Malaysia Today

... Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, (menjadi cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; ...
Allah adalah Pelindung bagi Orang Yang Beriman;
Syaitan pula adalah pelindung bagi Orang Kafir.

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Al-Ahzaab 33:56
Ingin melihat Katalog Perabot Jati, anda dibawa secara Eksklusif di laman web kami

Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!

Darjah 6,
SK Gondang, Ketereh,
1968
Tingkatan 2A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas
1970
Tingkatan 3A,
SMR Pangkal Kalong, Kok Lanas,
1971
Tingkatan 4 Sains,
SM Hamzah Machang,
1972
Tingkatan 5 Sains,
SM Hamzah, Machang,
1973
Pre-U Class,
SMSAH, Jitra,
Dis 1973 - Mac 1974
Tingkatan 6 Rendah Sains,
SMIP Kota Bharu,
1974
Geng Tingkatan 6 Atas Sains,
Asrama Putra SMIP Kota Bharu,
1975
Ini Rupa Aku!... Tahun 1968
Dulu 1971... Top Student!
Dan Ini Rupa Aku... Tahun 2012

Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978

Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.

Dari L-R:
Depan: Redzuan Razali, Abdul Rahman Hasan, Anak Ngadiman (maaf ingat nama bapa sahaja)
Tengah: Siti Khalidah (Kalu tidak silap), Ismail Yusof, Aku, Ismail Abdullah dan Mohd Ridwan (Kalu tak silap)
Belakang: Ghazali Sulong dan Shafie Mat Yatim.

Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012

Kenangan Bersama YB Senator Datuk Akbar Ali via iPad, Mantan TKP di suatu ketika dahulu...

INFO GEMPA BUMI


Earthquakes Worldwide in the Last 30 Days (Of M>=4)
Richter scale
The Richter scale was named after the American seismologist Charles Francis Richter. This scale measures the motion of the land surface 60 mi from the epicenter, or focus, of the earthquake.
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year.
About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and
only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between:
0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing.
4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock.
4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall.
6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river.
7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground.

TOP FIVE Popular Posts...

Monday, May 31, 2010

Singgah Sebentar di Uzbekistan : Apa yang ada Di sana...!

Untuk ke Uzbekistan, anda tidak perlu nak menempah tiket kapal terbang maupun kapal 'layar', cukup dengan perjalanan maya kita menggunakan pelayaran 'Google Maps'. Pastinya anda boleh pergi ke mana jua yang anda mau. Hanya anda perlu menanggung kos masa anda sahaja.

Hari ini kita pilih untuk pergi ke satu tempat, sebuah bandar kecil terletak di negara Uzbekistan iaitu Darvaz. Bagaimanapun setengah pihak mengatakan tempat ini adalah milik negara Turkmenistan. Itu tak penting bagi kita, tapi yang penting bandar kecil Darvaz. Apakah istimewanya bandar ini? Sama-sama kita lihat nanti!

Bagi sahaja arahan anda kepada Google Map dengan menaip 'Darvaz, Uzbekistan atau Turkmenistan'. Atau copy paste kan 40°15′8″N 58°26′23″E. Tidak pun sampai 1 minit, anda diperlihatkan tandanya. Ukuran perjalanan anda dari Kuala Lumpur ke Bandar Kecil Darvaz ini adalah sejauh 5,981 km. Sungguh pantas sekali. Zoomkan sehingga 200m ke tempat yang berhampiran dengan bandar Darvaz. Anda boleh nampak satu bulatan seperti di bawah berikut:



View Larger Map


View Larger Map

Tempat ini digelar oleh penduduk setempat sebagai Pintu ke Neraka. Kisah ini bermula kira-kira 35 tahun yg lampau. Seorang ahli geologis telah menggali tempat ini untuk mencari gas asli. Secara tiba-tiba semasa penggalian tersebut, mereka telah terjumpa satu jurang besar di bawah tanah. Karena terlalu besar sehingga semua peralatan penggalian tersebut telah masuk ke dalam jurang tersebut. Tiada siapapun yg berani turun ke dalam jurang tersebut disebabkan jurang tersebut dipenuhi gas asli bumi. Untuk menghindari gas bumi yang akan mencemarkan bumi, mereka telah menyalakan api di dalam jurang tersebut dan semenjak dari itu sehingga kini, telah 35 tahun lubang ini terbakar tanpa henti walau sesaat.

Mari kita sama-sama saksikan video di bawah ehsan dari YouTube:
Antara gambar2 yang menarik untuk dikongsikan adalah:

Inilah yang dikatakan istimewanya tempat ini. Subhanallah!

