SEMPENA MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN
SULTAN KELANTAN
SULTAN MUHAMMAD KE-V
PADA 11.11.11 DAN 12.11.11
Petikan Bernama:
Sebelum ini sambutan hari keputeraan Sultan Kelantan diraikan oleh semua penduduk negeri Kelantan pada setiap 30 dan 31 Mac setiap tahun. Bermula tahun ini 2011, sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama, tarikh baru bagi sambutan hari keputeraan Sultan Kelantan, iaitu Sultan Muhammad V telah dipinda ke tarikh baru iaitu pada 11 dan 12 November setiap tahun.
Tarikh baru sambutan hari keputeraan sultan kelantan tersebut juga telah diwartakan pada 23 Disember tahun lalu. Tarikh 11 dan 12 November tersebut juga di isytiharkan sebagai cuti umum bagi negeri kelantan.
Setiausaha kerajaan negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias juga memaklumkan kerajaan negeri kelantan pada 1 Disember tahun lepas juga telah bersetuju dengan pindaan tarikh sambutan hari keputeraan sultan kelantan tersebut.
Untuk makluman juga tarikh 11 dan 12 November merupakan tarikh sambutan hari keputeraan manakala tarikh lahir sebenar sultan kelantan sekarang iaitu Sultan Muhammad V adalah pada 6 Oktober.
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
TUANKU MUHAMMAD FARIS PETRA IBNI SULTAN ISMAIL PETRA
D.K., S.P.M.K
SULTAN YANG DI-PERTUAN BAGI NEGERI KELANTAN DARULNAIM
DAN JAJAHAN TAKLUKNYA
Patik Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Hari Keputeraan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V
Pada hari Jumaat 11.11.11 bersamaan 15 Zulhijjah 1432H
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR
Semoga Allah SWT Meliindungi Tuanku Dunia dan Akhirat
Ikhlas dari Patik Rakyat Negeri Kelantan DarulNaim
BICARA BUAT SEORANG SULTAN
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)
Dari Tuan Blog: Dipetik dari Forum TKO Untuk Koleksi. Terimakasih Dr MAZA dan Semuanya.
pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian
perasaan tertawan kepada sang sultan
pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..
inilah nasihat raja dan rakyat…
raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat ‘daulat’
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat
raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat
raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,
apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..
tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah
Dr MAZA