Masa aku kecil2 dulu, jarang timbul percanggahan tentang penetapan hari raya haji. Biasanya mengikut aje apa yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi. Sebab tempat wukufnya ada di sana. Mereka mempunyai hak yang mutlak untuk menetapkan bila berlaku hari wukuf. Tapi sekarang negara kita nak mengambil hak mutlak itu supaya mengikut acuan kita sendiri. Kerajaan Arab Saudi belum isytihar, tup-tup Malaysia pula mendahuluinya. Bahawa 1hb Zulhijjah jatuh pada hari Isnin. Sedang Kerajaan Arab Saudi pula jatuh pada hari Ahad. Ini bermakna 1hb Zulhijjah di Arab Saudi lebih awal dari Malaysia. Hakikatnya Malaysia menerima matahari lebih awal. Sepatutnya berlaku disebaliknya. Dari panggilan telefon di rancangan radio dan tv, ternyata ramai rakyat jelata 'termanggu-mangu' di atas kecelaruan tarikh ini.
Bagimanapun kita tidak boleh persoalkan. Ikut saja apa yang ditetapkan oleh pemerintah. Mereka mempunyai penasihat2 yang terdiri dari pakar2 hukum cukup berkaliber.
Tinggalkan isu itu. Ia telah berlalu dan telah menjadi lipatan sejarah. Ini sambutan aidil adha tempat aku. Rakaman gambar ini menyatakan kemeriahan harinya dan menenggelamkan isu berkenaan.
No comments:
Post a Comment