AK541 yang aku naiki selamat mendarat di LCCT sebagaimana dijangkakan pada tepat jam 3.35 petang tanggal 17 Juli 2011. Alhmadulillah. Tidak diduga juga semasa di sana terjumpa dengan beberapa 'saudagar' perabot dari Malaysia. Kalu di sana mereka itu dipanggil Ibu Jainah dari Nilai 3, Ibu Feeza dari Sabak Bernam dan Pak Anwar dari Cheras. Sempat juga aku berborak-borak bertanya khabar kerana mereka akan pulang besok paginya.
Semasa ketibaan aku di sana aku dijemput oleh anak Pak Juni, Monkhy. AK540 yang aku naiki sedikit lewat dari bagaimanapun selamat mendarat jam 12.10 tghari (w.i.b) atau 1.10 tghari (w.m). Ketibaan aku di sana disambut dengan 'cop' jari 10 oleh pihak Imigrisen dan dihujani dengan pelbagai pertanyaan, mau pergi mana? mau buat apa di sini, mau tinggal di mana? berapa lama di sini? Soalan2 ini sudahpun dijelaskan dalam borang ketibaan dan keberangkatan pelancong.
Keluar sahaja pintu airport Adi Sumarmo Solo, aku terus mencari Kartu untuk nelpon. Kali ini aku pilih simPATI. Tengok nomor nelpon aku tertera di sana : 081215920638 (wuuu panjang nomornya!). Aku terus isi pulsanya sebanyak 100,000. Ini menjadi jumlah pulsanya IRP105,000. Pada jangkaan aku sempatlah dua hari aku di sana.

Tapi jangkaan aku meleset. IRP105,000 isian nya tak sampai esok pagi pun. Isianya sudah licin. Tinggal berbaki IRP2,400. Cukup untuk 4 kali SMS sahaja (1SMS@IRP600). Parak juga, almaklumlah buat panggilan ke KL, KB.
Memang dah jangkakan perjalanan aku dari Solo ke Jepara melalui Semarang menjangkau lebih dari 5 jam. Jam 6.30 petang baru aku sampai di Jepara. Sepanjang perjalangan aku di sana sempat lah aku rakamkan beberapa gambar menarik bagi aku untuk dikongsi bersama di sepanjang perjalanan aku dari Solo - Semarang - Jepara:





















Ini gambar di sekitar stor Pak Juni. Kelihatan pelbagai model perabot 'mentah' yang masih belum siap.










Pada hari Sabtu 16 Juli 2011, pak Juni mengajak menikmati makan tengah hari di salah sebuah tempat makan di tepi pantai di Jepara Utara. Bagaimanapun kali ini aku belanja beliau. Sedap juga makanan laut 'fresh' di sini. Selepas makan di sini aku mengajak beliau ke 'belakang' Gunung untuk mencari barang2 kraf yang kecil2 untuk hadiah. Rupa2nya belakang gunung ini adalah tempat bermain Pak Juni sewaktu remaja.







Tempahan aku dijangka akan bertolak dari Semarang pada 28 Juli 2011. Insya Allah. Itu tarikh yang paling cepat dapat disediakan temapahan oleh Pak Juni.
Sekian.
No comments:
Post a Comment