Tarikh 16 Mei 210. Saya telah berangkat ke Kota Bharu pada pukul 10.30 pagi dengan menaiki bas. Tiba di KB lebih kurang jam 6.15 petang. Panggilan diterima memberitahu kontena telah tiba di KB pada pukul 5 petang tadi tetapi tersesat sehingga ke kawasan perindustrian Pengkalan Chepa. Saya menunggu Abang Din menjemput di Stesen Bas Bandar. Beliau lambat sikit sebab nak pergi mengiring pemandu kontena yang tersesat patah balik ke temapt yang ditetapkan. 15 minit kemudian beliau datang.
Oleh kerana kontena itu dikunci rapi, gergaji besi perlu dicari untuk memotong batang besi yang di'seal' pada pintu kontena tersebut. Sudah ada 4 orang pembantu untuk meurunkan barang-barang satu persatu. Potongan besi kunci dapat dilakukan dengan sempurna dan mulai jam 7.00 malam, barang dapat dikeluarkan secara hati-hati daripada kontena. Hampir pukul 11.00 malam kontena 40 kaki itu selesai dikosongkan. Pukul 12.00 tengah malam kontena itu pun beredar untuk balik ke Port Klang.
Alhamdulillah, hanya dua item sahaja yang didapati rosak Item yang rosak ini sudah tidak dapat dijual lagi. Pembekal akan diberitahu, semuga dapat diganti dengan yang baru pada pembelian yang akan datang. Ini risiko yang ditanggung oleh peniaga.
Beberapa keping gambar dirakam untuk perhatian pembaca semua.
Kepada peminat perabot jati yang berada di Kelantan, boleh berhubung terus dengan Tuan Haji Maidin Muda di talian 012 - 9816 507. Setakat 18 Mei 2010, katil masih tinggal lagi 2 set, 4 set sudah dijual pada hari pertama lagi.
Sesiapa yang ingin masuk rumah baru dan ingin mengisi rumah mereka dengan perabot jati, kami bersedia menerima tempahan dengan menawarkan harga yang sangat istimewa. Tempahan berdasarkan katalog boleh dibuat, satu sebut harga akan disediakan. Kontena berikutnya dijangka akan sampai pada penghujung bulan Julai 2010 nanti. Insya Allah.
Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!
Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978
Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.
|
Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012
INFO GEMPA BUMI
|
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year. About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between: 0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing. 4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock. 4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall. 6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river. 7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground. |
TOP FIVE Popular Posts...
-
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik atau laut Galilee?. Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapa...
-
Iraq sebuah negara yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah walaupun keadaan geografi negara itu berg...
-
Dalam Al-Quran dan Hadis ada menceritakan tentang asal usul penciptaan makhluk Manusia, Jin, Iblis dan Malaikat. Antaranya: Surah Al-Hijr...
-
Era Imam Mahadi dan era Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi mempunyai kenyakinan yang tinggi bahawa pemimpin agong mereka Al-Moshaikh (...
-
Gambar-gambar di atas adalah perabot yang belum siap. Gambar2 ini diambil ketika lawatan ke Kilang Perabot Jati Di Jepara, Indonesia bulan l...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment