1,121 Diuji Mempunyai HIV positif dalam Tahun 2010
By JEDDAH: ARAB NEWSPublished: Mar 9, 2012 01:08 Updated: Mar 9, 2012 01:08
Berita dari Alsharq Arabic Daily memetik Statistik terbaru dari Kementerian Kesihatan melaporkan seramai 439 Warga Saudi dan 682 pekerja asing diuji mempunyai HIV positif dalam tahun 2010. Angka ini memberikan jumlah pengidap AID di Kingdom adalah seramai 16,334 orang sehingga tahun berakhir 2010.
Mengikut Dr. Ahmed Muhammad Kanaan, Ketua Jabatan Kawalan Penyakit Berjangkit di Wilayah Eastern Province, berkata perbelanjaan tahunan bagi rawatan seorang pesakit AIDS mencecah $50,000.
Laporan itu juga menyebut, 93% kes HIV di Kingdom disebarkan melalui Hubungan Sex. Dari Jumlah kes AIDS yang dilaporkan di Kingdom, seramai 4,458 adalah warga Saudi dan 11,876 adalah pekerja asing. Lebih kurang 10% kes AIDS di Wilayah Eastern Province adalah di kalangan Saudi sendiri.
Kanaan juga menyebut kemungkinan HIV dijangkiti melalui perpindahan darah adalah kecil, kerana semua darah yang didermakan telah disaring terlebih dahulu.
Laporan itu juga menyebut, seorang gadis berumur 17 tahun di masukkan ke hospital kerana dijangkiti HIV akibat ldari perlakuan sumbang dengan kawannya.Seorang lagi permepuan mendapat jangkitan daripada suaminya sendiri. Suaminya telah meninggal 7 bulan yang lalu akibat AIDS. Dan dia memberitahu anak-anaknya ia mendapat jangkitan ini adalah dari suaminya bukannya dari hubungan sex haram. Seorang lagi remaja muda saudi memberitahu bahawa beliau mendapat jangktian ini melalui hubungan seks yang dilakukan bersama seorang perempuan. Dan dia memberitahu bahawa dia tidak fikir mendapat semua ini penyakit ini dan beliau tidak mengambil langkah untuk memakai kondom ketika melakukan hubungan itu.
Berita asal anda boleh baca di HIV Di Arab Saudi
No comments:
Post a Comment