Malaysia Today

... Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, (menjadi cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; ...
Allah adalah Pelindung bagi Orang Yang Beriman;
Syaitan pula adalah pelindung bagi Orang Kafir.

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Al-Ahzaab 33:56
Ingin melihat Katalog Perabot Jati, anda dibawa secara Eksklusif di laman web kami

Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!

Darjah 6,
SK Gondang, Ketereh,
1968
Tingkatan 2A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas
1970
Tingkatan 3A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas,
1971
Tingkatan 4 Sains,
SM Hamzah Machang,
1972
Tingkatan 5 Sains,
SM Hamzah, Machang,
1973
Pre-U Class,
SMSAH, Jitra,
Dis 1973 - Mac 1974
Tingkatan 6 Rendah Sains,
SMIP Kota Bharu,
1974
Geng Tingkatan 6 Atas Sains,
Asrama Putra SMIP Kota Bharu,
1975
Ini Rupa Aku!... Tahun 1968
Dulu 1971... Top Student!
Dan Ini Rupa Aku... Tahun 2012

Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978

Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.

Dari L-R:
Depan: Redzuan Razali, Abdul Rahman Hasan, Anak Ngadiman (maaf ingat nama bapa sahaja)
Tengah: Siti Khalidah (Kalu tidak silap), Ismail Yusof, Aku, Ismail Abdullah dan Mohd Ridwan (Kalu tak silap)
Belakang: Ghazali Sulong dan Shafie Mat Yatim.

Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012

Kenangan Bersama YB Senator Datuk Akbar Ali via iPad, Mantan TKP di suatu ketika dahulu...

INFO GEMPA BUMI


Earthquakes Worldwide in the Last 30 Days (Of M>=4)
Richter scale
The Richter scale was named after the American seismologist Charles Francis Richter. This scale measures the motion of the land surface 60 mi from the epicenter, or focus, of the earthquake.
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year.
About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and
only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between:
0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing.
4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock.
4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall.
6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river.
7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground.

TOP FIVE Popular Posts...

Thursday, October 28, 2010

Nun Disana Allah Izinkan ia berlaku... 3 Serentak Dalam Satu Masa. Apakah Kita Masih Alpa Atau Menganggap Itu Suatu Fenomena Alam!

Letusan Gunung Merapi, Yogjakarta Pada 26 Okt 2010
Dipetik dari http://rovicky.wordpress.com

Dibawah ini dua video tentang Awan Panas atau Volcano-Pyroclastic Flow, yang dikenal dengan nama ‘Wedus Gembel’

Suhu ketika keluar dari kepundan diperkirakan berkisar 1000 derajat Celcius. Ketika meluncur dengan kecepatan maksimum hingga 200 Km/jam suhunya masih sekitar 600 derajat celsius. Dan ketika terendapkan atau berhenti suhunya mencapai 400 derajat Celcius.

Perhatikan bagaimana proses meluncurnya endapan volcanic pyroclastic ini. Secara tehnis ahli volkanologi menyebutnya sebagai Nuees Ardentess.
Awan panas Nuee Ardente

Perhatikan di malam hari terlihat lava pijar di dekat puncak kepundan Gunung Merapi ini. Video ini diambil dari Babadan.




Ketika magma kental, mengandung banyak gas yang keluar dari kepundan, namun karena memiliki tekanan cukup rendah, akan membentuk kenampakan seperti awan yang berisi batu, kerikil, pasir serta abu dan batu apung dapat terlempar ke udara. Awan panas ini akan turun meluncur seperti avalanche sebelum dapat akhirnya mendinginkan. avalanche ini disebut nuee ardente.

Sedangkan dibawahnya dampak setelah diterjang oleh Awan Panas Merapi ini Oktober 2010 ini.







Tsunami, di Mentawai Pada 26 Okt 2010
Sumber: Youtube



Sejurus Selepas Tsunami:



Gempa Bumi, di Mentawai Pada 26 Okt 2010
Sumber: Youtube




Wednesday, October 20, 2010

Mari Menikmati Keaslian Jati Jepara...

Sempena Tarikh 20.10.2010 dihidangkan untuk anda...
Tidak rugi anda melihat dan tidak pula hilang serinya walaupun anda tenung beribu-ribu kali. Tetapi sekiranya minat anda telah mulai bangkit, anda tidak perlu menghidupkan enjin kereta anda untuk mencari 'idaman' hati anda. Semuanya ada di sini. Cuma minta jari anda sahaja meng'klik'kannya pada KREATIFNIAGA JATI e-SHOPPING CENTER. Anda boleh tatapi di sana sepuasnya.





















Tuesday, October 19, 2010

Berbaloi ke Malaysia Memiliki Menara 100 Tingkat, Jikalau Masih Ada Rakyatnya Begini...!

Atau bangga sangatkah kita dengan pencapaian pendapatan perkapita negara mencecah US$10,000?. Sedangkan dalam masa yang sama masih ramai lagi bangsa kita hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan berumahkan seperti ini...















Nilai sendiri. Sama ada Egoistik atau ...

Monday, October 18, 2010

Hati2 Dengan 'Belde' atau Agar-Agar Ini... Halal Ke?

Ini makanan yang biasa kita makan. Baik ia dihidang di majlis kesyukuran, kenduri, nikah kahwin atau di waktu-waktu petang di rumah kita sendiri. Makanan ini kalau orang Kelantan panggil 'belde' ertinya Agar-agar. Agar-agar Pilihan istimewa ini dibungkus oleh Syarikat Seng Hin Brothers Enterprises Sdn Bhd beralamat di Rawang. Ia membawa cap Buaya dan di sana terpampang logo Halal bukan keluaran Jakim (saya rasa!) tapi kehalalan logo itu meliputi Malaysia dan Asia Region. Semak dengan web rasmi Jakim dengan memasukan nama syarikat berkenaan, tapi hasilnya nama syarikat demikian tidak terdapat dalam senarai tersebut.

Di 'supek' atau pada pembungkusan makanan ini juga tidak tercatat apa-apa ramuan kandungan yang digunakan untuk melahirkan agar-agar sedemikian. Setahu saya ia juga boleh diperbuat daripada 'gelatin haiwan'. Untuk agar2 ini tidak tahu pula diperbuat daripada apa?

Sudah berapa banyak telah terjual produk ini. Lagipun memang ramai orang kita suka. Tidak kira dihidang di majlis kenduri ke, kahwin ke atau sebagainya.... Untuk semua saya sertakan gambar produk ini untuk perhatian pengguna sekalian...







So bagaimana? Logo Halal yang digunakan pada pembungkusan produk itu adalah Logo Halal Swasta yang telah diharamkan oleh MAIS. Kita ditipu lagi...!

MAIS haramkan 'Logo Halal' Swasta Seperti ini:
Jauhkan dari membeli produk Logo Halal Penipu


Beli Produk yang mempunyai 'Logo Halal' Jakim seperti ini sahaja:

Sunday, October 17, 2010

Pesanan Nabi SAW Kepada Kita Semua : Kebaikan Sudah Tidak Ada Lagi, Apabila 5 Perkara Sudah Diuji Kepada Kamu!

Ibnu Umar r.a. menceritakan suatu ketika Rasulullah saw mendatangi sejumlah sahabat di kalangan muhajirin, kemudian Rasulullah saw bersabda, "Wahai kaum muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika perkara-perkara itu sudah dikerjakan), tidak ada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung kepada Allah SWT semuga kamu semua tidak menemui zaman itu". Lima perkara yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu adalah:

1. Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka terus terang melakukannya, melainkan akan berjangkit wabak penyakit yang menular (tha'un) dan mereka ditimpa penyakit2 yang belum pernah menimpa umat-umat terdahulu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan ukuran dan timbangan (curang dalam perdagangan), kecuali mereka akaan diuji dengan kemarau panjang, keesulitan mencari rezeki, dan kezaliman di kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tidak menahan mereka dari zakat harta benda, kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada binatang tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.

4. Dan tiada mereka meenyalahi akan janji Allah dan RasulNya, kecuali Allah akan menurunkan kepada mereka, musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung daalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikan sebagai pilihan, Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri.

Mari kita tanya diri kita... Apakah status di negara kita? Apakah yang dimaksudkan oleh Nabi SAW itu, zamannya telah kita lalui sekarang? Rasanya sudah datang zaman itu. Jadi apa yang perlu kita semua lakukan...

Ini dipetik dari Syaamil Al-Quran The Miracle 15 in 1 , Saqafah Islamiyah muka surat 1058.
Kepada sesiapa yang masih belum lagi memiliki Buku ini dan mereka bolehlah berbuat demikian dengan terus menghubungi saya di talian 012-3241817. Jualan hujung tahun diskaun sehingga 50%. Tawaran ini sah selagi stok masih ada. Harga tawaran tidak termasuk pos.

Saturday, October 16, 2010

Siri 2 : Ketika di Sekolah Menengah Rendah... (Updated)

Selepas tamat darjah 6 di Sekolah Kebangsaan (Rendah), maka aku pun masuk ke Tingkatan 1 di salah sebuah Sekolah Menengah Rendah yang paling hampir dengan rumah aku. Iaitu jaraknya kira2 hampir 3 batu. Ia masih lagi terletak di kampung. Pada masa itu, orang tua hanya menyuruh sahaja kita menyambung pelajaran. Jadi kita ikut sahaja. Aku ingat tidak sampai 10 orang kawan2 aku yang masuk ke sekolah yang sama dengan aku di sekolah menengah rendah ini. Jadi ada antaranya ibubapa mereka lebih cenderung untuk anak mereka pergi ke sekolah ugama, ada yang pergi ke bandar dan tidak kurang juga yang terus sahaja berhenti. Di sini aku di kelompokan dalam Tingkatan 1A. Kira 'makan' juga la otak aku ni digolong dalam golongan orang2 yang 'bodoh' tu sedikit.

Sekolah Menengah Rendah ini pun hanya menumpang bangunan dengan Sekolah Rendah. Pagi sekolah rendah dan petang pula diambil oleh sekolah menengah.

Tahun 1969, tahun hitam kepada sejarah negara, aku baru belajar di Tingkatan 1. Pada waktu itu, kita masih kanak2 tidakpun tau apa itu '13 Mei'. Tambah lagi di kampong macam aku ini, bahang keramat itu tidak pun sampai ke Kelantan. Tapi aku masih ingat lagi, gelagat orang kampong tentang politik parti waktu itu, 'Bulan Bintang' dan 'Kapal Layar'. Orang tua kata kita kena pangkah 'Kapal Layar' sebab dengan kapal kita boleh pergi ke Mekah! Sebelah pihat lagi kata kita kena undi 'Bulan Bintang' sebab itu kejadian Tuhan. Aku masih ingat lagi orang2 kampong yang berfahaman PAS dan UMNO bergaduh, tidak bertegur sapa, tidak pergi ke mari dan macam2 lagi kerenah... buruk sungguh perangai mereka ini.

Setahun berlalu, datang tahun 1970. Aku naik ke Tingkatan 2A. Masih kekal dalam kelas 'A'. Nak tengok gambar kawan2 sekelas dengan aku pada waktu itu, nah lihat gambar di bawah. Gambar ini berumur 40 tahun yang lalu. Terima kasih kepada guru yang me'mukul' gambar ini.

Barisan Belakang (dari Kiri) : Abdul Aziz Kader, Abdul Hamid, Mohd Fauzi, Che Mahmud, Norihan, Mohd Noor, Muhammad Ali, Zainon, Aku, Mohd Fauzi dan Mohd Rawi. Barisan Tengah (dari kiri) : Abdul Aziz Daud, Naemah, Fauziah, Azizah, Mek Yah, Sabariah, Nik Mah, Siti Fatimah, Zee Abdul Latiff, Abdul Halim dan Abdul Manaf. Barisan depan (dari kiri) : Che Abdul Hamid, Ustaz Raja, Cikgu Abdullah, Cikgu Adam, Cikgu Mat Ali (Guru Besar), Cikgu Nazri, Cikgu Fong, Cikgu Mat Ali dan Mohd Ashaari.

Alhamdulillah, Tuhan masih lagi memberi ingatan kepada aku mengingati nama-nama mereka. Setiap cikgu yang mengajar aku, aku rakamkan ucapan terima kasih. Ilmu yang mereka curahkan menjadi amalan jariah yang berpanjangan.

Tahun 1971, tahun penting bagi kita di tingkatan 3. Kerana pada tahun inilah kita akan menghadapi peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE). Alhamdulillah, pada tahun 1971 sekolah menengah sudah mendapat bangunan baru. Jadi semangat pun baru. Bagaimanapun yang sedihnya kelas aku tu ramai sangat muridnya sehingga melebihi 40 orang. Wooo! Cuba tengok gambar kelas aku di bawah ni... Gamabr ini dirakam sehari selepas kami semua menduduki peperiksaan SRP.

Barisan Belakang (dari Kiri) : Abdul Aziz Daud, Abdul Aziz Kader, Lupa1, Lupa2, Che Lah, Zainon, Abdul Manaf, Muhammad Ali, Abdul Hamid, Lupa3, Zee, Mohd Noor, Che Aziz Latif, Hasan, Aziz, Mohd Fauzi dan Muhamad Yaakob.
Barisan Tengah (dari Kiri) : Mohd Rawi, Che Mahmud, Lupa5, Maznah, Azizah, Faridah, Nik Mah, Lupa6, Lupa7, Mek Yah, Lupa8, Lupa9, Lupa10, Lupa11, Lupa12, Lupa13, Lupa14, dan Lupa15.
Barisan Depan (dari kiri) : Aku, Siti Fatimah, Cikgu Abdullah, Cikgu Nazri, Cikgu Adam, Cikgu Mat Ali (Guru Besar), Ustaz Raja, Mohd Ashaari dan Che Abdul Hamid.

Kawan-kawan tingkatan 3 ni ramai yang aku lupa. Sebab, satu terlampau ramai. Yang kedua, kerana mereka yang masuk ni adalah mereka yang 'mengulang' dari sekolah2 lain, jadi ingatan kepada mereka tu tidak begitu melekat sangat berbanding dengan kawan sekelas dari tingkatan 1 atau 2 lagi.

Ni nak angkat bakul sikit!. Masa tingkatan 1, 2 dan 3 dulu, kalau periksa tu aku selalu dapat nombor, kalau tidak 1.... dapat nombor 2. Jarang-jarang dapat nombor 3. Hebat. Subjek aku suka Ilmu Hisab. Entah mengapa, tetiba aje aku suka subjek tu. Aku pun tidak tau. Masih aku ingat lagi aku selalu bertukar tempat 'sebagai jaguh' ni dengan kawan aku tu yang nama dia Mohd Ashaari... Dia ni bahasa melayu dan bahasa inggeris hebat. Subjek lain pun tidak kurang juga. Tapi aku cukup 'bosan' dengan Bahasa Melayu dan Bahsa Inggeris. Rajin juga belajar tapi tak juga pandai-pandai. Tengok gambar bawah ni... aku tengah terima hadiah dapat nombor satu dalam kelas. Pakat Tepuk La! Hadiah disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, aku pun tak ingat dah nama dia... Aku juga masih lagi ingat hadiah yang diberi itu. Cuba kalian teka... Apa dia? Bukan buku, bukan alat tulis, bukan tropi atau sijil, tapi 1/2 dozen gelas kaca!. Rasionalnya, aku pun tak tau. Terima aje lah, orang bagi ambil... Yang penting boleh naik pentas dan disaksikan oleh ramai hadirin.... Ooooo! Anak sapa pandai tu dapat nombor satu!. He he he lawak bodoh!

Aku ketika itu menjadi salah seorang murid harapan sekolah. Hebatkan. Tapi aku tak ada la rasa macam tu... ingin sekadar lulus aje.... Maklumlah anak orang kampong. Cuti sekolah buku letak tepi. Pergi jalan aktiviti sendiri. Lastik burung, main gasing, noreh getah, 'tahan taut', tahan bubu, tahan tuar, perangkap burung, mandi sungai. Pendek kata semua buat. Budak2 la ni mana nak rasa semua benda ni. Dah tak ada....

Dulu murid-murid pakai 'short' aje... berseluar pendek. Tak tau la kita masa tu, agaknya dasar kementerian pelajaran masa itu memang kena pakai seluar pendek bagi lelaki dan ber'skirt' bagi perempuan. Masa tu mana ada kesedaran tentang 'aurat2' nih. Tapi sekarang sudah berubah. Kesedaran dah ada. Alhmadulillah!

Apa pun aku berterima kasih kepada semua guru-guru yang membimbing aku dari Tingkatan 1, hingga ke Tingkatan 3. Jasa mu akan ku kenang sepanjang hayat. Dan kepada guru-guru ku yang telah pergi, aku hadiahkan Al-Fatihah semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin!

Wednesday, October 13, 2010

Siri 1 : Alam Persekolahan... Tahun 1968 : Sekolah Rendah

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah SWT, sehingga ke hari ini aku masih lagi diberi kesempatan oleh Pencipta aku untuk hidup di Alam yang juga diciptakan oleh-Nya bagi mengecapi kenikmatan yang tidak terkira banyaknya yang juga disediakan oleh-Nya untuk makhluk2Nya. Kerana setiap kewujudan itu, tidak dijadikan oleh-Nya dengan sia-sia. Masing-masing mempunyai tugas sebagai khalifah di muka bumi ini.

Sejak kejadian aku, dari percampuran dua cecair kemudian menjadi segumpal darah lalu ditempelkan ke dinding rahim ibu sebagai tempat kebergantungan supaya lebih selamat dan selepas itu diberi bentuk dan dan yang paling utama telah dipinjamkan kepada aku roh, yang membolehkan aku terus hidup sebagai seorang manusia. Ketentuan hidup aku ini telah ditetapkan oleh Azali sehingga roh yang dipinjam ini diambil semula. Alhamdulillah... aku masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret sedikit kenangan masa lalu khususnya di waktu-waktu alam persekelohan.

Semoga dengan tersebarnya coretan ini, mungkin ada antara kawan-kawan sezaman waktu itu mengingati kembali kenangan manis dan pahit yang dilalui di alam persekolahan. Oleh kerana sudah amat lama tidak ketemui, mungkin mereka sudah tidak dapat mengecam lagi wajah-wajah di alam kanak. Dan kepada kawan-kawan yang telah 'diambil' semula rohnya maka aku iringkan 'AlFATIHAH' buat mereka semoga diberkati sentiasa.

Kepada guru-guru yang tidak pernah tahu penat lelah membimbing untuk mengenal huruf a,b,c,.... mengira 1,2,3,.... dan membaca alif, ba, ta,.... aku ucapkan berbanyak terima kasih tanpa kehadiran 'mu' aku tidak sampai ke tahap ini. ALFATIHAH buat guru-guru aku yang telah kembali kepada Penciptanya. Amin...

Inilah satu-satunya gambar yang ada dalam simpanan aku yang diambil pada tahun 1968. Kira-kira 42 tahun yang lalu. Gambar ini adalah hadiah ikhlas dari kawan aku yang bernama Muhammad bin Ali dan disampaikan kepada aku pada tahun 1972. Aku masih simpan dengan elok lagi gambar ini. Terima kasih banyak2 diucapkan kepada Encik Muhammad Ali di atas pemberian itu.

Gambar ini dirakamkan sebagai kenangan bersama-sama guru dan semua murid Darjah Enam, Sekolah Kebangsaan Gondang yang akan menamatkan alam persekolahan rendah dan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.

Aku mula memasuki di sekolah ini pada tahun 1963 di darjah 1. Waktu itu sekolah ini beratapkan nipah, bermejakan papan dan kerusi papan panjang. Dinding sekolah dibuat daripada buluh yang dijalin elok. Berlantaikan tanah. Apabila hujan, air masuk memenuhi ke dalam darjah. Pada tahun 1967 baru sekolah ini mendapat bangunan baru menggantikan bangunan 'usang' iaitu ketika aku Darjah 5.

Oleh kerana tukang kebun tidak 'larat' nak jaga, pagi2 murid dikerah mengutip sampah di sekitar dan di padang sekolah. Kalau di padang sekolah banyak 'kemucup', sekali lagi murid dikerah untuk mencabutnya. Murid-murid waktu itu tidak pula banyak membantah, mengikut saja arahan.

Memandangkan sekolah ini terletak berhampiran dan bersebelahan perkampungan cina, maka padang sekolahlah menjadi tempat anjing-anjing ni 'melepas'. Kalau pagi2 tu mesti kena hati2. Aku berulangalik ke sekolah ini berjalan kaki setiap hari sejauh hampir 4km (8km pergi balik) melalui jalan2 di kebun getah, hutan, semak samun, batas2 sawah padi dan sebagainya. Memang menggerunkan kalau tidak ada kawan.

Berdiri di Belakang (Dari kiri) : Nama1, Maznah, Nama3, Nama4, Sabariah,
Kamariah,
Nama7, Norma, Nama9, Kalthom, Nama11
Duduk di Tengah (Dari Kiri) : Cikgu Ibrahim, Uztaz Abdullah, Cikgu Nor, Cikgu Wan Husin (Guru Darjah 6), Cikgu Yazid (Guru Besar), Cikgu6, Cikgu Husin, Cikgu8, Cikgu Deraman
Mencangkong di Depan (Dari Kiri) : Muhammad (Pemberi Gambar ini), Ayub, Mohd Noor, Goh
Duduk Bersila di Hadapan : Muhamad, Foong (kalu tidak silap), Halim,
Zainuddin,
Aku (baju lengan panjang), Muhamad (kalu tidak silap)

