer di siang hari.

“Menjadikan waktu Mekah seperti halnya Greenwich Mean Time, itulah tujuannya,” kata Arkubi.
Tujuh kompleks hotel senilai 3 milyar dollar, yang disebut Abraj Al-Bayt Towers itu, akan memiliki 3.000 kamar dan suite, yang sebahagian besar menghadap ke Masjidil Haram.

Projek tersebut dikerjakan oleh Grup Bin Laden, sebuah perusahaan konstruksi raksasa, atas nama pemerintah Saudi. Demikian disebutkan oleh Arkubi. Kompleks itu akan dikelola oleh Fairmont Hotels and Resorts, dan pendapatannya akan dimasukkan ke dalam lembaga wakaf untuk membiayai pembangunan dan pemeliharaan tempat-tempat suci umat Islam.

Petikan Hasil dari Searching google: Menara Jam Di Mekah. Foto-foto yang diperoleh adalah seperti di bawah. Hayati kehebatan struktur bangunan ini. Subhanallah!


Maka dengan itu, Gambar di bawah ini tidak lagi 'tersohor' seperti dulu.... selamat tinggal London Big Ben

Website Speed Test

Hasil ujian Kepantasan Web ini adalah seperti berikut:

Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
http://www.keep-it-in-mind.blogspot.com/
(eg. iwebtool.com)
Domain name Size Load Time Average Speed per KB
1 www.keep-it-in-mind.blogspot.com/ 159.7KB 0.47seconds 0 seconds

Terima kasih : http://www.iwebtool.com/speed_test?domain=http%3A%2F%2Fwww.keep-it-in-mind.blogspot.com%2F+

Pada 14 Ogos 2010, Berapa banyakkah gempa bumi berlaku sehingga pukul 15 (waktu UTC)?

Jawapannya:
Anda boleh kira. Terbaru di Kepulauan Mariana. Anda Tahu di mana tempat itu. Map di bawah boleh memandu anda untuk ke sana.



Update time = Sat Aug 14 16:00:02 UTC 2010


 5.9  
42.0 
 MARIANA ISLANDS REGION

 2.9  
5.0 
 WYOMING

 3.0  
12.3 
 BAJA CALIFORNIA, MEXICO

 4.9  
10.0 
 SOUTHWEST OF SUMATRA, INDONESIA

 3.0  
0.2 
 BAJA CALIFORNIA, MEXICO

 2.7  
10.1 
 GREATER LOS ANGELES AREA, CALIFORNIA

 4.8  
142.7 
 SOUTHERN ALASKA

 5.0  
35.6 
 NEW BRITAIN REGION, PAPUA NEW GUINEA

 4.7  
10.0 
 MARIANA ISLANDS REGION

 3.1  
55.2 
 NORTHERN ALASKA

 3.6  
12.5 
 VIRGIN ISLANDS REGION

 2.7  
67.3 
 SOUTHERN ALASKA

 2.7  
86.9 
 DOMINICAN REPUBLIC REGION

 4.7  
506.8 
 SOUTH OF THE FIJI ISLANDS

 3.0  
7.0 
 NORTHERN CALIFORNIA

 5.1  
114.1 
 OFFSHORE SUCRE, VENEZUELA

 5.0  
10.1 
 MARIANA ISLANDS REGION

 5.2  
10.0 
 MARIANA ISLANDS REGION

 6.3  
9.7 
 MARIANA ISLANDS REGION

 4.7  
10.0 
 MARIANA ISLANDS REGION

 4.4  
206.6 
 ECUADOR

 4.9  
105.7 
 HOKKAIDO, JAPAN REGION

 4.6  
10.0 
 MARIANA ISLANDS REGION

 4.6  
10.0 
 VANUATU

 2.8  
19.6 
 CENTRAL ALASKA

 3.1  
46.5 
 DOMINICAN REPUBLIC REGION

 2.8  
8.0 
 DOMINICAN REPUBLIC REGION

 5.2  
108.8 
 BONIN ISLANDS, JAPAN REGION

 4.9  
35.0 
 JAVA, INDONESIA

 5.1  
57.2 
 PAPUA, INDONESIA

 3.3  
33.2 
 SOUTHERN ALASKA
Punca : http://earthquake.usgs.gov/earthquakes/recenteqsww/Quakes/quakes_all.html#listtop

Rupa-rupanya, kiri kanan depan belakang banyak gerak gempa berlaku berhampiran dengan kita. Cuma kita sahaja tidak menyedarinya. Apakah kita berada dalam 'zon yang cukup selesa'? Wallahu'alam. Setiap apa yang berlaku itu sudah ada ketentuanNYA. Marilah kita berdoa agar kita tidak diuji dengan kejadian ini. Amin.