Sunday, May 30, 2010

Kedalaman Neraka Jahanam itu 70 tahun Perjalanan

Dalam sebuah hadith, Abu Hurairah ra menggambarkan neraka pada kalimat terakhir hadith itu. Abu Hurairah berkata, "Demi Zat yang jiwa Abu Hurairah di tangan NYA, dasar Jahanam itu dalamnya 70 tahun (perjalanan)". (HR. Muslim dan Hudzaifah dan Abu Hurairah ra.).

Ehsan dari You Tube : Saksikan Video Muntahan Lava Gunung Berapi.


  Ini Gambar Hiasan Sahaja

Dalam hadith lain, Ibnu Abbas ra mengatakan: Pada suatu hari Rasulullah sedang duduk dengan para sahabatnya. Tiba-tiba dia mendengar suatu suara. Ketika itu Nabi SAW bertanya, "Tahukah kamu suara apakah itu?". Jawab mereka, "Allah dan RsulNya yang lebih tahu". Kata Nabi SAW, "Itu adalah batu yang dilemparkan ke dalam neraka sejak 70 tahun yang lalu dan baru sekarang sampai ke dasar neraka itu". (HR. Muslim).

Tidaklah berlebihan bila dalam sebuah dialognya dengan Allah, Jahanam mengatakan masih sanggup memuat calon-calon penghuninya berapa pun jumlahnya, seperti firman Allah dalam surah Qaaf ayat 30: Ingatlah hari yang Kami akan bertanya kepada Jahanam, "Sudahkah engkau penuh?". Dan ia (Jahanam) akan menjawab, "Apakah ada tambahan?".

Sumber :
Saqafah Islamiyah, 
Syaamil Al Quran : The Miracle 15 in 1, muka surat 22
Sesiapa yang susah mendapatkan naskhah buku ini, boleh berhubung terus dengan saya. Saya menawarkan pada harga istimewa, jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Insya Allah. 

Friday, May 28, 2010

Facts & Figures : 12B in 1T dari The Miracle 15 in 1

Info Bulan-bulan Islam 12 Bulan dalam 1 Tahun
Penetapan tahun Hijriah dilakukan pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab. Tepatnya pada hari Khamis 8 Rabi'ul Awal tahun 17 Hijriah di tahun ke 4 Umar berkuasa.

1. Muharram - Ertinya yang diharamkan.
Sebab dalam bulan itu dilarang menumpahkan darah atau berperang. Namun, larangan itu tidak berlaku lagi sejak turun firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 191.

2. Safar- Ertinya Kosong.
Ini kerana pada bulan ini pemukiman Arab dahulunya kosong dari kaum laki-laki untuk pergi berniaga, merantau atau berperang.

3. Rabi'ul Awal - Rabi' ertinya menetap dan Awal ertinya pertama
Jadi awal menetapnya kaum laki-laki sekembali mereka dari merantau atau berniaga. Rasulullah lahir, diangkat jadil rasul, melakukan hijrah, dan wafat terjadi pada bulan ini.

4. Rabi'ul Akhir - Ertinya akhir dari masa menetap di rumah bagi kaum laki-laki.

5. Jumadil Awal - Jumadi ertinya Kering
Jadi ertinya awal dari musim kemarau.

6. Jumadil Akhir - Ertinya Akhir dari musim kering atau kemarau.

7. Rajab - Ertinya Mulia.
Ini kerana bangsa Arab tempoh dahulu sangat memuliakan bulan ini.

8. Syaban - Ertinya berkelompok. Kerana pada bulan ini lazimnya bangsa Arab berkelompok dalam mencari nafkah, kemungkinan untuk waktu yang lama. Pada bulan ini terjadi perpindahan, kiblat dari Baitul Muqaddas ke Ka'bah di Baitullah.

9. Ramadhan - Ertinya sangat panas.
Merupakan satu-satunya bulan yang disebut dalam Al-Quran. Bulan yang memiliki banyak kelebihan, keutamaan, kesucian, dan keistimewaan.

10. Syawal - Ertinya kebahagiaan kerana kembalinya manusia kepada kesucian setelah menunaikan ibadah puasa dan membayar zakat.

11. Zulqaidah - Zul ertinya pemilik dan qa'dah ertinya duduk, kerana bulan ini merupakan istirahat bagi kaum laki-laki. Mereka menikmatinya dengan duduk-duduk di rumah.

12. Zulhijjah - Yang menunaikan haji. Sebab pada bulan ini umat Islamsejak nabi Adam as menunaikan ibadah haji. 

Sumber : Saqafah Islamiyah, The Miracle 15 in 1, m.s. 382 
Notes: Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini, boleh sms atau emailkan terus kepada saya. Buku ini sesuai sebagai rujukan untuk di rumah kerana mengandungi banyak manfaatnya. 1Rumah 1Miracle 15 in 1.

Thursday, May 27, 2010

Eksklusif Untuk Peminat Jati.. Set Kerusi Tamu Romawi Lupita dan Set Meja Makan 6 Kerusi. Untuk Di Jual

Inilah satu-satunya kerusi tamu yang tertarik kepada saya. Model Romawi Lupita. Dibuat khas dari kayu jati ynag berumur lebih dari 20 tahun. Teguh dan Kuat. Tertarik kepada yang meminatinya. Model ini datang dalam bentuk 3+2+1+1 dan 1Meja dan 2 Meja kecil berbentuk 'Pai'. Lengkap dengan cermin kaca. Begitu Unik sekali. Ia adalah perabot baru. Hayati paparan gambar di bawah


Kami buka harga kerusi tamu model Romawi Lupita ini dengan harga permulaan RM5,600.00 sahaja.

Di bawah ini pula adalah set meja makan yang mempunyai 6 kerusi. Kerusi dilengkapi dengan tilam. Meja makan ini kelihatan begitu klasik dengan ukiran bunga pada meja dan kerusi. Didatangkan dengan cermin kaca. Ia juga diperbuat dari kayu jati berkualiti tinggi dengan papan meja dan kerusinya cukup tebal. Dijamin mempunyai jangka hayat seumur hidup.


Kami buka harga set meja makan ini dengan harga permulaan RM4,900.00 sahaja.

Sesiapa yang berminat untuk membeli kedua-dua set item ini kami tawarkan pada harga tetap RM10,500.00. Penghantaran percuma di mana sahaja di Semenanjung Malaysia. Tawaran ini dibuka sehingga 16 Jun 2010. Tawaran tertinggi akan diberitahu pada 17 Jun 2010.  Untuk keterangan lanjut, hubungi saya ditalian 012-324 1817. 

Perkembangan Terbaru Jualan Perabot Jati di Kota Bharu...

Gambar-gambar di atas adalah perabot yang belum siap. Gambar2 ini diambil ketika lawatan ke Kilang Perabot Jati Di Jepara, Indonesia bulan lepas. Semua perabot jati ini dibuat daripada kayu jati yang berumur lebih dari 20 tahun. 

Kota Bharu, 27 Mei 2010. Sejak hampir dua minggu yang lepas, perabot kami dipamerkan, kami mendapat sambutan dan kunjungan peminat2 jati di Kota Bharu amat luar biasa sekali. Mungkin disebabkan harga tawaran yang cukup menarik yang kami tawarkan tanpa mengurangkan kualiti produk malahan produk perabot yang kami jual adalah yang terpilih oleh kami sendiri dari kilang. Faktor ini menyebabkan pelanggan yang membeli, terus menghebahkan kepada kawan-kawan mereka datang mengunjung dan melihat sendiri.

Sebanyak 6 set katil yang terdiri daripada Kanista (Queen), Rahwana (King) dan dari jenis Kanopi semuanya 'sold out'. 3 daripada 8 set Kursi tamu sudah pun ditempah. Set cleopatra, 2 dari 3 sudah ditempah. Bagitu juga bangko, kursi teras, almari sudut, jam hias dan mimbar masih ada beberapa unit lagi.

Kami menjangkakan, separuh daripada 55 item akan dapat di'clear'kan menjelang awal bulan depan. InsyaAllah. Kepada peminat2 jati di KB jangan lepaskan peluang yang jarang-jarang datang ini. Tempahan juga boleh dibuat. Anda boleh memilih perabot mengikut kesesuaian rumah anda dengan pilihan warna fabriks yang pelbagai, kerana itu mengapa anda tidak bertindak bijak untuk menikmati kehalusan urat-urat kayu jati bagi menyerikan kediaman anda sambil berjimat melalui perkhidmatan kami...InsyaAllah kami cuba memberi kepuasan kepada anda.

Tuesday, May 25, 2010

Facts & Figures : GLC Miracle or Mirage?

Ditengah laungan Model Ekonomi Baru jajaan DS Najib dan pengikutnya, kita dikejutkan dengan kerugian besar dua GLC yang sebelum ini tidak pernah mengalami keruntuhan, tup tup POS Malaysia dan Sime Darby menerima kerugian yang besar. Kenapa jadi demikian. Mesti ada sebab-sebab disebalik kejadian yang demikian.

Orang asli di hutan sana pun tahu, jika nak pos surat mesti kena beli setem. Dan semua rakyat yang nak pos surat mesti kena guna setem. Nak pos laju paling minima kena bayar RM5.70 dan tidak masuk lagi bayaran komisen yang diperolehi oleh Pos apabila melakukan transaksi bil-bil telekom, tnb, ASB dan sebagainya. Boleh dikatakan semua pekhidmatan yang diberikan oleh Pos tidak ada yang percuma. Semuanya menjana pendapatan. Pasti Pos Malaysia mempunyai kutipan hasil yang besar dan mempunyai nilaian tunai yang lumayan. Tapi... amat mengelirukan hasil daripada jualan perkhidmatan oleh Pos Malaysia di seluruh Malaysia ke mana perginya. Suatu perkara yang menjadi 'miracle' kepada kita semua. Kedengaran juga cerita, posmen menerima gaji tidak sampai RM700.00 sebulan. Sedangkan pihak eksekutif ke atas menikmati kemudahan yang berlebihan. Inilah bahananya apabila amanah mengepalai agensi besar ini diberikan kepada 'ayam pencen' di kalangan kakitangan kerajaan. 'Ayam pencen' ini sudah terbawa-bawa dengan sikap boros berbelanja semasa mentadbir agensi-agensi kerajaan dahulu.

Bagaimana pula dengan Sime Darby? sebuah syarikat konglomerat yang teguh dan kukuh suatu masa dahulu, kini jatuh tersungkur. Dahulu syarikat ini teguh dari segi kewangannya. Sebut sahaja Sime Darby semua orang kenal. Kalau kita melalui mana-mana tempat, 'Sime Darby' terpampang gah. Tapi kini ia tidak gah lagi seperti dahulu. Nampaknya ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam syarikat ini. Syarikat yang mempunyai 'cash flow' yang banyak ini mula mendadik dada , cuba menakluki semua sektor. 'Otak' kotor sentiasa memerhati terhadap syarikat yang banyak 'cash' ini dengan bertindak sebagai 'pengail' untuk memancing 'ikan besar'. Mereka ini mencadangkan untuk menjadikan Sime Darby sebagai syarikat sendirian berhad. Membayar sejumlah wang kepada pemegang saham. Lepas itu tubuh syarikat baru diberi nama 'Sinergy Drive' yang kemudiannya memohon untuk disenaraikan di Bursa Saham. Perancang 'otak2' ini rupa2nya hanya ingin mengaut keuntungan besar yang segera dari hasil penerbitan saham2 baru Sinergy Drive. Kemudiannya mereka juga memohon dengan Bursa Saham menukar nama kepada nama asal Sime Darby. Beginilah caranya mereka memancing 'cash' daripada Sime Darby.

Bahananya baru terasa sekarang. Adakah ini 'Miracle' atau 'Mirage'. Nasib yang sama akan berlaku kepada GLC yang ada 'cash flow' yang baik. Anda sedang diperhatikan oleh 'otak2' kotor itu. Tunggulah kedatangan mereka untuk menghancurkan anda. GLC yang dah hancur lebur Bank Bumiputra.

Monday, May 24, 2010

Facts & Figures : The Number of 1618... Miracle or Mirage?

Nisbah ukuran setiap anggota manusia kepada anggota yang lain ada nilai-nilai tertentu. Nilai nisbah ini pula tidak dijadikan sebagai satu angka yang lahir dari sifat matematiknya sahaja malahan ada makrifat yang tertentu dijadikan oleh Allah sebegitu. Mari kita saksikan satu penemuan yang mungkin anda telah tonton. Tapi bagi saya ia suatu yang perlu saya abadikan dalam 'keep-it-in-mind' untuk koleksi. Selamat menonton!


Petikan daripada You Tube.

Sunday, May 23, 2010

Facts & Figures: Muslim Demographics, Islamisation Or Europe: Reality Or Fantasy?

Sama-sama hayati fakta menarik daripada petikan Youtube yang dipaparkan dalam web
http://dalje.com/tv/en/index.php?id=20972w96aa5b7



Insya Allah, jika didasarkan kepada fakta tidak mustahil perkara ini boleh berlaku dengan keizinan NYA.

Friday, May 21, 2010

Kontena Perabot Jati Selamat Berlabuh di Kota Bharu...

Tarikh 16 Mei 210. Saya telah berangkat ke Kota Bharu pada pukul 10.30 pagi dengan menaiki bas. Tiba di KB lebih kurang jam 6.15 petang. Panggilan diterima memberitahu kontena telah tiba di KB pada pukul 5 petang tadi tetapi tersesat sehingga ke kawasan perindustrian Pengkalan Chepa. Saya menunggu Abang Din menjemput di Stesen Bas Bandar. Beliau lambat sikit sebab nak pergi mengiring pemandu kontena yang tersesat patah balik ke temapt yang ditetapkan. 15 minit kemudian beliau datang.

Oleh kerana kontena itu dikunci rapi, gergaji besi perlu dicari untuk memotong batang besi yang di'seal' pada pintu kontena tersebut. Sudah ada 4 orang pembantu untuk meurunkan barang-barang satu persatu. Potongan besi kunci dapat dilakukan dengan sempurna dan mulai jam 7.00 malam, barang dapat dikeluarkan secara hati-hati daripada kontena. Hampir pukul 11.00 malam kontena 40 kaki itu selesai dikosongkan. Pukul 12.00 tengah malam kontena itu pun beredar untuk balik ke Port Klang.

Alhamdulillah, hanya dua item sahaja yang didapati rosak Item yang rosak ini sudah tidak dapat dijual lagi. Pembekal akan diberitahu, semuga dapat diganti dengan yang baru pada pembelian yang akan datang. Ini risiko yang ditanggung oleh peniaga.

Beberapa keping gambar dirakam untuk perhatian pembaca semua.


Kepada peminat perabot jati yang berada di Kelantan, boleh berhubung terus dengan Tuan Haji Maidin Muda di talian 012 - 9816 507. Setakat 18 Mei 2010, katil masih tinggal lagi 2 set, 4 set sudah dijual pada hari pertama lagi.

Sesiapa yang ingin masuk rumah baru dan ingin mengisi rumah mereka dengan perabot jati, kami bersedia menerima tempahan dengan menawarkan harga yang sangat istimewa. Tempahan berdasarkan katalog boleh dibuat, satu sebut harga akan disediakan. Kontena berikutnya dijangka akan sampai pada penghujung bulan Julai 2010 nanti. Insya Allah.

Saturday, May 15, 2010

Terkini : Kontena Perabot Jati...

Agen pengedalian mengesahkan bahawa Kontena Perabot Jati dijangka akan tiba di Kota Bharu pada 16 Mei 2010 sebelah malam. Perabot ini akan diturunkan Insya Allah di Perkarangan Masjid Al Hikmah, Tanjung Mas, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Bagaimanapun sebarang perubahan tempat akan dimaklumkan kemudian.
Terima kasih.

Friday, May 14, 2010

Satu Kontena Perabot Jati Dari Jepara, Indonesia Bakal Berlabuh Di Kota Bharu...

Missi megimport perabot jati siap guna bakal menjadi kenyataan. Missi ini telah dirancang seawal Feb 2010 lagi. Lawatan pertama dibuat pada 23 Mac 2010. Lawatan pesanan dibuat pada 3 Mei 2010. Tarikh Loading pada 4 Mei 2010. Mengikut egen pengedalian, ia dijangka sampai di Port Klang dalam masa 10 hari.

Panggilan diterima mengesahkan bahawa kontena tersebut akan mendarat pada hari Sabtu 15 Mei 2010 di Port Klang. 'Clearing' tidak mengambil masa yang lama dan dijangka akan diangkut ke Kota Bharu pada malam itu juga.. Segala bayaran dan kos untuk pengangkutan ini telah dilunasi.

Insya Allah, pada hari Ahad 16 Mei 2010 barang-barang yang ditempah dapat dihantarkan. Sabar kepada penempah2 yang cukup sabar menanti perabot mereka. Antara perabot2 yang dibawa kali ini adalah terdiri daripada:

1. Kerusi Tamu             - 8 Set (Pelbagai Model)
2. Kerusi Teras             - 7 Set (Pelbagai Model)
3. Katil                         - 6 Unit (Pelbagai Model)
4. Almari/Almari Sudut - 12 Unit (Pelbagai Model)
5. Kerusi Makan           - 3 Set (Pelbagai Model)
6. Sofa (Bangko)          - 11 Unit (Pelbagai Model)
7. Sofa (Cleopatra)       - 3 Unit (Pelbagai Model)
8. Meja Osin                - 3 Unit (Pelbagai Model)
9. Jam Hias                  - 2 Unit
10. Mimbar                  - 3 Unit

Harga, kami belum tetapkan lagi. Bagaimanapun kami jamin harga yang ditawarkan nanti jauh lebih murah dari harga pasaran dan mutu produk dijamin berkualiti. Insya Allah harganya nanti kami akan umumkan dalam masa yang terdekat.

Perkembangan mengenai perkara ini boleh hubungi saya sendiri Abdullah di talian 012-324 1817 (Lembah Kelang) atau Tuan Haji Maidin 012-981 6507 (Di Kota Bharu).

Di Kota Bharu ada dua tempat yang disediakan untuk melabuhkan kontena ini.
Pertama di Lot 868, Depan Masjid Jambu Off Jalan Cempaka, Kota Bharu. Tempat ini kami jadikan sebagai Stor Simpanan. Bagaimanapun, jika anda semua senang boleh juga berkunjung  di alamat ini. Tuan Haji Maidin boleh memandu anda untuk menuju ke sana, jika anda tidak biasa ke tempat itu. Google Map di bawah juga boleh dijadikan asas panduan anda ke sana. Jika anda sampai ke Masjid Jambu (ditanda sebagai B) Insya Allah anda dah sampai di alamat yang disebutkan. 


View Larger Map

Tempat Kedua : Di Lot 2864A, Kompleks Masjid Al Hikmah, Tanjung Mas, Jalan Pengkala Cepa, Kota Bharu. Tempat ini bertindak sebagai bilik pameran. Tapi tidak semua perabot dipamerkan di sini. Memandangkan tempat itu terhad hanya yang bertaraf 'eksklusif' sahaja akan diletakkan di sini. Jika ruang mengizinkan kami cuba memanfaatkan sebaik mungkin. Untuk menuju ke sana anda diberi Google Map di bawah untuk memudahkan anda.  


View Larger Map
p/s : Gambar Model perabot2 di atas saya tengah usahakan untuk dipostkan dalam web ini. Insya Allah.

Wednesday, May 12, 2010

Lagi Isu Berkaitan BLok L dan Blok M...

Petikan dari Daily Express Published on: Tuesday, May 11, 2010 Sebuah akbar terbitan di Sabah
INDEPENDENT NATIONAL NEWSPAPER OF EAST MALAYSIA
Established since 1963 persoalkan banyak isu berkaitan dengan perkara ini. Yong Teck Lee mempersoalkan Che Det salah menasihati Petronas?. Berita ini di siarkan di http://www.bruneinews.net/

Yong: was Dr M wrong as Petronas advisor?
Kota Kinabalu: Sabah Progressive Party (SAPP) has asked the reason for the Sabah Cabinet to be briefed twice on the agreement between Malaysia and Brunei, if Block L and M did not belong to Malaysia in the first place.Its President Datuk Yong Teck Lee also asked if the areas in Blocks L and M were Brunei's sovereign rights in the first place, then "why did Malaysia award the blocks to Murphy Oil in 2003?"He said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman has been reported as saying that the State Cabinet was briefed twice on the matter.

"If Blocks L and M have nothing to do with Sabah, then there is no need to take up the precious time of the Cabinet. The fact that there were two briefings suggests there was a need for follow up, updating and issues that require the Cabinet's attention."If not, then why would a Cabinet that sees no need to renegotiate the 5 per cent royalty petroleum agreement with the Federal Government, busy itself with maritime territories that are outside Sabah? What was the briefing about and did the Cabinet give its consent?," he asked.

"Putatan MP Datuk Dr Marcus Mojigoh boasted on his expertise on the exclusive economic zone. Based on his simplistic view, Malaysia would have lost Sipadan and Ligitan islands to Indonesia and Layang Layang Island to Vietnam or China or the Philippines. "But in contrast, his own Upko boss Tan Sri Bernard Dompok saw it fit to leave this to the Prime Minister to explain. Earlier, Chief Minister Datuk Musa Aman brushed aside anger over the loss of three million acres of maritime territory in oil Blocks L and M," he said in a statement here Monday.

Yong said the facts remained that on Jan. 16 2003, Murphy Oil Corporation of the United States announced that its wholly-owned subsidiary, Murphy Sabah Oil Co. Ltd, was awarded two new Production Sharing Contracts (PSC) covering Blocks L and M, offshore Malaysia. Murphy Oil has 60 per cent interest in Block L and 70 per cent in Block M. Petronas Carigali Sdn Bhd holds the remaining 40 per cent and 30 per cent respectively.He said each block covered 1.5 million acres. The total is, therefore, three million acres and the awarding authority was Petroleum Nasional Berhad (Petronas).Petronas has "entire ownership in, and exclusive rights, powers, liberties and privileges of exploring, exploiting, winning and obtaining petroleum whether onshore or inshore of Malaysia" under the Petroleum Development Act 1974.

"This is the Petronas, vested with the powers and authority of Parliament by virtue of the Petroleum Development Act 1974 and the Prime Minister, over offshore petroleum development in Malaysia that awarded the three million acres in Blocks L and M to Murphy Sabah Oil Co. Ltd. on or before 16 Jan. 2003," he said.

Petronas and the Prime Minister at the time (Tun Dr Mahathir) have seen it fit, proper and legal to award the said maritime territory to Murphy Oil, an American company, he said.Yong said all these point to the fact that, in the legal opinion of Petronas and the Federal Government at the time, Malaysia has sovereign rights over the maritime territory contained in Blocks L and M. The Deputy Prime Minister at the time was Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Murphy Oil Corporation has two other subsidiaries in Malaysia, namely - Murphy Sarawak Oil Co. Ltd. and Murphy Peninsular Malaysia Oil Co. Ltd. for the respective geographical regions. "The subsidiary company used to operate Blocks L and M is the one for Sabah, not the one for Sarawak or Peninsular Malaysia. We have to assume that the Americans and Petronas know where Sabah is," he said.Yong contended that Dr Mahathir's successor, Tun Abdullah Badawi, was covering himself by saying that his Exchange of Letters with the Sultan of Brunei was approved by his Federal Cabinet in February 2009.

"Did our Sabahan Ministers in the Federal Cabinet agree to the surrender of Blocks L and M to Brunei ?," he asked (Tan Sri Dompok was the Minister in charge of Petronas then).Yong said furthermore Murphy Oil's announcement to the New York Stock Exchange last month that their PSC to Blocks L and M have been terminated because "following the Exchange of Letters between Malaysia and the Sultanate of Brunei on March 16, 2009, the offshore areas designated as Blocks L and M are no longer a part of Malaysia" meant that before the exchange of letters, the areas were still a part of Malaysia. Abdullah was lambasted by Dr Mahathir in his blog who must have been irked by the loss of national territory and Petronas profits.Yong said Mahathir's anger was understandable because it was during his tenure as premier that Blocks L and M were awarded to Murphy Oil Corporation. 

"He said that these blocks are Malaysian territory," said Yong.In this respect, Yong said the Government needs to answer several issues."Where was the pressing need for Malaysia to surrender any territory to any country just three weeks before a change of Prime Minister?Negotiations over territorial disputes in the South China Sea are alive and active," he said. "Why did our government and Petronas keep this secret? The surrender of Blocks L and M was kept a national secret until the Murphy Oil announcement on April 22, 2010 in the New York. 

"Why was there a need for an Exchange of Letters between Abdullah and the Sultan Brunei if Blocks L and M already belonged to Brunei?," he asked, adding that in March 2009, Abdullah chose to announce only that Brunei has dropped the Limbang claim but remained silent on the loss of Blocks L and M. 

Yong said Kelantan and Terengganu were fiercely fighting for their rights to oil revenues. "Terengganu, a BN-Umno State still has unfinished litigation with Petronas and the Federal Government over oil royalties."Why should Sabah, a BN fixed deposit state, choose instead to defend the blunder of losing territory and oil revenues? Tengku Razaleigh, a Kelantanese BN MP heads the Parliamentary caucus on oil royalties."Why are our Sabahan BN MPs, like Marcus, unwilling join the fight for Sabah?," he said. 

"It is the duty of Malaysia to protect the sovereignty of these areas over which Sabah has an interest.
For instance, would Sabah not have a say if the Malaysian government were to cede Labuan FT to a foreign country?," he asked."International conventions, be it on continental shelf, Law of the Sea and the 200 nautical mile Exclusive Economic Zone limit affecting Sabah do not nullify the historical fact that Malaysia acquired these maritime territories with the entry of Sabah into Malaysia," he said. 

"Sabah has lost enough. If the BN State Government fights for Sabah's rights and interests, then the people will support the Government."But if the government fails, the people will speak through the ballot boxes."


Nampaknya ada perkara yang tidak betul berlaku dan disembunyikan oleh pemimpin besar 'yang bermuka-muka' dari pengetahuan kita semua. Ini perlukan satu pembongkaran..

Sunday, May 9, 2010

Utara Sumatera Di Serang pada kadar 7.4..

Dua kali gegaran kuat berlaku di sekitar Sumatera Utara. Yang paling kuat pada kadar 7.4 pada tengah hari tadi waktu tempatan di kedalaman 60km mengikut EMSC.  Gegaran ini juga banyak dirasai di sekitar lembah kelang.

Tempat belaku ini lebih kurang 289km dari bandar Acheh. Penduduk di sekitar kawasan ini dianggarkan hampir 400,000, mungkin terdedah dengan kejadian ini. Gambar adalah dari USGS.

Marilah sama-sama kita doakan agar saudara-saudara seagama kita di sana dilindungi oleh Yang Maha Esa. Insya Allah.

Petikan dari EMSC: Gempa Terkini hari ini..


Date & Time
UTC
Latitude
degrees
Longitude
degrees
Depth
km
Mag. Region name Last update


2010-05-09  11:55:16.735.69 N  27.87 E  30
ML2.6 DODECANESE ISLANDS, GREECE2010-05-09 12:21
2010-05-09  11:38:48.71.36 S  119.22 E  10
mb4.9 SULAWESI, INDONESIA2010-05-09 11:57
2010-05-09  10:42:52.627.62 N  115.14 W  10fmb5.0 OFFSHORE BAJA CALIF. SUR, MEXICO2010-05-09 11:16
2010-05-09  10:40:01.333.29 N  18.04 W  12
ML3.6 MADEIRA ISLANDS, PORTUGAL REGION2010-05-09 11:10
2010-05-09  09:29:24.339.27 N  27.68 E  9
MD2.9 WESTERN TURKEY2010-05-09 09:39
2010-05-09  09:06:03.734.74 N  24.74 E  40
ML3.2 CRETE, GREECE2010-05-09 09:32
2010-05-09  06:54:29.634.27 S  73.25 W  28
mb4.6 OFF COAST OF O'HIGGINS, CHILE2010-05-09 07:35
2010-05-09  06:23:36.135.74 N  21.79 E  10
ML3.6 CENTRAL MEDITERRANEAN SEA2010-05-09 06:29
2010-05-09  05:59:44.43.68 N  96.05 E  60
Mw7.4 NORTHERN SUMATRA, INDONESIA2010-05-09 06:19
2010-05-09  05:55:46.742.49 N  43.84 E  2
ML3.1 GEORGIA (SAK'ART'VELO)2010-05-09 07:34
2010-05-09  04:58:18.28.64 S  129.13 E  74
mb4.5 KEPULAUAN BABAR, INDONESIA2010-05-09 06:47
2010-05-09  04:55:32.036.55 N  9.77 W  31
ML2.0 WEST OF GIBRALTAR2010-05-09 05:04
2010-05-09  03:58:25.240.10 N  34.66 E  2
ML3.5 CENTRAL TURKEY2010-05-09 06:45
2010-05-09  03:51:44.735.08 N  26.52 E  4
ML2.8 CRETE, GREECE2010-05-09 11:55
2010-05-09  03:34:43.040.68 N  29.28 E  16
MD3.1 WESTERN TURKEY2010-05-09 03:49
2010-05-09  03:29:37.933.97 S  72.06 W  24
mb4.9 OFFSHORE O'HIGGINS, CHILE2010-05-09 06:44
2010-05-09  03:10:09.927.08 N  54.84 E  2
ML4.0 SOUTHERN IRAN2010-05-09 06:43
2010-05-09  02:59:28.338.33 N  21.83 E  11
ML2.5 GREECE2010-05-09 11:33
2010-05-09  02:28:57.237.18 N  3.73 W  2
ML2.7 SPAIN2010-05-09 03:02
2010-05-09  02:02:41.38.24 S  129.02 E  70
mb5.5 KEPULAUAN BABAR, INDONESIA2010-05-09 06:42
2010-05-09  00:58:40.338.34 N  20.35 E  6
ML2.5 GREECE2010-05-09 11:00
2010-05-09  00:52:25.142.64 N  9.10 W  10
ML2.5 SPAIN2010-05-09 06:39
2010-05-09  00:35:05.534.92 N  24.39 E  2
ML2.8 CRETE, GREECE2010-05-09 10:36
2010-05-09  00:17:13.035.09 N  24.29 E  6
ML2.5 CRETE, GREECE2010-05-09 00:23
2010-05-09  00:07:28.035.80 N  21.72 E  9
ML2.5 CENTRAL MEDITERRANEAN SEA2010-05-09 00:14


Thursday, May 6, 2010

Peru Di Serang Pada Kadar 6.7 pagi ini...

Mengikut USGS, Negara Peru dikejutkan dengan gempa bumi pagi ini dengan kekuatan 6.4 (mengikut EMC pada 6.7) di kedalaman 10km. Gerun juga tu. Berita lain tak keluar lagi hanya catatan ringkas oleh USGS dan EMC seperti dibawah:

Rekod USGS:
M 3.3, Baja California, MexicoMay 05 14:38:06 PDT 2010
M 3.3, Baja California, MexicoMay 05 14:39:32 PDT 2010
M 2.7, Central AlaskaMay 05 15:04:16 PDT 2010
M 3.0, St. Lawrence Valley region, Quebec, CanadaMay 05 15:19:17 PDT 2010
M 3.2, Mona Passage, Puerto RicoMay 05 15:37:49 PDT 2010
M 2.6, Southern CaliforniaMay 05 16:38:38 PDT 2010
M 2.5, Northern CaliforniaMay 05 18:33:02 PDT 2010
M 6.4, southern PeruMay 05 19:42:44 PDT 2010
M 2.6, Baja California, MexicoMay 05 20:02:46 PDT 2010

Manakala rekod EMC

Date & Time
UTC
Latitude
degrees
Longitude
degrees
Depth
km
Mag. Region name


2010-05-06  02:42:44.418.00 S  70.57 W  10
mb6.7 OFFSHORE TARAPACA, CHILE
2010-05-06  02:31:22.539.03 N  22.22 E  1
ML2.5 GREECE
2010-05-06  02:18:50.038.28 N  43.49 E  15
MD3.0 EASTERN TURKEY
2010-05-06  02:15:44.836.95 N  29.33 E  7
MD2.9 WESTERN TURKEY
2010-05-06  01:18:10.637.15 N  42.82 E  2
MD3.2 TURKEY-SYRIA-IRAQ BORDER REGION
2010-05-06  00:52:50.239.03 N  21.85 E  5
ML2.5 GREECE
2010-05-06  00:03:02.439.32 N  40.80 E  2
MD3.1 EASTERN TURKEY