Alhamdulillah, Majlis Resepsi anak ku pada 2 Julai 2011 yang lepas rasanya memberi cukup kepuasan kepada aku, ada juga kawan-kawan dan ketua-ketua jabatan aku pada ketika itu masih mempunyai ruang waktu untuk menghadiri majlis aku ini walaupun sekadar dengan satu 'sms' atau 'panggilan' telefon. Terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan dari Jabatan Perangkaan Malaysia terutamanya kepada YBhg Dato' Shaari Abdul Rahman dan Datin, Mantan Ketua Perangkawan Malaysia, Tuan Hj Aziz Othman dan Isteri juga Mantan Ketua Perangkawan Malaysia, YBrs Dr Rabieyah Mat dan Keluarga mantan Timbalan Ketua Perangkawan Malaysia, Tuan Hj Yazid, Encik Amran Che Mat dan Isteri, Encik Abdul Jalil Awang dan Keluarga, Puan Hjh Zaharah dan Suami, Puan Omi Kelthom, Cik Saidah Hj Hashim dan Cik Kamsiah.
Gambar di bawah ini merakamkan kenangan kami ketika majlis itu dan kami harapkan pertemuan ini memberikan titik permulaan untuk menyimpulkan kembali silaturahim yang terpisah sejak sekian lama.
Dari Kiri ke Kanan
Puan Saripah, En. Amran, YBhg Dato' Shaari, Datin Noraini, Puan Ramlah dan En Abdullah
Puan Saripah, En. Amran, YBhg Dato' Shaari, Datin Noraini, Puan Ramlah dan En Abdullah
Tuan Rumah sedang menghulurkan 'door gift' kepada YBrs Dr Rabieyah Mat
Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir untuk meraikan majlis resepsi anak lelaki kami pada 2 Julai 2011 di dewan serbaguna kastam, Kelana Jaya. Jika terdapat kekurangan pada majlis itu kami memohon berbanyak maaf. Yang baik itu semuanya dari Allah swt dan yang buruk itu adalah dari kelemahan dari kami sendiri.
No comments:
Post a Comment