Saiz mimbar yang indah ini berukuran 4'x7'x9'. Ia datang lengkap dengan tongkat mimbar, rostrum dan kerusi yang dibina khas dengan bersandarkan ukiran kerawang penuh. Pastinya ia dapat menyerikan lagi keindahan ruangan masjid, bagaimanapun keindahan masjid akan bertambah serinya jika kariah di sekitarnya lebih memakmurkannya.Mimbar ini 'berkeupayaan' datang jauh dari Indonesia untuk memakmurkan Masjid di Pahang, kenapa ahli kariah yang dekat di sekitarnya tidak boleh datang memakmurkannya?. Cabaran kepada ahli kariah di sekitar masjid yang menerima mimbar ini sebagai 'tetamu' yang terus tinggal di sana buat selama yang diperlukan.
Kontena yang panjangnya 40kaki ini sudahpun berlepas dari Jepara menuju ke Pelabuhan di Semarang di Indonesia. Beginilah 'agaknya' rupanya kontena yang diangkut ke pelabuhan. Gambar ini dirakam di Semarang, semasa perjalanan pulang tempoh hari.
Kepada Peminat2 jati di Kota Bharu atau yang berada di sekitarnya bolehlah mengambil maklum bahawa, kontena ini dijangka akan tiba di sana pada 24 atau 25 Dis 2010 ini. Ia dijangka akan berlabuh di suatu lokasi atau tempat yang masih masih belum ditetapkan. Insya Allah.


No comments:
Post a Comment