Setelah meneliti, tarikh dan harga tiket, aku membuat keputusan sendiri. Tarikh yang sesuai adalah lepas raya, pada 23 Nov. 2010. Tempat mendarat bukan di Jogja tapi di Solo. Tarikh kembali pada 26 Nov. 2010. Kos tiket penerbangan pergi dan balik berjumlah RM1,257.00 untuk tiga orang.
Tatkala menunggu tarikh yang dinanti-nantikan, ketika itulah gunung Merapi mengganas. Diberitakan Kota Jogja yang hampir dengan gunung tersebut, juga telah 'ditenggelami' dengan debu-debu guna berapi. Tambahan pula pelajar Malaysia di sana telah dihantar pulang. Ini menimbulkan lagi sesalan di hati. Hanya doa sahaja diiringkan agar selepas raya nanti bencana ini berkurangan.
Dalam kekalutan itu, tiba-tiba telefon aku berdering. Tengok nombor pada pemuka telefon ternyata bukan nombor yang biasa buat panggilan. Suara di sana jelas menanyakan tentang Sebutharga untuk Sebuah Mimbar Jati. Nanti akan diemailkan ukuran dan 'design'nya. Mereka mahukan mimbar yang seperti lakaran di bawah:


Dalam masa yang sama aku email balik kepada pelanggan berkenaan dan memberi beberapa contoh mimbar yang sudah ada pattern. Tanpa banyak soal mereka memilih model MPB1940 berikut:

Oleh itu, perjalanan aku ke Jepara via Solo pada 23 Nov 2010 ini ada missi yang perlu dibereskan. Membawa balik satu Mimbar Masjid untuk salah satu masjid di Kuantan, Pahang yang berukuran 4 kaki x 7 kaki x 8 kaki (tinggi) di samping barang-barang perabot yang lain. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment