Malaysia Today

... Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, (menjadi cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; ...
Allah adalah Pelindung bagi Orang Yang Beriman;
Syaitan pula adalah pelindung bagi Orang Kafir.

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Al-Ahzaab 33:56
Ingin melihat Katalog Perabot Jati, anda dibawa secara Eksklusif di laman web kami

Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!

Darjah 6,
SK Gondang, Ketereh,
1968
Tingkatan 2A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas
1970
Tingkatan 3A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas,
1971
Tingkatan 4 Sains,
SM Hamzah Machang,
1972
Tingkatan 5 Sains,
SM Hamzah, Machang,
1973
Pre-U Class,
SMSAH, Jitra,
Dis 1973 - Mac 1974
Tingkatan 6 Rendah Sains,
SMIP Kota Bharu,
1974
Geng Tingkatan 6 Atas Sains,
Asrama Putra SMIP Kota Bharu,
1975
Ini Rupa Aku!... Tahun 1968
Dulu 1971... Top Student!
Dan Ini Rupa Aku... Tahun 2012

Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978

Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.

Dari L-R:
Depan: Redzuan Razali, Abdul Rahman Hasan, Anak Ngadiman (maaf ingat nama bapa sahaja)
Tengah: Siti Khalidah (Kalu tidak silap), Ismail Yusof, Aku, Ismail Abdullah dan Mohd Ridwan (Kalu tak silap)
Belakang: Ghazali Sulong dan Shafie Mat Yatim.

Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012

Kenangan Bersama YB Senator Datuk Akbar Ali via iPad, Mantan TKP di suatu ketika dahulu...

INFO GEMPA BUMI


Earthquakes Worldwide in the Last 30 Days (Of M>=4)
Richter scale
The Richter scale was named after the American seismologist Charles Francis Richter. This scale measures the motion of the land surface 60 mi from the epicenter, or focus, of the earthquake.
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year.
About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and
only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between:
0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing.
4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock.
4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall.
6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river.
7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground.

TOP FIVE Popular Posts...

Friday, April 2, 2010

Travelog KUL-YOG-KUL : Satu Malam di Kota Jepara - Part I

Tarikh Perjalanan : 23 Mac 2010

6.30 pagi - Bertolak ke KLIA.
8.40 pagi - Boarding.
9.20 pagi - Flight berlepas dari KUL dengan MH857.
11.55 pagi - Tiba di Adisucipto International Airport (Waktu Tempatan). Waktu Malaysia 1 jam lebih awal.

Lebih dari satu jam, menunggu untuk melepasi pintu masuk. Iaitu pemeriksaan Imigresen. Mula-mulai 4 jari tangan kanan di'scan'. Kemudian 4 jari kiri pula. Lepas itu kedua-dua ibu jari. Bermakna 10 jari di 'scan '. Kemudian diambil foto secara digital. Sungguh tara pemeriksaan mereka.


View Larger Map
Anak lelaki Pak Joni sudah menunggu. Kami akan di bawa ke Jepara. Bandar ini terletak kira lebih dari 200km dari Bandar Jogja. Iaitu merentasi Pulau Jawa ke arah Semarang. Di perjalanan kami singgah makan di Secang. Kat sini makan tak lah mahal sangat. Dengan dua jenis lauk, minum untuk 4 orang makan dikenakan sebanyak Rp57,000. Ok la kena juga dengan selera. Mungkin kerana lapar kot. Sebab belum lagi makan. Atas kapal terbang pun cuma makan roti canai kecil aje. Kami beli air mineral 3 botol ukuran 1500ml dengan harga Rp3,000 satu botol.

Kami meneruskan perjalanan. Sampai di tempat yang dituju, Jepara lewat jam 7.00 ptg. Penat juga. Keadaan jalan raya di sana tidak lah sehebat jalan di Malaysia. Ada sedikit aje jalan bertol. Anggar lebih kurang 70 km. Tol pun tak mahal. Rasa-rasa Rp2,000. Kami terus dibawa ke rumah tumpangan Pak Joni. Mereka mempelawa kami tinggal di rumah itu. Kami tidak sanggup menolaknya. Rumahnya cukup selesa. Ada 3 bilik ber'aircon'. Lengkap dengan peralatan dapur dan ruang tamu yang cukup besar. Selesa. Di sebelah bawah rumah itu adalah digunakan sebagai stor perabut jati. Di sebelahnya adalah tempat menyimpan perabut2 jati yang telah siap. Sahlah Pak Joni ni seorang usahawan jati terkenal di Jepara. Ramai kelihatan pekerja2nya menjalankan tugas masing2.

Pak Joni menyuruh kami bersiap. Jam 8.00 mlm beliau akan menjemput kami untuk makan malam. Dah la tempat duduk disediakan, makanpun diberi. Istimewa sungguh Pak Joni dan keluarganya melayan kami. Tepat jam 8.00 malam, kami dibawa ke sebuah restoran. Isteri Pak Joni juga ikut sekali. Kami makan nasi goreng kambing dan juice apricot. Masakan sana terasa kemanisan sedikit. Seolah-olah macam di Kelantan saja. Sambil makan kami berbual2 dan kami memberitahu Pak Joni, bahawa besok petang kami akan berangkat balik ke Jogja. Memek muka Pak Joni terkejut. Mereka ingatkan kami akan tinggal lama di Jepara. Tapi kami pastikan urusan di Jepara khususnya dengan Pak Joni beres dahulu sebelum berangkat ke Jogja. Selepas makan, Pak Joni membawa kami ke semua perusahaan Jati yang beliau ada terlibat. Di sepanjang perjalanan menuju ke perusahaannya, kiri kanan jalan penuh dengan perabut jati. Tidak hairanlah bandar ini di panggil 'Kota Jati'. Kami di hantar pulang sekitar jam 11.30 malam.

Besoknya, 24 Mac 2010, kami meninjau ke kilang perabut jati Pak Joni. Kami berbincang dan jam 12.00 tgh hari urusan kami selesai. Kami sekali lagi dijemput untuk makan tengah hari. Kami dibawa oleh Pak Joni ke satu restoren ayam goreng kampong. Sungguh ramai orang yang makan di situ. Pada kami mungkin sedap agaknya. Restorennya sungguh simple. Satu meja panjang yang diaturkan kerusinya sebaris. Bandingannya sama seperti kedai kopi kat kampung sahaja. Makan layan diri. Masakannya juga simple. Nasi, ayam goreng, sambal dan ulam sayuran sedikit. Hati saya terdetik.... melihat ayam kampung goreng orang2 di sini. Rupa2nya bagi mereka di sini biasa aje menggoreng ayam tanpa membuang kepala dan paruhnya. Berdiri bulu remang juga melihat masakan sebegitu. Melihat Pak Joni selamba aje, kami pun ikut sama. Pak Joni ni hebat juga orangnya. Beliau adalah salah seorang pengerusi badan agama Islam di Jepara. Berselera pula makan masakan ayam goreng kampung. Mungkin sambalnya sedap kut!

Lepas makan tengah hari, kami ke pejabat Pak Joni. Mengambil salinan tempahan. banyak juga tempahan sehingga mencecah lebih Rp180,000,000. Kami memutuskan untuk buat dua kali penghantaran mengikut keutamaan. Penghantaran pertama, mengikut Pak Joni boleh dibuat menjelang 14 April ini. Itu pun bergantung kepada confirmation deposit. Urusan itu akan ditentukan kemudian nanti.

Setelah selesai segala2nya kami pun berangkat balik ke Jogja. Terima ksaih kami ucapkan kepada Pak Joni dan Keluarga di atas layanan yang sungguh baik hati itu. Kami berdoa ini bukan kali terakhir kami berurusan dengan Pak Joni....

Anak lelaki Pak Joni sudah menunggu kami, untuk membawa kami balik ke Jogja.
(Sambungan dalam siri kedua nanti. Insya Allah).

p/s: maaf nak downlod gambar ... terlalu slow.


     





 

 

No comments:

Post a Comment