Dalam hati kecil aku, masih ada lagi 'orang' beragama Islam komplain mengenai azan yang kuat berkemundang. Tersentak juga membaca kandungannya. Mana tidaknya, dia mengaku dirinya sebagai 'Hamba Allah' tetapi telinganya agak tidak keruan mendengar 'Panggilan Allah' untuk ke rumah-NYA. Apa jenis manusia dia ni.
Masjid Nurul Yaqin SS7, Kelana Jaya
Kandungan Email Dari Seorang Hamba Allah yang menamakan dirinya sebagai : apaapajelahya@gmail.com
Suara Azan Kuat Berkumanda ng
Inbox x
Inbox
| Feb 10 (2 days ago) | |||
|
Hi,
Saya salah seorang penduduk disekitar SS7 yang tinggal berhampiran dengan masjid Nurul Yaqin berharap pihak masjid dapat pertimbangkan suara azan yang berkumandang kuat oleh salah seorang mu'azin.
Harus diambil pertimbangan kerana dikalangan penduduk sekitar ada sebilangan keluarga yang mempunyai warga tua yang uzur & sedang sakit tidak ketinggalan juga mempunyai anak kecil.
Kami berpendapat tidak perlu suara azan terlalu kuat kerana terdapat juga beberapa masjid & surau yang sama2 melaungkan azan solat fardhu.
Diharap pihak berkenaan dapat mempertimbangkan teguran saya. Hidup biarlah bersederhana.
Terima kasih.
Apa patut kita buat terhadap orang macam ini?
No comments:
Post a Comment