Foto ini telah dikirim oleh seorang sahabat melalui email kepada saya, dan saya memanjangkan kepada pengunjung untuk dikongsi. Foto ini akan menjadi koleksi simpanan dan ia diabadikan dalam 'keep it in mind'.
Lihat dan hayati sendiri bagaimana seorang Menteri Besar Kelantan bersendirian menikmati 'Nasi Berlauk' di sebuah warung tanpa pengawal peribadi... Pernahkah anda terserempak dengan 'pemimpin besar' lain sepertinya ini. Anda sendiri boleh menjawabnya..!
Petikan dari New York Post
Sultan of Brunei Buys in Bulk
Sultan of Brunei Buys in Bulk
Last Updated: 1:25 AM, April 15, 2010
Posted: 12:53 AM, April 15, 2010
Nobody beats the Sultan of Brunei when it comes to shopping. The oil-rich ruler was strolling past the Lederer shop on Madison Avenue at 58th Street Sunday night, when it was closed, and admired the handbags in the window. Next day, he bought 48 handbags and 24 of Lederer's famous "duck" umbrellas. Owner Robert Blau said, "We've sold an occasional handbag out of the window, but never everything in the whole damn window." The Sultan has seven daughters by his three wives, so maybe he was just doing some early Christmas shopping.
Komentar:
Kedua-duanya adalah pemimpin negeri dan negara yang kaya dengan 'emas hitam'. Satu dipilih oleh rakyat dan yang satu lagi adalah mewarisi sejak turun temurun bertaraf Sultan. Bagaimanapun, pemimpin yang telah dipilih rakyat ini telah dinafikan bahawa 'emas hitam' yang disedut itu bukan ditemui di bawah jajahan takluknya, kecuali hanya beberapa 'telaga' sahaja. Mereka rela mengatakan bahawa telaga 'emas hitam' yang ditemui itu dimiliki oleh negara jiran. Inilah kerelaan pemimpin yang mengamalkan politik sukuan. Ia seolah-olah tidak merelakan royalti yang kemudiannya bertukar nama kepada wang ehsan jatuh kepada pemimpin yang hanya makan nasi belauk dengan secawan 'air keroh' digerai yang cukup dhaif. Pada mereka pemimpin seperti ini tidak bijak mengurus wang royalti maupun wang ehsan. Mereka hanya pandai membilang duit 'samah' ertinya 50sen, 'tiga amah' ertinya RM1.50sen dan 'dua amah' ertinya ... (pembaca cuba teka).Komentar:
Sangkaan buruk ini, pastinya sudah menjadi tradisi kepada pemimpin yang bernaung di bawah timbangan 'dacing buruk' sejak turun temurun. Dacing buruk sudah tidak relevan lagi di zaman moden ini, kerana ketepatan ukurannya boleh dipertikaikan. Begitu juga dengan orang yang menggunakan peralatan itu.
Marilah kita sama-sama menukar alat timbangan kita kepada yang lebih jitu dan tepat, sesuai dengan perubahan zaman. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment