Sudah menunggu di sana Pak Bilal, Suami kepada Ibu Nani, Toko Buku Dua Putra dari Jogjakarta. Ia membawa beberapa buah buku yang dipesan semalam. Ia datang dari Jogja ke Solo dengan hanya menunggang spider (motorsikal) sahaja. Oleh kerana masa kami suntuk kami tak sempat nak pergi ke Jogja seperti kedatangan kami sebelum ini. Lalu kami minta Pak Bilal bawa sahaja pesanan kami itu ke Solo. Mereka tunaikan permintaan kami. Alhamdullillah. Bagaimanapun pesanan kami untuk mendapatkan 10 buah 'Miracle 15 in 1' tidak kesampaian memandangkan buku itu sudah kehabisan stok. Stok baru hanya akan muncul pada 6 Disember 2010. Untuk itu kami tinggalkan kepada pak Bilal sebanyak 1.5 juta sebagai wang pendahuluan untuk 16 buah naskah buku The Miracle 15 in 1. Kami minta supaya pak Bilal hantar sahaja ke Jepara sebelum 15 Dis 2010 untuk dimasukan ke dalam kontena kami yang dijangka akan berangkat ke Penang pada tarikh itu.
Alhamdulillah setelah dibank in wang baki untuk buku2 itu, ibu Nani memberitahu bahawa pak Bilal sudah ke Jepara untuk membawa pesanan buku yang akan dikirim bersama-sama Perabot Jati ke Kota Bharu. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang, sungguhpun diawalnya ada sedikit 'kekalutan'. 'Kekalutan' tidak bermakna ada kegagalan bahkan ia suatu ujian dan pengalaman itu pula suatu pengajaran untuk masa depan. Insya Allah.
Cerita selebihnya dipaparkan dalam bentuk foto. Foto boleh mengukirkan seribu satu cerita. Tatapilah dan tontonilah tanpa ada jemu dari anda sekalian...
No comments:
Post a Comment