Sekadar ingin memperingati kepada diri sendiri, bahawa kita nanti akan pergi menemui Pencipta kita. Sebelum kita datang ke dunia ini, kita telah pun berikrar dan berjanji untuk menjadi khalifah yang patuh kepada Pencipta kita dan apabila kita kembali semula kepada Nya sudah pasti Pencipta kita akan bertanya, selama kamu berada di dunia apa yang telah engkau lakukan. Dan apakah kita ingin berada bersama-sama dengan golongan yang akan di halau ke Neraka Jahanam atau bersama-sama golongan yang akan di bawa ke Syurga. Di dunia llagi adalah tempat untuk kita menentukan pilihan kita.
Dan akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang - balasan apa yang telah dikerjakannya, dan Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka telah lakukan.
Dan akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang - balasan apa yang telah dikerjakannya, dan Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka telah lakukan.
Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasuk, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: "Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" Mereka menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir!" (Setelah itu) dikatakan kepada mereka: "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam.
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasuk sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: "Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya", (mereka pun masuk)- Serta mereka berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjiNya kepada kami, dan yang menjadikan kami mewarisi bumi Syurga ini dengan sebebas-bebasnya, kami boleh mengambil tempat dari Syurga ini di mana sahaja kami sukai maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal".
Dan (pada hari itu) engkau akan melihat malaikat beredar di sekeliling `Arasy dengan bertasbih memuji Tuhan mereka, serta mereka dihakimi dengan adil dan (masing-masing bersyukur akan keputusan itu dengan) mengucapkan: "Segala puji tertentu bagi AllahTuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan seluruh alam!"
Sumber: Tafsir Ar-Rahman Ayat 70 - 75 Surah Az- Zumar
No comments:
Post a Comment