Sempena Ulang tahun berlakunya Tsunami di Jepun pada 11.3.2011, NASA berjaya menerbitkan satu model pergerakan tsunami yang berlaku di Tohoku-oki Jepun. Gerakan itu merentasi lautan pacifik selepas 22 jam berlakunya tsunami.
Ini pula rupa kapal yang panjangnya 50 kaki telah dihanyutkan oleh ombak tsunami merentasi lautan pasifik dan dikesan berada di lautan Kanada, iaitu sejauh hampir 8,000km selepas setahun kejadian tsunami yang terburuk ini berlaku.
Kapal yang tidak mempunyai penghuni ini, digunakan untuk memancing sotong, berlabuh di Hachinohe di wilayah Aomori semasa kejadian tsunami, kata Toshiro Yoshinaga, Pengawal Pantai Rasmi Negara Jepun. Agensi Kanada memantau kapal ini yang berkemungkinan wujudnya pencemaran marin. Bagaimanapun, tiada laporan kebocoran berlaku terhadap kapal.
Gempa bumi itu adalah yang terbesar dalam sejarah negara telah mengorbankan seramai 15,839 mati, 5,950 cedera, dan 3642 hilang tidak dapat dikesan sehingga kini.
Sumber : http://www.mid-day.com/news/2012/mar/260312-boat-los-tsunami-Japan-boat-Canada.htm
No comments:
Post a Comment