Kejadian Gempa bumi di Jepun pada skala 9 yang berlaku pada 11.3.11 adalah berikutan dari gempa susulan yang mula dikesan pada 9.3.11 dengan gerakan skala 7.2 di kedalaman 14km sahaja. Rakyat Jepun tidak menyangka bahawa gerakan pada skala demikian akan membawa gerakan yang lebih besar selepas itu. Ini adalah kerana mereka lebih percaya kepada teknologi canggih yang mana tidak memberi sebarang petunjuk kepada gerakan2 gempa yang lebih 'besar'.
Kebergantungan orang Jepun kepada 'teknologi' 100%, amat menakjub sekali kepada pemimpin Negara ini, Cek Det (Sekarang Dah Tua dah...). Maka Cek Det pun mulalah memperkenalkan Dasar pandang Ke Timur. Bertahun2 lamanya mempelopori polisi itu pada zaman era pemerintahannya. Pengipas2 Cek Det memang puji melangit dengan 'kebijkasanaan' ideal pemimpin yang tersohor itu. Bagaimanapun setelah bertukar kepala, polisi tersebut, tinggal nama sahaja.
Jepun begitu taksub dengan kecanggihan ketepatan teknologi ramalan mereka. Bagaimanapun, telah digoncang pada 9 point, lumpuh segala2nya. Value added daripada kelumpuhan ini telah berjangkit-jangkit dan semua orang sudah semakin buntu apabila radiasi nuklear pula tersebar luas. Orang Jepun ilmu akalnya bijak tetapi tidak pernah mencari siapa yang memberikan ilmu itu. Mereka hanya pandai mengatakan semuanya terjadi kerana 'nature' alam yang terletak di 'gugusan jalur gempa bumi'.
Tapi jangan lupa kedudukan kita di dunia ini... hanyalah sekadar khadam sahaja. Sesaat yang berlaku di depan kita pun kita belum tahu. Apalagi untuk satu hari, dua hari ke depan. Itu bukan kerja kita, tapi itu kerja Al-Khalid, Pencipta kita. Gerak gempa itu pun juga adalah kehendak-NYA. Ini info yang perlu disampaikan kepada orang Jepun.
Sejak 9.3.11 dan selepas 11.3.11, gempa bumi di Jepun tidak henti2. Walaupun tidak pada skala yang besar tapi anak2 gempa terus lahir dan lahir seolah2 tidak mahu berhenti. Kadang2 diselang seli dengan gempa pada skala yang menakutkan rakyat Jepun. trauma lama belum lagi habis, trauma baru kembali lagi... Inilah yang diteorikan sebagai IBU GEMPA BUMI telah lahir di sebelah timur.
Anda semua boleh lihat rentetan gempa dari 9.3.11 hingga hari ini...!. Jika ditakdirkan berlaku lagi gempa pada kadar itu, rasa2nya Jepun tu sudah hilang dari peta dunia!
Dan kita pula umat Islam masih menunggu... Bila pula Panji2 Hitam dari Timur akan muncul?
Eksklusif : Zaman Dulu...1968 - 1975, Kemudian 2012...!
Ini Juga Di Zaman Dulu... Ketika Di UKM Dirakam pada Okt 1978
Gambar ini diambil ketika Kuliah ST381: Rekabentuk Tinjauan dan Persampelan I (kalu tidak silap) oleh Mr. Christopher Olson (tidak bersama dalam gambar ini). Kuliah diadakan di Bilik Kuliah G2A pada Okt. 1978. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Jadi kepada kekawan yang masih mengingati gambar ini, sila hubungi saya melalui email aby4466@gmail.com untuk mengembalikan semula hubungan yang telah hampir 35 tahun terputus. Terima kasih.
|
Kenangan Dengan Kawan Lama Di Majlis PPJPM Pada 22.4.2012
INFO GEMPA BUMI
|
An estimated 800 quakes of magnitudes 5 to 6 occur worldwide each year. About 50,000 quakes of magnitudes 3 to 4 occur each year, and only about one of magnitude 8 to 9 each year. On the Richter Scale, between: 0.0 - 4.3: People at rest upstairs notice shaking. Shaking felt indoors; hanging objects swing. 4.3 - 4.8: Sleeping people are awakened. Dishes, doors and trees shake and rock. 4.8 - 6.2: Difficult to stand; people walk unsteadily. Windows break;plaster,bricks & tiles fall. 6.2 - 7.3: General panic. Damage to foundations; buildings destoyed. Water thrown out of river. 7.3 - 8.9: Total destruction; roads break up, rocks fall. Large cracks appear in ground. |
TOP FIVE Popular Posts...
-
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik atau laut Galilee?. Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapa...
-
Iraq sebuah negara yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah walaupun keadaan geografi negara itu berg...
-
Dalam Al-Quran dan Hadis ada menceritakan tentang asal usul penciptaan makhluk Manusia, Jin, Iblis dan Malaikat. Antaranya: Surah Al-Hijr...
-
Era Imam Mahadi dan era Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi mempunyai kenyakinan yang tinggi bahawa pemimpin agong mereka Al-Moshaikh (...
-
Gambar-gambar di atas adalah perabot yang belum siap. Gambar2 ini diambil ketika lawatan ke Kilang Perabot Jati Di Jepara, Indonesia bulan l...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment