Ditengah laungan Model Ekonomi Baru jajaan DS Najib dan pengikutnya, kita dikejutkan dengan kerugian besar dua GLC yang sebelum ini tidak pernah mengalami keruntuhan, tup tup POS Malaysia dan Sime Darby menerima kerugian yang besar. Kenapa jadi demikian. Mesti ada sebab-sebab disebalik kejadian yang demikian.
Orang asli di hutan sana pun tahu, jika nak pos surat mesti kena beli setem. Dan semua rakyat yang nak pos surat mesti kena guna setem. Nak pos laju paling minima kena bayar RM5.70 dan tidak masuk lagi bayaran komisen yang diperolehi oleh Pos apabila melakukan transaksi bil-bil telekom, tnb, ASB dan sebagainya. Boleh dikatakan semua pekhidmatan yang diberikan oleh Pos tidak ada yang percuma. Semuanya menjana pendapatan. Pasti Pos Malaysia mempunyai kutipan hasil yang besar dan mempunyai nilaian tunai yang lumayan. Tapi... amat mengelirukan hasil daripada jualan perkhidmatan oleh Pos Malaysia di seluruh Malaysia ke mana perginya. Suatu perkara yang menjadi 'miracle' kepada kita semua. Kedengaran juga cerita, posmen menerima gaji tidak sampai RM700.00 sebulan. Sedangkan pihak eksekutif ke atas menikmati kemudahan yang berlebihan. Inilah bahananya apabila amanah mengepalai agensi besar ini diberikan kepada 'ayam pencen' di kalangan kakitangan kerajaan. 'Ayam pencen' ini sudah terbawa-bawa dengan sikap boros berbelanja semasa mentadbir agensi-agensi kerajaan dahulu.
Bagaimana pula dengan Sime Darby? sebuah syarikat konglomerat yang teguh dan kukuh suatu masa dahulu, kini jatuh tersungkur. Dahulu syarikat ini teguh dari segi kewangannya. Sebut sahaja Sime Darby semua orang kenal. Kalau kita melalui mana-mana tempat, 'Sime Darby' terpampang gah. Tapi kini ia tidak gah lagi seperti dahulu. Nampaknya ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam syarikat ini. Syarikat yang mempunyai 'cash flow' yang banyak ini mula mendadik dada , cuba menakluki semua sektor. 'Otak' kotor sentiasa memerhati terhadap syarikat yang banyak 'cash' ini dengan bertindak sebagai 'pengail' untuk memancing 'ikan besar'. Mereka ini mencadangkan untuk menjadikan Sime Darby sebagai syarikat sendirian berhad. Membayar sejumlah wang kepada pemegang saham. Lepas itu tubuh syarikat baru diberi nama 'Sinergy Drive' yang kemudiannya memohon untuk disenaraikan di Bursa Saham. Perancang 'otak2' ini rupa2nya hanya ingin mengaut keuntungan besar yang segera dari hasil penerbitan saham2 baru Sinergy Drive. Kemudiannya mereka juga memohon dengan Bursa Saham menukar nama kepada nama asal Sime Darby. Beginilah caranya mereka memancing 'cash' daripada Sime Darby.
Bahananya baru terasa sekarang. Adakah ini 'Miracle' atau 'Mirage'. Nasib yang sama akan berlaku kepada GLC yang ada 'cash flow' yang baik. Anda sedang diperhatikan oleh 'otak2' kotor itu. Tunggulah kedatangan mereka untuk menghancurkan anda. GLC yang dah hancur lebur Bank Bumiputra.
Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!
Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978
Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.
|
Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012
INFO GEMPA BUMI
|
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year. About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between: 0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing. 4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock. 4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall. 6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river. 7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground. |
TOP FIVE Popular Posts...
-
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik atau laut Galilee?. Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapa...
-
Iraq sebuah negara yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah walaupun keadaan geografi negara itu berg...
-
Dalam Al-Quran dan Hadis ada menceritakan tentang asal usul penciptaan makhluk Manusia, Jin, Iblis dan Malaikat. Antaranya: Surah Al-Hijr...
-
Era Imam Mahadi dan era Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi mempunyai kenyakinan yang tinggi bahawa pemimpin agong mereka Al-Moshaikh (...
-
Gambar-gambar di atas adalah perabot yang belum siap. Gambar2 ini diambil ketika lawatan ke Kilang Perabot Jati Di Jepara, Indonesia bulan l...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment