Sekolah Menengah Rendah ini pun hanya menumpang bangunan dengan Sekolah Rendah. Pagi sekolah rendah dan petang pula diambil oleh sekolah menengah.
Tahun 1969, tahun hitam kepada sejarah negara, aku baru belajar di Tingkatan 1. Pada waktu itu, kita masih kanak2 tidakpun tau apa itu '13 Mei'. Tambah lagi di kampong macam aku ini, bahang keramat itu tidak pun sampai ke Kelantan. Tapi aku masih ingat lagi, gelagat orang kampong tentang politik parti waktu itu, 'Bulan Bintang' dan 'Kapal Layar'. Orang tua kata kita kena pangkah 'Kapal Layar' sebab dengan kapal kita boleh pergi ke Mekah! Sebelah pihat lagi kata kita kena undi 'Bulan Bintang' sebab itu kejadian Tuhan. Aku masih ingat lagi orang2 kampong yang berfahaman PAS dan UMNO bergaduh, tidak bertegur sapa, tidak pergi ke mari dan macam2 lagi kerenah... buruk sungguh perangai mereka ini.
Setahun berlalu, datang tahun 1970. Aku naik ke Tingkatan 2A. Masih kekal dalam kelas 'A'. Nak tengok gambar kawan2 sekelas dengan aku pada waktu itu, nah lihat gambar di bawah. Gambar ini berumur 40 tahun yang lalu. Terima kasih kepada guru yang me'mukul' gambar ini.

Alhamdulillah, Tuhan masih lagi memberi ingatan kepada aku mengingati nama-nama mereka. Setiap cikgu yang mengajar aku, aku rakamkan ucapan terima kasih. Ilmu yang mereka curahkan menjadi amalan jariah yang berpanjangan.
Tahun 1971, tahun penting bagi kita di tingkatan 3. Kerana pada tahun inilah kita akan menghadapi peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE). Alhamdulillah, pada tahun 1971 sekolah menengah sudah mendapat bangunan baru. Jadi semangat pun baru. Bagaimanapun yang sedihnya kelas aku tu ramai sangat muridnya sehingga melebihi 40 orang. Wooo! Cuba tengok gambar kelas aku di bawah ni... Gamabr ini dirakam sehari selepas kami semua menduduki peperiksaan SRP.

Barisan Tengah (dari Kiri) : Mohd Rawi, Che Mahmud, Lupa5, Maznah, Azizah, Faridah, Nik Mah, Lupa6, Lupa7, Mek Yah, Lupa8, Lupa9, Lupa10, Lupa11, Lupa12, Lupa13, Lupa14, dan Lupa15.
Barisan Depan (dari kiri) : Aku, Siti Fatimah, Cikgu Abdullah, Cikgu Nazri, Cikgu Adam, Cikgu Mat Ali (Guru Besar), Ustaz Raja, Mohd Ashaari dan Che Abdul Hamid.
Kawan-kawan tingkatan 3 ni ramai yang aku lupa. Sebab, satu terlampau ramai. Yang kedua, kerana mereka yang masuk ni adalah mereka yang 'mengulang' dari sekolah2 lain, jadi ingatan kepada mereka tu tidak begitu melekat sangat berbanding dengan kawan sekelas dari tingkatan 1 atau 2 lagi.
Ni nak angkat bakul sikit!. Masa tingkatan 1, 2 dan 3 dulu, kalau periksa tu aku selalu dapat nombor, kalau tidak 1.... dapat nombor 2. Jarang-jarang dapat nombor 3. Hebat. Subjek aku suka Ilmu Hisab. Entah mengapa, tetiba aje aku suka subjek tu. Aku pun tidak tau. Masih aku ingat lagi aku selalu bertukar tempat 'sebagai jaguh' ni dengan kawan aku tu yang nama dia Mohd Ashaari... Dia ni bahasa melayu dan bahasa inggeris hebat. Subjek lain pun tidak kurang juga. Tapi aku cukup 'bosan' dengan Bahasa Melayu dan Bahsa Inggeris. Rajin juga belajar tapi tak juga pandai-pandai. Tengok gambar bawah ni... aku tengah terima hadiah dapat nombor satu dalam kelas. Pakat Tepuk La! Hadiah disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, aku pun tak ingat dah nama dia... Aku juga masih lagi ingat hadiah yang diberi itu. Cuba kalian teka... Apa dia? Bukan buku, bukan alat tulis, bukan tropi atau sijil, tapi 1/2 dozen gelas kaca!. Rasionalnya, aku pun tak tau. Terima aje lah, orang bagi ambil... Yang penting boleh naik pentas dan disaksikan oleh ramai hadirin.... Ooooo! Anak sapa pandai tu dapat nombor satu!. He he he lawak bodoh!

Dulu murid-murid pakai 'short' aje... berseluar pendek. Tak tau la kita masa tu, agaknya dasar kementerian pelajaran masa itu memang kena pakai seluar pendek bagi lelaki dan ber'skirt' bagi perempuan. Masa tu mana ada kesedaran tentang 'aurat2' nih. Tapi sekarang sudah berubah. Kesedaran dah ada. Alhmadulillah!
Apa pun aku berterima kasih kepada semua guru-guru yang membimbing aku dari Tingkatan 1, hingga ke Tingkatan 3. Jasa mu akan ku kenang sepanjang hayat. Dan kepada guru-guru ku yang telah pergi, aku hadiahkan Al-Fatihah semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin!
No comments:
Post a Comment