Gambar ini dirakam pada 24hb Nov 2010, ketika berada di Jepara, Indonesia. Inilah rupa mimbar yang ditempah dua minggu yang lalu. Mimbar ini telah ditempah oleh seorang pembeli dari Pahang Darul Makmur. Saya selaku orang bertanggungjawab datang ke Jepara untuk memastikan mimbar ini dibuat mengikut spek yang dikehendaki dan ia tidak dibuat oleh sebarang kayu kecuali kayu jati semata-mata. Sebab pembelinya tidak mahu kayu lain dicampurkan sekali. Ini mimbar yang pertama aku terima tempahan dari pembeli yang tidak pernah aku kenali dan ditempah secara online sahaja. Aku percaya pembelinya adalah yang betul2 memerlukan. Ia dapat dilihat dari kesungguhan beliau meminta aku menguruskan dan meminta agar dapat dibekalkan seboleh2nya pada 25 hb Dis. 2010. Aku berserah sebulatnya kepada Allah, tanpa banyak soal aku meminta supaya bapak di Jepara dapat memulakan kerja membuat satu mimbar masjid. Atas saling mempercayai belaiu meneruskan kerja dan wang pendahuluan untuk mimbar ini baru sahaja dimasukan ke akaun aku sebanyak RM5K sehari sebelum aku berangkat ke Jepara. Ini bermakna tempahan itu adalah 'original'. Allah memudahkan kerja aku. Alhmadulillah.
Tanggal 14 Dis. 2010, rupa mimbar sudah 100persen siap. Baginilah mimbar yang dapat dilahirkan oleh kerja2 tangan anak Jepara. Hanya 2 minggu dari tarikh aku berada di sana, mereka sudah dapat menyiapkan sebegini rupa. Tabik spring untuk mereka yang berusaha keras. Biasanya satu mimbar mereka bereskan dalam masa 2/3 bulan. Alhamdullilah. Untuk itu, sehingga hari ini lebih dari separuh aku telah bereskan pembayarannya bagi muatan perabot 40 kaki.
Hari ini 15 Dis. 2010, mimbar ini akan diangkutkan dalam kontena bersama-sama perabot yang lain dan akan meninggalkan Kota Jepara menuju ke Semarang dan seterusnya di jangka kan mendarat di Penang pada 23 atau 24 hb Dis. 2010. Insya Allah.
Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!
Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978
Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.
|
Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012
INFO GEMPA BUMI
|
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year. About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between: 0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing. 4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock. 4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall. 6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river. 7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground. |
TOP FIVE Popular Posts...
-
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik atau laut Galilee?. Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapa...
-
Iraq sebuah negara yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah walaupun keadaan geografi negara itu berg...
-
Dalam Al-Quran dan Hadis ada menceritakan tentang asal usul penciptaan makhluk Manusia, Jin, Iblis dan Malaikat. Antaranya: Surah Al-Hijr...
-
Era Imam Mahadi dan era Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi mempunyai kenyakinan yang tinggi bahawa pemimpin agong mereka Al-Moshaikh (...
-
Gambar-gambar di atas adalah perabot yang belum siap. Gambar2 ini diambil ketika lawatan ke Kilang Perabot Jati Di Jepara, Indonesia bulan l...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment