Missi megimport perabot jati siap guna bakal menjadi kenyataan. Missi ini telah dirancang seawal Feb 2010 lagi. Lawatan pertama dibuat pada 23 Mac 2010. Lawatan pesanan dibuat pada 3 Mei 2010. Tarikh Loading pada 4 Mei 2010. Mengikut egen pengedalian, ia dijangka sampai di Port Klang dalam masa 10 hari.
Panggilan diterima mengesahkan bahawa kontena tersebut akan mendarat pada hari Sabtu 15 Mei 2010 di Port Klang. 'Clearing' tidak mengambil masa yang lama dan dijangka akan diangkut ke Kota Bharu pada malam itu juga.. Segala bayaran dan kos untuk pengangkutan ini telah dilunasi.
Insya Allah, pada hari Ahad 16 Mei 2010 barang-barang yang ditempah dapat dihantarkan. Sabar kepada penempah2 yang cukup sabar menanti perabot mereka. Antara perabot2 yang dibawa kali ini adalah terdiri daripada:
1. Kerusi Tamu - 8 Set (Pelbagai Model)
2. Kerusi Teras - 7 Set (Pelbagai Model)
3. Katil - 6 Unit (Pelbagai Model)
4. Almari/Almari Sudut - 12 Unit (Pelbagai Model)
5. Kerusi Makan - 3 Set (Pelbagai Model)
6. Sofa (Bangko) - 11 Unit (Pelbagai Model)
7. Sofa (Cleopatra) - 3 Unit (Pelbagai Model)
8. Meja Osin - 3 Unit (Pelbagai Model)
9. Jam Hias - 2 Unit
10. Mimbar - 3 Unit
Harga, kami belum tetapkan lagi. Bagaimanapun kami jamin harga yang ditawarkan nanti jauh lebih murah dari harga pasaran dan mutu produk dijamin berkualiti. Insya Allah harganya nanti kami akan umumkan dalam masa yang terdekat.
Perkembangan mengenai perkara ini boleh hubungi saya sendiri Abdullah di talian 012-324 1817 (Lembah Kelang) atau Tuan Haji Maidin 012-981 6507 (Di Kota Bharu).
Di Kota Bharu ada dua tempat yang disediakan untuk melabuhkan kontena ini.
Pertama di Lot 868, Depan Masjid Jambu Off Jalan Cempaka, Kota Bharu. Tempat ini kami jadikan sebagai Stor Simpanan. Bagaimanapun, jika anda semua senang boleh juga berkunjung di alamat ini. Tuan Haji Maidin boleh memandu anda untuk menuju ke sana, jika anda tidak biasa ke tempat itu. Google Map di bawah juga boleh dijadikan asas panduan anda ke sana. Jika anda sampai ke Masjid Jambu (ditanda sebagai B) Insya Allah anda dah sampai di alamat yang disebutkan.
View Larger Map
Tempat Kedua : Di Lot 2864A, Kompleks Masjid Al Hikmah, Tanjung Mas, Jalan Pengkala Cepa, Kota Bharu. Tempat ini bertindak sebagai bilik pameran. Tapi tidak semua perabot dipamerkan di sini. Memandangkan tempat itu terhad hanya yang bertaraf 'eksklusif' sahaja akan diletakkan di sini. Jika ruang mengizinkan kami cuba memanfaatkan sebaik mungkin. Untuk menuju ke sana anda diberi Google Map di bawah untuk memudahkan anda.
View Larger Map
p/s : Gambar Model perabot2 di atas saya tengah usahakan untuk dipostkan dalam web ini. Insya Allah.
Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!
Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978
Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.
|
Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012
INFO GEMPA BUMI
|
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year. About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between: 0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing. 4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock. 4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall. 6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river. 7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground. |
TOP FIVE Popular Posts...
-
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik atau laut Galilee?. Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapa...
-
Iraq sebuah negara yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah walaupun keadaan geografi negara itu berg...
-
Dalam Al-Quran dan Hadis ada menceritakan tentang asal usul penciptaan makhluk Manusia, Jin, Iblis dan Malaikat. Antaranya: Surah Al-Hijr...
-
Era Imam Mahadi dan era Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi mempunyai kenyakinan yang tinggi bahawa pemimpin agong mereka Al-Moshaikh (...
-
Gambar-gambar di atas adalah perabot yang belum siap. Gambar2 ini diambil ketika lawatan ke Kilang Perabot Jati Di Jepara, Indonesia bulan l...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment