Kedatangan aku ke Solo pada 23 Nov 2010 yang lepas, selain Perabot Jati aku bercadang untuk membeli juga buku berkenaan. Kawan aku yang tahu aku ingin ke sana, mereka juga memesan supaya dapat membeli buku itu untuk hadiah perkahwinan anak kawan mereka. Tapi malangnya sampai di sana aku tidak berkesempatan untuk ke Yogja untuk meninjau sendiri buku2 baru dan membeli buku yang dipesan. Bagaimanapun, aku cuma sempat menelefon Toko Buku, tempat aku biasa membelinya. Mereka mmberitahu buku itu sudah tidak ada di pasaran. Stok baru hanya akan dapat pada awal Disember 2010. Aku mengiyakan sahaja. Aku minta mereka datang ke Solo (tempat aku berlepas ke KL) untuk mengambil sedikit wang pendahuluan). Selebihnya aku akan di bank in di KL nanti. Dan Buku itu bisa dikirim melalui Kontena Jati yang dijangka akan berlepas dari Jepara pada 15 Dis 2010. Mereka bersetuju.
Kontena aku alhmadulillah selamat sampai di KB pada 26 Dis 2010. 30 Dis 2010 sebahagian daripada barang pesanan sendiri baru sampai di KL. 1 Jan 2011 baru aku buka bungkusan buku yang di kirim oleh Pak Bilal Suami kepada Ibu Nani Toko Buku Dua Putera di Yogja. Terkejut juga aku melihat. Aku memesan buku 15 in 1 tapi yang tiba Miracle The Reference. Lalu aku buka pembalut satu buku tersebut dan melihatnya dan bandingkan dengan buku 15 in 1 yang aku telah miliki. Alhmadulillah ia lebih komprehensif dan lebih lengkap.
Usaha yang tiada batas oleh penerbitan itu, The Miracle 15 in 1 yang lahir pada tahun 2009, diperkembangkan lagi dengan lebih terperinci mempunyai dengan membuatnya sebanyak 22 manfaat dalam 1 AlQuran. Cetakan sulungnya lahir pada bulan Oktober 2010.
Sesungguhnya mereka di Indonesia lebih ke hadapan berbanding dengan negara Malaysia dalam mempelopori penerbitan buku2 agama. Di bawah ini disertakan beberapa sedutan untuk info pembaca semua. Saya mempunyai 15 naskhah sahaja, kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki buku ini diminta dapat berhubung dengan saya segera. Harga yang ditawarkan sungguh runtuh! Pasaran RM230. SMS saya di 012-324 1817 atau emailkan kepada aby4466@gmail.com. Tawaran ini dibuka selagi stok masih ada.
No comments:
Post a Comment