Serbuan polis terhadap sarang pelacuran di sebuah hotel murah di Wilayah Timur Van Turki telah menyelamatkan 40 orang dari kematian akibat gempa bumi sekuat 7.2 yang melanda bandar pada bulan Oktober lalu. Perkara ini telah didedahkan oleh sebuah laman web http://www.hurriyetdailynews.com. mengikut berita itu sejurus sebelum gempa berlaku, pihak polis baru sahaja menarik 40 suspek keluar dari hotel murahan itu, apabila bangunan itu runtuh dari gempa bumi yang melanda wilayah timur.
Serbuan ini adalah ekoran dari siasatan yang telah dijalankan sejak tujuh bulan yang lepas terhdap rangkaian sarang pelacuran di bandar itu. Dalam serbuan itu, polis telah menawan hampir 40 orang termasuk pelacur, pelanggan dan ibu dan bapa ayam dan memaksa mereka keluar dari bangunan beberapa minit sebelum bangunan itu runtuh menyembah bumi.
Keadaan Hotel Murah Sarang Pelacuran Yang Runtuh akibat gempa
Setiap apa yang terjadi itu ada sebab dan musababnya. Ia tidak terjadi dengan sia-sia.
Sumber: Hurriyet Daily News, Turki
No comments:
Post a Comment