Jika anda ingin melihat gempa terkini. Klik sahaja 'tikus' anda di EMSC di bawah INFO GEMPA BUMI. Selamat melayarinya.

Saturday, August 14, 2010

Yang Membimbangkan, Apabila Berurusan Dengan Negara Luar...

Setiap kali apabila memesan barang dari luar negara, 'peristiwa' begini sentiasa menjadi 'mimpi buruk' kepada setiap orang seperti saya.

"Pada masa ini, sebuah kapal sedang belayar, dalam perjalanan dari Pelabuhan Semarang Indonesia menuju ke Port Klang yang membawa berbagai barangan. Salah satunya, adalah kontainer 40 kaki berisi 'Perabut Jati'. Dan itu adalah pesanan dari saya. Kapal iu di jangka akan sampai di Port Klang selewatnya hujung minggu ini."
 
Apa-apa pun boleh berlaku, kerana semua yang ada di langit dan di bumi termasuk di lautan ini adalah milikNYA. Ternyata peristiwa yang dirakamkan dalam gambar di bawah ini tidak berlaku dengan sendirinya. Ia telah ditentukan ketakdiran oleh-NYA.

Gambar Ehsan dari msnbc. Peristiwa ini berlaku di Indian Coast
berhampiran bandar Mumbai. Berlaku pada 9 Ogos 2010.

Untuk itu, kita sebagai makhlokNYA kenalah sentiasa berdoa, memohon restu pertolongan Yang Maha Kuasa agar memberi keselamatan dunia dan akhirat di atas setiap perkara yang kita lakukan.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ 
 حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adhaban-nar

Semoga barangan (kontena) saya selamat sampai di tempat yang dituju, di Kota Bharu, Kelantan.
Amin.
Insya Allah.

Tuesday, August 10, 2010

Mohon Kemaafan...

Muslimin & Muslimat yang dirahmati Allah,
Tidak kira di mana anda berada.

Insya Allah, sekejap lagi akan bermulalah, 'Madrasah Ramadhan', kita semua dituntut untuk memasuki madrasah ini untuk sama-sama mengejar dan bersungguh-sungguh melakukan seberapa banyak amalan yang kita mampu. Di dalamnya mempunyai kelebihan yang berlipat ganda. Katakan orang putih... "Open ended..."

Anggaplah Ramadhan kali ini adalah bulan yang terakhir buat kita dan tahun depan kita belum tentu boleh berjumpa dengan bulan ini lagi.

Untuk itu, saya dan keluarga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika ada terkasar bahasa dan bicara dan mengucapkan:

Selamat Datang/Ahlan Wasahlan
Ya Ramadhan Al-Mubarak 1431H
Kepada semua muslimin dan muslimat
di mana jua berada 
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
Gambar ini dirakam sempena Hari Raya Aidil Fitri 1430H (2009)
Dari kiri Abdul Azim (Engineer TM), Ramlah (MOI), Abdullah (Pensoiner), 
'Aainaa Nur Raihana (Medical Final Year USM Kubang Kerian),
Aida Nazihah (Form 3) dan Anis Hanisah (Engineering First Year UM)

Lafaz Niat Puasa Ramadhan dan Berbuka

Niat Puasa Ramadhan:

Niat Berbuka:
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa
dan dengan Engkau aku beriman
dengan rezeki Engkau aku berbuka
dengan rahmat Engkau wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Monday, August 9, 2010

Khabar Dari Jepara... Ketibaan Kontena Perabot Jati

Oleh kerana tidak berkesempatan, kali ini kami tidak ke sana. Tarikh untuk menaikkan barang2 hanya dapat dilakukan pada besok hari, Selasa 10 Ogos 2010. Dijangka masuk pelabuhan Semarang pada hari Rabu 11 Ogos 2010. Mengikut ejen pengangkutan, kapal itu dijangka akan sampai di Port Klang selepas 4 hari.

 Sudah Hampir ke tempat yang dituju,  Jepara

 Menuju ke Semarang

 Sampai di Demak Kota Wali

 Perjalanan Menuju ke Semarang

Pemandangan di Lebuh Raya ke Semarang

Nampaknya kali ini, kontena dijangka akan sampai di Kota Bharu pada 20 atau 21 Ogos 2010. Insya Allah. Untuk itu, segala persiapan mental dan fizikal sudah diatur. Alamat kerja-kerja menurunkan barang2 akan dilakukan selepas terawih la...
Perkembangan terkini akan dimaklumkan dari masa ke masa.