Sudah lama tidak menulis untuk menyampaikan sedikit info kepada pengunjung setia ke laman keep it in mind. Bukan lah disengajakan tetapi sudah ditakdirkan tidak mempunyai cukup ruang dan peluang untuk berada di alam 'maya' atas sebab-sebab yang tidak disengajakan.
Pada 21 Ogos 2010 kontena perabut jati yang ditempah dijangka akan sampai di Kota Bharu. Bagi mengurus ketibaan kontena perabot jati itu aku merancang untuk pulang. Pada mulanya agen pengangkutan memaklumkan bahawa kontena itu boleh sampai di Kota Bharu pada sebelah malam 21 Ogos 2010 mengikut seperti yang dirancangkan. Bagaimanapun, pada jam 7.00 petang Sabtu 21 Ogos 2010, saya mendapat panggilan Kontena tidak dapat melepasi 'pintu' pemeriksaan kastam di Port Klang. Kastam telah mnejalankan operasi besar2an terhadap semua kontena yang ingin dibawa keluar. Puas juga egen memujuk supaya kontena saya itu tidak dibuka 'just' kerana untuk memeriksa satu 'item' yang terdapat dalam senarai dokumen tetapi tidak dapat dikesan dalam kontena melalui proses scanning. Jika dibuka alamat 1 atau 2 hari lagi baru boleh diangkut ke KB sedangkan saya pada waktu itu sudah berada di KB.
Dalam around pukul 7.20 petang, dapat call lagi, agen memaklumkan masalah tesebut sudah diselesaikan dan kontena dijangka berlepas ke KB malam itu juga. Hai cepat dan efektif sungguh agen tu menyelesaikan masalah. Biasanya kalu kontena berisi perabut, jarang sangat diperiksa 'sekejam' itu. Mungkin mereka 'ingin'kan sesuatu...! (telahan sahaja).
Alhmadullillah kontena selamat sampai di KB pada pagi Ahad 22 Ogos 2010. Pagi itu hujan turun dengan renyai2 dan sekali-sekala lebat. Seolah2 memberikan satu suasana kedinginan dan terhindar dari rasa kepenatan di bulan puasa. Menjelang Zohor, kontena dapat dikosongkan. Sebelah petang dan malam (selepas terawih) digunakan untuk menyusun dan menyemak perabut yang baru diterima. Barang2 di 'landed'kan di Lot 868, Depan Masjid Kg. Jambu, Kota Bharu.
Pada pagi Isnin 23 Ogos 2010, kerja mengasingkan perabut yang ingin di bawa pulang ke KL. Tempahan lori sudah dibuat pada petang semalam dengan syarikat NSE dan tambang RM400. Perabut2 ini khas untuk digunakan sendiri. Hai... satu lori penuh juga... Pagi Selasa 24 Ogos dijangka sampai di rumah di Kelana Jaya. Ini bermakna pada petang 23 Ogos aku terpaksa kena memandu pulang ke Kuala Lumpur. Selepas selasai urusan 'services' kereta anak aku di KB, aku terus berangkat ke Kuala Lumpur.
Aku pulang ke KL melalui Terengganu. Singgah di Kuala Berang untuk menjemput isteri aku yang ku tinggalkan di sana kerana melawat ibunya sakit tenat. Seminggu sebelum ini pun isteri aku sudah pulang dengan Bas Kenyir kerana ingin menjaga emaknya yang sakit tenat. Jadi kebetulan aku nak ke Kota Bharu atas urusan kontena ni, maka aku ajak isteri aku sekali lagi sambil menemani aku. Pada mulanya beliau tidak mahu, tapi aku mengajak juga dia supaya ikut sekali. Ajakan aku disambutnya. Maka kami pun pulanglah berdua sambil memandu 'CRV' dan dijangka akan pualng semula ke KL pada hari Isnin 23 Ogos 2010. Inilah perjalanan 2 dalam 1 kami.
Kami pulang ke KL seperti yang dirancangkan. Bertolak dari Kuala Berang pukul 12.00 tengah malam dan alhmadulillah sampai di Kelana Jaya pukul 4.30 pagi. Sempat bersahur. Isteri terpaksa ambil 'emergency' lagi kerana keletihan dan ingin menunggu lori yang dijangka akan sampai dari Kota Bharu pagi ini. Alhamdulillah semua rancangan berjalan dengan licin dan lancar. Allah mengizinkan racangan ini berjalan selicinnya. Syukur... Cuma aku sahaja rasa keletihan dan kepenatan. Petang aku mengambil masa untuk berehat dan malam itu aku cuma buat 8 rakaat terawih sahaja. Lepas itu akau balik terus sahaja tidur tanpa makan nasi lagi. Sedar2 sudah pukul 12 malam, lalu aku makan nasi sebelum meneruskan tidur lagi....
Tup tup, pukul 2.44 pagi 25 Ogos 2010 aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon daripada Ayah Su dari Terengganu memaklumkan bahawa ibu mertua ku (ibu kepada isteri ku) telah meninggal pada pukul 1.30 tengah malam tadi..... Inna lillah....
Memandangkan masih lagi keletihan, aku memaklumkan kepada isteri aku besok pagi sahaja lah kita berangkat pulang. Pagi2 lagi kami pun berangkat pulang ke Kuala Berang semula... Maha telitinya perancangan Allah itu, Kepulangan aku membuat dua perkara, urusan kontena dan menziarahi ibu mertuaku yang sakit tenat telah ditetapkan. Kali terakhir aku melawat dia sebulan yang lepas. Subhanallah....!
Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!
Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978
Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.
|
Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012
INFO GEMPA BUMI
|
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year. About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between: 0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing. 4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock. 4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall. 6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river. 7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground. |
TOP FIVE Popular Posts...
-
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik atau laut Galilee?. Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapa...
-
Iraq sebuah negara yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah walaupun keadaan geografi negara itu berg...
-
Dalam Al-Quran dan Hadis ada menceritakan tentang asal usul penciptaan makhluk Manusia, Jin, Iblis dan Malaikat. Antaranya: Surah Al-Hijr...
-
Era Imam Mahadi dan era Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi mempunyai kenyakinan yang tinggi bahawa pemimpin agong mereka Al-Moshaikh (...
-
Gambar-gambar di atas adalah perabot yang belum siap. Gambar2 ini diambil ketika lawatan ke Kilang Perabot Jati Di Jepara, Indonesia bulan l...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment