Saya panjangkan 'berita' dari negara jiran kita Brunei DarulSalam. Berita ini telah diemailkan kepada saya oleh saudara Hj. Shamsuddin. Semoga berita ini dapat dikongsi oleh kita semua berhubung isu negara Brunei menangani isu arak.Di negara kita, Malaysia, pelbagai kategori arak boleh di 'capai' di mana-mana. Bukan sahaja itu, terdapat 'orang melayu' sendiri yang duduk semeja menjalankan perniagaan air kencing setan ini. Di Malaysia Apa Pun Boleh'.
Benar kata En. Zain Serudin, "Yang paling kami takuti adalah laknat Allah. Laknat Nya bukan kepada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini'.
Apakah semua pembuat-pembuat dasar yang beragama Islam sudah tidak ada sekelumit rasa ketakutan laknat dari Allah apabila meluluskan lesen arak di negara ini....?
Maka tunggulah bahawa janji Allah itu benar...
Pesanan Dari Hadith & Al-Quran : Kepada Orang Minum Khamar dan Menamakan Bukan Khamar : Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya mendengar Rasulallah s.a.w. bersabda "Sesungguhnya ada sebahagian dari umatku yang akan meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama lain. (Mereka minum) sambil dialunkan dengan muzik dan suara artis-artis. Allah s.w.t. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah s.w.t. akan merubah mereka menjadi kera atau babi".
Hadith Riwayat Ibnu Majah


No comments:
Post a Comment