Sebahagian daripada nama kekawan tu aku dah lupa, jadi minta maaflah. Tapi kalau ada sesiapa yang boleh memberi nama-nama dan alamat mereka bolehlah kita 'get together' untuk mengenang kembali kisah-kisah manis zaman silam pada tahun 1968. Seingat aku ada di antaranya melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1 di sekolah yang sama dengan aku dan yang lain tu mengikut pilihan sekolah emak bapa masing-masing. Dan tidak kurang juga ada yang langsung berhenti sekolah. Maklumlah waktu itu kurang motivasi. Kalau yang perempuan tu, mak bapa pada waktu itu berfikiran untuk senang mereka pada waktu itu sahaja. Mereka kata "anak perempuan ni tak guna belajar tinggi2, akhirnya ke dapur juga".

Wallahu'alam...

P/S: Tunggu Kenangan di alam peresekolahan menengah rendah akan menyusul...


Sunday, October 10, 2010

Abul Basyar Bapa Segala Manusia… Asal Usul Penciptaan Nabi Adam AS

SEMPENA TANGGAL BERSEJARAH 10.10.10...

Artikel ini sudah banyak diterbitkan di internet ini. Tidak salah ia diperingatkan semula sebagai info. Moga2 diri ini sentiasa tidak lupa diri asal usul kita semua... manusia!

Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Ia menjadikan daripadanya - isterinya (Hawa); dan Ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina). Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)? (Az-Zumar 39:6)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masin kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: "Hai Izrail engkaulah kini yang Aku tugaskan untuk mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerja ini atas perintah dan atas nama-Ku". Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan Ku tugaskan engkau mencabut roh manusia". Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak. Mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis, Tanah Bukit Tursina, Tanah Iraq, Tanah Aden, Tanah Al-Kautsar, Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah, Tanah Paris, Tanah Khurasan, Tanah Babylon, Tanah India, Tanah syurga dan Tanah Tha’if. Menurut Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul Muqaddis. Kerana di situlah otak manusia, dan di situlah ditempatkan akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.

13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

BAGAIMANAKAH PROSESNYA:

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar, air masin, air hanyir, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”. Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala: dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut. Yang dua macam di bawah: sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

DIJADIKAN PULA 5 BUAH PANCAINDERA:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam: Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan “Yarkhamukallah”.

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: ”Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” (Al-Israk:II). Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Renungan: Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.

Wallahu'allam...

Saturday, October 9, 2010

Urgent.... Hebahan Segera...

Baru sahaja terima SMS dari seorang sahabat yang memanjangkan berita ini untuk dihebahkan kepada saudara-saudara kita di seluruh dunia bahawa ambulan Team Mercy yang membawa doktor-doktor dari seluruh dunia menuju ke Palestin dibom oleh Yahudi laknatullah.
Seramai 19 orang diberitakan syahid,
12 orang doktor Team Mercy belum ditemukan lagi.

Mohon doa dari semua muslimin dan muslimat dari seluruh dunia yang mengunjungi blog ini.

Allahu Akbar! Amin

Bagaimanapun kenyataan akbar oleh Mercy yang bertarikh 4 Oct 2010 adalah disebaliknya. Apapun kita mohon doa agar semuanya selamat dan mereka dilindungi oleh Allah SWT.

MERCY Malaysia Press Statement: Alleged Bombing of MERCY Malaysia Ambulance and Alleged Deaths of MERCY Malaysia Doctors in Gaza

04 October 2010 - It has come to our attention that there has been a circulation of false SMSes of alleged bombing of MERCY Malaysia ambulance and alleged deaths of doctors deployed by MERCY Malaysia to Gaza.

We would like to appeal to the members of the public to stop circulating the SMS, as the claims are untrue.

We have not deployed any Malaysian staff or volunteers to Gaza in 2010, as all our work is now carried out by our local partners in the Gaza Strip.

Among our current projects there is the running of a psychosocial programme in partnership with the Emaar Society, where we have established a Centre for Care & Psychological Consultation for the inhabitants of the Gaza Strip.

We also run a medical rehabilitation outreach programme with El-Wafa Charitable Society, where disabled patients registered with the local hospital are able to receive physiotherapy, occupational therapy and primary health services at the comfort of their own home.

Other forms of assistance also include the donation of medical equipment and ambulances, as well as the reconstruction of El-Wafa Medical Rehabilitation and Specialised Surgery Hospital. All these efforts have been made possible through the generous donations from the members of the public.

Dato’ Dr Ahmad Faizal Perdaus

President

MERCY Malaysia